Halaman

Jumaat, 13 November 2009

a dush2 post

Copy paste dari blog seorang daie...
Dush2 to myself..

Assalamualaikum wbrt
ke hadapan barisan pendakwah di atas muka bumi Australia ini.
Ana terpanggil untuk berkongsikan apa yang ada dalam kepala ana pada waktu2 begini. Mungkin kerana masa ana yang makin kurang di melbourne ini, atau mungkin kerana keadaan yang memerlukan untuk ana berterus-terang dengan apa yang berlaku di depan mata.

Ana teringat pada satu teguran yang diberi oleh sorang ikhwah lama.
‘Kita diberi kesedaran dengan islam, tarbiyah dan dakwah ni bukan untuk kita mendapat pengiktirafan.. kalau bukan orang lain mengiktiraf kita, sekurangnya bukan untuk kita rasa kita diri ni dah bagus.

Kita ni dibagi penghormatan ni untuk kita dptkan iktiraf depan Tuhan nnt. Kesedaran ni sebenarnya adalah satu amanah untuk kita laksanakan. Kalau tak, jawab la sendiri depan Tuhan nanti.’

Kita ni selalu panggil diri kita pendakwah. Cuma mungkin better kita start muhasabah diri kita balik; apa yang kita dakwahkan dan kepada siapa kita berdakwah sebenarnya?

Kita ni dah betul berdakwah ke? Nabi berdakwah dengan korbankan masa dan tenaga untuk orang lain dapat kefahaman islam. Kita ni dah cukup berkorban ke masa dan tenaga kita untuk orang lain? Or kita ni lebih banyak masa korbankan tenaga dan masa untuk diri kita?

Kita ni mengaku dalam tarbiyah kan? Kalau camtu, cuba tanyer.. kita ni dah betul ke mentarbiyah diri kita menjadi individu2 spt para sahabat yang kemudiannya berusaha mentarbiyah orang di luar sana smpi diorang juga dpt faham islam?

kadang-kadang ana tertanya… apa sebenarnya yang berlaku, if ada ikhwah yang lebih utamakan untuk dia penuhkan kemahuannya untuk bersenang melayar internet, menonton cerita2 daripada dia berusaha untuk membina diri, agar dia dpt membina orang lain…

Kalau kita nk salahkan seseorang, kita boleh salahkan seorang pendidik yang gagal mendidik mungkin. Tapi sebelum salahkan seseorang, fikirkan dulu; kita ni mengaku penggerak..jadi antum dah act as penggerak dakwah ke or masih lagi menantikan durian runtuh dr langit..? Kita sekarang berada pada posisi sehingga boleh tarbiyah orang lain kot patutnya.. Wake up!. Kita dah boleh berlari. Tapi antum bagaikan menunggu satu pengiktirafan untuk bergerak.

Ikhwah,,Tidak perlu untuk diiktiraf untuk kita beramal. Dakwah bukan bergerak kerana telunjuk seorang individu, tp adalah kerana dakwah ni dakwah milik Tuhan.
Penggerak dakwah memastikan dirinya menjadi qudwah..perkataannya adalah berkenaan tarbiyah dan dakwah. So mereka2 yang yakin dier akan jadi penggerak tahun depan, maka dalam kepalanya sepatutnya adalah persoalan2 untuk dia memajukan dakwah. Dia patut bertanya; apa status mad’u sekarang? apa yang ana boleh buat untuk tingkatkan mad’u? Apa ikhwah sedang buat sekarang ni? cmaner pencapaian ikhwah?

bagi mereka yang tidak memikirkan peningkatan tarbiyah orang lain, most likely dier tak terpikir pon tentang tarbiyah dirinya.. Atau mungkin, kita terlampau fikir tentang diri sendiri smpi lupa yang kita perlu fikirkan tentang dakwah..

perkataan kita sesama ikhwah adakah selalunyer berkenaan dengan dakwah? Or kita banyak berbual tentang duit, handset, iphone, ipod, harta, cerita2 yang kita rasa mungkin ada unsur tarbiyah kononnyer.. (any movie boleh jadi tidak membawa kepada amal, kalau kita tak niatkan dalam hati untuk perkara tu mentarbiyah kita dan kemudian kita mampu mentarbiyah orang lain).

ikhwah, zaman sekarang ni tak sama dengan dulu. Kalau dulu dakwah mungkin mati kerana serangan luar (Itu pon dakwah masih lagi mampu berjalan). Sekarang ni, dakwah boleh mati di tangan para daie sendiri. Dakwah tetap akan berjalan juga, tp maybe that time, if ikhwah tak fikir dengan serius isu tarbiyah sekarang ni..maka kita boleh jadi futur waktu tu, n dakwah ni akan diberikan pada orang lain yang betul2 nak beramal..

dakwah juga boleh terencat kerana jahiliyah yang kita buat setiap hari. Jahiliyah yang kecil, kalau kita compromise, akan bawa kepada jahiliyah yang lebih besar..

Jadi check these steps untuk kebaikan semuanya:
- mubahasah diri sendiri dan juga ikhwah sekeliling
- kenalpasti kelemahan dan kekuatan
- merancang kepada yang lebih baik dengan penyelesaian..
- bertindak…
- muhasabah lagi dan keep on bawa pembaikan. Serahkan pada DIA
Moga DIA memberkati kita semua…

Wsalam
-Hazaana, 2009-

And another dush2 statement:

Rakan-rakan.. jangan bermudah dengan kita banyak memberi rukhsah dan kita compromise dengan mudah dalam perkara-perkara yang kecil. Menonton movie ‘islami’ pon kononnyer.. mendengar lagu yang bersifat duniawi walaupun mungkin ada perkataan ‘Tuhan’, ‘taubat’ dalam liriknya.

Kadang-kadang kita perlu bertegas dalam isu ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mengaku membawa dakwah.

Dalam isu bersama dengan orang yang masih belum faham dengan islam..ada rukhsahnya. Memang dalam untuk memahami mereka, kita perlu mengenali latar belakang mereka. Namun kerana alasan ini la ditakuti penggerak dakwah sendiri tidak nampak di mana batasan. Dan akhirnya apa itu jahiliyah sudah tidak disedari. Malah semakin tiada rasa bersalah kalau kita sesama kita pun dah terbuat. Malah dipromote lagi…

-Hazaana, 2009-

And another one:

kadang-kadang kita terfikir mengapa dakwah yang kita buat ni bagaikan tiada hasil atau cahaya harapannya. Adik-adik dan masyarakat seolah tidak terasa sentuhan kita. Seorang pernah berkata:

‘Kenapa student-student sekarang ni tak rasa segan silu berkepit bertepuk tampar depan kita ye?’

Good point di situ: masyarakat luar dah tak nampak kita ni significant dan kehadiran kita seolah tiada aura dalam masyarakat.

Mungkin dan besar kemungkinannya..kerana jahiliyah itu sendiri berlegar di kalangan pendakwah. Maka sinar cahaya tu Allah tarik balik dan akhirnya kita sendiri akan tersingkir dari medan dakwah. Time to bring a new generation mungkin. Allahuakbar. Betapa ruginya kita..

-Hazaana, 2009-


dush..dush..dush.........dush
ouch..

Time to grow up. Time to be more mature. Time to be serious.
The ummah needs me.

1 ulasan:

sas berkata...

salam ya ukhti...
terasa di dush2 jugak dgn post ni :(