Halaman

Selasa, 24 November 2009

antara kek oren dan biskut oren

diberikan sebuah analogy

seorang tukang buat kek bercita-cita menghasilkan sebiji kek oren. Buat punya buat, ntah kenapa, yang terhasil adalah biskut oren, bukannya kek oren. Sekalipun begitu, biskut oren yang terhasil itu tidak kurang hebatnya dan amat digemari oleh ramai.

Persoalannya: adakah tukang buat kek ini boleh berpuas hati dengan biskut orennya, kerana ia mendapat sambutan hangat dari para pelangan? (dan mungkin juga terus tukar profession menjadi seorang tukang buat biskut pula?) ataukah ia perlu terus berusaha hingga berjaya menghasilkan sebiji kek oren, sepertimana matlamat awalnya sebagai seorang tukang buat kek?

8 ulasan:

Bidadaribesi berkata...

salam. menarik analogy ni..ada makna yg tersirat..cuma xtau penulis nak kaitkan dgn ape..hehe..nnt boleh la reveal ek? ehhe

Kalau diteruskan cita2nya utk buat kek oren lagi bagus sbb die dah pandai wat biskut oren, so perlu usaha utk buat sumthing new @ cita2 utama/matlamat asal die..baru mencabar kan? =p

Tapi..kalau die nak tukar profession utk terus buat biskut oren pun x salah kan? huhu

maaf la kalau kefahaman/ pendapat sy x berapa tepat..huhu..sekdar lontaran pendapat ;D

HbO berkata...

Benar kata awk..ia agak vague sbb ana tak bgtau analogy ni nak dikaitkan dengan apa. Ok..anology ni dikaitkan dengan tugas seorang pendakwah.

k adeeb berkata...

salam,

hanan, hanan.. sarat dgn analogi..
ok, turn akak jwb plak. katakanlah sbg daei @ tukang buat kek, kita ingin menghasilkan para pelapis daei @ kek oren, tapi setiap hasil kerja dakwah kita menghasilkan manusia yg berakhlak mulia tp bukan daei @ biskut oren. mmg dah cukup bagus untuk mendapat biskut oren, tapi kalau selama-lamanya menghasilkan biskut oren, sampai bila-bila pun kita tak dapat merasa kek oren.
Wallahualam, my penny of thought.

HbO berkata...

menariknya insight cik adeeb =)

Isoliert Lernender berkata...

pada pendapat personal ana, ia telah pun punyai matlamat yang jelas, yang jitu.
and bila dia buat kek oern, dapat biskut oren, dan orang ramai still suka, dia masih x mendapat yang yang dia letak as matlamat.
klu dikira sebagai daie, dia ada matlamat yang jelas apa yang perlu dia capai.
maka biskut oren itu as one of the steps dalam percubaan awal. and as kak adeeb said, dia x patut selama2nya membuat biskut oren. perlu dia cuba untuk menghasilkan kek oren. x patut dia tertipu dengan kejayaan menghasilkan biskut oren yang disukai ramai, sedangkan itu belum mencapai matlamat dia lagi..
allhu'alam..
ana mungkin mengarut dan memeningkan je.. huhu
anyway./ salam aidil adha hanan..
=)

HbO berkata...

Salam aiduladha =)

Betullah seperti yang dikatakan Isoliert...itulah dia penerangan di sebalik analogy ini.

sebagai contoh, andai kita memilih utk memberikan kebajikan kepada orang lain.. tentunya nama kita mendapat tempat di hati ramai orang dan orang menyenangi kita. Dan itu sudah cukup membuatkan kita rasa puas hati dengan apa yang kita lakukan.

Tapi kita perlukan ingat, kita adalah daie, bukan badan kebajikan. Kebajikan tu, siapa2 pun boleh buat. Tapi amal maaruf nahi mungkar..siapa lagi akan buat jika bukan seorang daie?

Kalau kita masih menggunakan contoh kebajikan, terkadang bila kita dah mendapat tpt di hati orang melalui kerja kebajikan kita, kita jadi takut nak sampaikan kebenaran..takut mereka lari..takut mereka menjadi tak suka.. tapi sebagai daie, kita tak boleh lupa tugas utama kita untuk melakukan mencegah kemungkaran dan menyeru kepada kebaikan. kita perlu terus berusaha menghasilkan kek oren.

lenepawida berkata...

jzkk hanan, sy tertunggu2 jwpnnya sbb tak sure nak kaitkan dr segi apa waktu first time bc.

HbO berkata...

lenepawida ni kak lene kan?