Halaman

Jumaat, 6 November 2009

cinta sejati itu..

Cinta sejati itu menyembuhkan, tidak menyakitkan.

Tidak ada yang dapat mengusir syahwat suatu kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!

Resipinya,
1) Rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.
2) Rasa rindu kepada Allah yang amat dasyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin rindu kerana merana pada yan glain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.


Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kau mencintai seseorang, ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun, jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.

=)

-ketika cinta betasbih 1-

Tiada ulasan: