Halaman

Selasa, 21 Ogos 2007

antara ijazah dan risalah..bukanlah jonkang-jongket

This is an email that my ibu forwardkan to me..sangat2 berguna buat diri ini
all i can say is..
Terima kasih ibu sbb faham perjuangan hidup kakngah n abang..
Moga kita sekeluarga dapat terus bermujahadah dalam mencari keredhaanNya
Love u fillah..=)


Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi. Semua manusia
mengenalinya. Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk
berjaya dalam pelajaran, kita kena
berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak
dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita
juga kena berusaha. Itu juga adalah
Sunnatullah. Kemenangan Islam
memerlukan pengorbanan dari
pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<ArRahimNya, memberi ketenangan dan
kepuasan kepada hambaNya yang beriman
apabila Dia mahukan segala sesuatu
urusan/ perkara Dia akan
mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya. Pada malam sebelum ujian
nahu, saya telah bermimpi. Di dalam
mimpi tersebut, saya sedang berada
dalam sebuah perahu bersama-sama
ulama yang terkenal.Perahu itu sedang
berlayar di Sungai Nil. Salah seorang
ulama itu menghampiri saya. Dia
memakai pakaian orang-orang di
pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di
mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel
mengenai al-Afiyah? Saya
menjawab, Ini dia! Katanya, Mari
kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian .
Saya pun membuka ke muka surat-muka
surat yang disebutkannya dan mula
mengulangkaji. Kemudian saya terkejut
jaga. Saya sangat gembira. Pagi
esoknya saya menduduki ujian. Saya
dapati kebanyakan soalan datang dari
muka surat-muka surat yang saya baca
di dalam mimpi tersebut. Ini semua
adalah rahmat Allah. Allah telah
memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber
maklumat kepada seorang Mukmin. Segala
puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah. Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar
dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang
terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah
kecundang. Dia pernah bertanya kepada
Allah - Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat
temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau
menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang
besar untuk menegakkan agamaMu melalui
pergerakan dakwah. Maka aku mohon
bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui
suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya
sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,
sahabat itu menjawab "Aku tak suka
membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku
yakin Allah Maha Baik dan menjamin
kebaikan untukku dalam situasi sulit
atau lapang. Aku akan tetap redha
kepada Allah dalam situasi apapun. Aku
akan tetap bersaksi bahawa Allah
adalah Robb yang Maha Esa, meskipun
gunung-gunung harta itu milikku atau
aku tak punya harta sedikit pun.

Lia, saya teringat email yang pernah
saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya. Dia bercerita tentang
seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar. Saya namakan
wanita ini A. A memerlukan tongkat
untuk berjalan. A tidak berapa cantik,
tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa
sahaja yang melihatnya mengucapkan
Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar
di sekolah menengah dan berjaya,
manusia yang ditemuinya mengucapkan
Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke
universiti, sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah. Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi
manusia mengucapkan Subhanallah. Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini
seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang
sebaiknya. Allah mengurniakan A dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama. Ingat
lagi tentang Abdullah bin Ummi
Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya, buta menyebabkan dia tidak
takut kerana dia tidak akan dapat
melihat bilangan musuh. Akhirnya dia
syahid. Mereka yang menemui mayatnya
tidak dapat mengecamnya kerana terlalu
banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas
kerusi roda. Tapi apa yang telah dia
lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam
saf perjuangan.


Siapa lagi yang akan memperjuangkan islam kalau bukan kita? Bila lagi kita nak perjuangkan agama Allah kalau bukan sekarang?

Ahad, 19 Ogos 2007

Bermulanya episod baru dalam hidupku..

ini adalah post from SINAR keluaran Ogos. Sangat bermakna..

CUACA BARU, SINARAN YANG LEBIH UTUH

Perjalanan saya bermula kembali setiap pagi. Kerehatan di malam hari yang Allah jadikan sebagai suatu nikmat kepada saya merupakan ketenangan yang tidak dapat dijelaskan kelazatannya. Fajar yang menyingsing membuka buku kehidupan saya secepat kelopak mata yang dibuka dari pejam. Sekeras mana saya mahhu memperlahankannya, ia tetap akan terjadi dengan kadar yang cepat. Begitulah hari-hari dalam kehidupan saya sebagai seorang muslim, tidak pernah lengah dalam mencari kehidupan dunia dan akhirat sebaik mata disimbah cahaya.

Musim yang telah berlalu menjadi penanda agar saya menyegarkan kembali azam yang semakin kabur dan semakin berhabuk. Di sinilah bermulanya titik tolak baru, permulaan separuh kedua dalam hidup saya. Langkah perlu lebih yakin dan lebih deras, umpama air meluncur laju dari puncak bukit menuju kolam di bawah, destinasi telah pasti, dan keraguan tiada lagi. Bismillah…

Langkah perubahan untuk saya perlu dimulakan dengan baik agar tidak jatuh di tengah jalan. Perlu bijak, seperti saya! Saya yakin bahawa itu perlu diawali dengan kehendak yang tinggi. Tidak hanya dengan semangat berkobar tanpa keinginan benar. Bak kata pujangga,

“Jagalah himmah, kerana sesungguhnya himmah itu adalah permulaan bagi semua perkara”

Barangkali tidak ada perubahan tanpa tolakan dalaman yang kuat dan terjaga. Saya memang benar-benar mahu berubah, bukan lagi cakap-cakap kosong seperti tahun-tahun sebelum ini. Barangkali ini akan menjadi perubahan paling besar dalam hidup saya, dan saya mahukan perubahan ini. Di sebalik kehendak yang besar ini, saya pastinya akan menyandarkannya pada keikhlasan kerana Allah Ta’ala. Saya rasa tidak bererti dan seolah-olah kosong andai perubahan ini tidak bernilai sebagai suatu ibadah saya kepada Allah s.w.t. Biar setiap suatu perkara itu memberi saya suatu langkah menuju balasan Allah balasan Allah yang baik. Moga-moga syurga Firdausi, amin.

Keinginan saya yang hebat ini saya susurkan pada matlamat yang betul dan realistic. Pastinya saya perlu jujur dengan diri saya sendiri. Moga niat yang ikhlas kerana Allah Ta’ala membawa saya kepada cita-cita dan kaedah yang diredhai-Nya. Saya merasakan perlu berubah setapak demi setapak, tetapi agar yang kecil dilangkahi dengan cepat dan yang besar diadili dengan tepat. Bukan meredah bagai babi hutan, menunduk dan segera menuju mangsa. Biar jelas setiap yang dituju, jangan nanti terlanggar pokok berpaling teresak-esak merintih pada benjol di kepala, tak endah untuk bermula kembali. Jadi saya ingin sekali merancang dengan betul fasa perubahan saya. Insya-Allah, aku mula menulisnya sebaik selesai yang ini.

Sebelum ini saya telah banyak menetapkan matlamat, tapi seolah-olah tidak banyak yang dapat saya capai. Di mana silapnya? “ Mungkin kamu tidak bermuhasabah. Tidak pernah ingin periksa di mana silapnya. Boleh jadi kerana kamu malu dengan kesalahan kamu sendiri.” Mungkin benar kata awak. Terima kasih, suara hati. Kalau begitu, saya tuliskan juga selepas selesai yang ini. Akan saya tampalkan di depan mata saya, agar setiap kali saya melihat padanya, saya akan mengingatkan diri saya untuk menjauhinya. Insya-Allah, sedikit demi sedikit. Biar realistic, bukan??! Dan andai ada yang baik, saya teruskan agar bertambah kebaikan hari demi hari, agar tidak celaka kerana semalam lebih baik dari hari ini. Saya berjanji.

Apa lagi yang perlu saya buat? Saya tidak mahu sinaran yang menjerkah diri saya ini nanti pergi menyelinap di belakang awan. Saya masih bersemangat, penuh dengan ilmu dan pengalaman dari musim yang lalu. Suara hati, apa yang saya mahukan lagi? “ Kamu perlukan teman. Teman untuk bersama-sama kamu dalam mengejar sinaran baru kamu yan glebih utuh itu. Jangan kamu biarkan diri kamu bersendirian untuk jangkamasa yang lama. Ingatlah pada sabda Nabi s.a.w., serigala hanya akan memakan kambing yang bersendirian. Aku lihat si fulan dan si fulan paling baik untuk kamu. Jangan segan dengan mereka. Mereka itu sudi membantumu, aku yakin. Aku juga perlukan jiwa lain untuk bersama, untuk menuang segala yang ada padaku kepada jiwa-jiwa mereka.”
Suara hati, kau benar, aku pernah mendengar hadith Nabi s.a.w. daripada Abu Musa

“Bahawasanya seorang muslim itu seperti batu-bata, satu menyokong yang lain.”

Memang aku perlukan teman, tapi mereka tidak tahu dengan cita-cita aku. “Kisahkanlah kepada merek. Ceritakan yang aku mahu berubah, dan kau mahu merka bersamamu. Setitis demi setitis, nanti mereka akan sudi menakung semuanya” Sahabat, di mana fulan?

Cuaca yang baru bukan mudah untuk dinikmati segala keindahannya. Saya kini sedar bahawa amat banyak perkara yang perlu saya usahakan. Perlukan sifat istiqomah. Bukan perkara mudah untuk berubah. Satu perkara yang perlu saya cari dan usahakan. Saya yakin saya mampu. Saya juga perlu bersedia untuk bermujahadah. Menentang sifat malas, membidas keraguan dengan keyakinan, membidik matlamat dan cita-cita dengan betul dan bersungguh-sungguh Semua ini sejak dari awal saya jadikan sebagai ibadah kerana Allah Ta’ala. Dengan sepenuh hati saya ikhlaskan kerana Allah Ta’ala. Saya pernah mendengar firman Allah Ta’ala;

Dan Aku tidak mencipatakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku (Adz-Zaariyat: 51-56)

Saya benar-benar yakin bahawa perubahan itu satu kemestian dalam kehidupan manusia, apatah lagi seorang muslim. Dulu tidak indah islam yang saya pamerkan, kini saya tahu bahawa jalan untuk mencapai perubahan itu ada dan ia mampu membawa kepada keindahan islam yang sering saya baca dalam kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Saya adalah satu daripada pintu-pintu umat islam, andai kata saya tidak menjaganya dengan baik, maka syaitan, manusia dan jin yang memusuhi islam akan masuk dan merosakkan umat ini melalui pintu saya. Moga Allah memudakan usaha saya dan meredhainya. Amin.

Sabtu, 18 Ogos 2007

teknik-teknik hafazan

from ALKIS

Berbanding dengan tips yang telah dibincangkan dalam tajuk-tajuk sebelum ini yang semuanya berasaskan nas-nas daripada al-Quraan, hadits dan ‘aathar, tips kali ini adalah berdasarkan contoh amalan pelajar-pelajar tahfiz. Perbincangan kali ini bukanlah untuk menyarankan apakah tip yang terbaik, sebaliknya sekadar untuk membuka minda kita bahawa perlunya kita membuat ‘exploration’ bagi mencari kaedah terbaik dan bersesuaian dengan kekuatan dan kelemahan diri kita. Di samping itu juga untuk memikirkan jenis teknik yang paling bersesuaian dengan “nature” kehidupan seharian kita. Namun, sebelum membincangkan teknik-teknik berkenaan elok juga diambil pengajaran daripada yang disarankan oleh Ibn ‘Abbas bila orang bertanya kepadanya bagaimana dia menghafaz. Beliau menjawab “aku baca, aku fahami dan aku amalkan”.

Jika diteliti jaguh-jaguh sukan beraksi, kita akan dapati mereka mempunyai banyak set teknik bagi memenangi sesuatu pertandingan. Ambil sahaja satu contoh kecil dalam Perlumbaan kereta F1 misalnya. Lihat kepelbagaian teknik pemandu ketika memasuki ‘pit-stop’. Begitu juga banyaknya teknik ‘lipat’ dalam sepak takraw. Malahan tentunya ramai yang arif tentang banyak jenis sepakan penalti dalam bola sepak. Cuba kita beberapa contoh yang diamalkan oleh sesetengah orang orang untuk menghafaz, seperti di bawah:

1. HAFAZAN TALAQQY

Salah seorang daripada guru saya bernama Isa berasal dari Sudan. Beliau mempunyai sanad penghafazan sehingga ke RasulAllah SAW yang yang tidak terputus hubungan talian sanadnya yang diwarisi dalam keluarganya dari satu generasi ke satu generasi. Teknik yang diajarkan ialah semasa dia membaca al-Quraan murid-muridnya mesti menulis ayat-ayat yang ditalaqqiykan. Setelah habis ditulis, mereka dikehendaki membacanya dan didengari oleh beliau untuk diperiksa. Sekiranya semua telah betul, murid-muridnya dikehendaki menghafaz seperti yang ditulis itu sahaja, bukan daripada mashaf. Menurut beliau, itulah teknik asal penghafazan al-Quraan yang diajari oleh Jibril. Oleh sebab RasulAllah tidak tahu menulis dan membaca, Baginda meminta orang lain untuk menulisnya (sila rujuk seerah).

2. HAFAZAN UNTUK SOLAT SUNAT

Beberapa hadis ada menyatakan bahawa betapa besarnya pahala membaca al-Quraan ketika bersolat. Seorang lagi guru saya yang bernama Dr. Yusuf dari Oman mengajarkan teknik menghafaz untuk solat sunat. Menggunakan kaedah ini, kita hanya perlu menghafaz lima ayat baru setiap hari yang setiap satu ayat akan dibaca dalam setiap solat sunat rawatib. Sedikit demi sedikit cantumkan ayat-ayat berkenaan sehingga lengkap menjadi satu rubu’ atau satu surah.

3. BED-TIME STORY

Mungkin banyak orang yang belum pernah mendengar bahawa membaca al-Quraan sama ada melalui lisan atau dalam hati merupakan ubat tidur yang mujarab bagi mereka yang menghadapi masalah untuk memulakan tidur. Ada pelajar-pelajar tahfiz mengambil kesempatan ini dengan ‘pura-pura’ menghafaz untuk memudahkan tidur. Caranya mudah, pilih sahaja mana-mana ayat, kemudian baca, pejamkan mata dan cuba ingat ayat-ayat tersebut dalam hati. Insya Allah, dalam beberapa minit akan tertidur. Kalau terjaga semula, ulangi dan sambung… sehingga terlelap.

4. HAFAZAN 1-2, 1-2.

Jenis ini merupakan teknik hafazan serius. Sama ada kita sedari atau tidak, menghafaz ayat-ayat tertentu dalam al-Quraan berbeza dalam konteks menghafaz keseluruhan al-Quraan. Prinsip yang mudah difahami ialah setiap ayat al-Quraan mempunyai kaitan atau ikatan dengan ayat sebelum dan selepasnya. Hafazan 1-2, 1-2 memerlukan kita menghafaz dua ayat pada setiap masa. Peringkat pertama dimulai dengan ayat no.1 dan no.2, kemudian no.2 dan no.3, kemudian no.3 dan no.4, sehinggalah tamat satu surah atau rubu’. Setelah tamat proses Peringkat pertama, masuki peringkat kedua dengan cuba menghafaz keseluruhan surah atau rubu’ berkenaan. Mungkin kaedah ini sesuai diamalkan bersama-sama kaedah No.2 di atas.

5. HAFAZAN 1-2-3

Sama seperti teknik di atas, teknik ini juga merupakan teknik hafazan serius. Caranya ialah dengan membaca tiga ayat serentak. Contohnya jika kita menghafaz ayat-ayat no. 1,2 dan 3, ketika kita menghafaz ayat no.1 kita perlu ‘membaca’ ayat no.2. Setelah ayat no.1 telah berjaya dihafaz, ulangi ayat tersebut tanpa melihat mashaf, kemudian cuba hafaz ayat no.2 (yang kita telah ‘baca’ ketika manghafaz ayat no.1), diikuti dengan ‘membaca’ ayat no.3. Begitulah seterusnya. Maksudnya, pembacaan ayat pertama merupakan proses ‘pengukuhan’ apa yang dihafaz. Ayat kedua adalah percubaan menghafaz. Ayat ketiga hanya dibaca sahaja. Ayat ketiga ini bukanlah setakat dibaca sahaja, tetapi membaca sehingga kita yakin sudah boleh dihafaz. Ini juga bermaksud bahawa kita hanya berhenti mengulangi ‘pengukuhan’ hafazan ayat pertama setelah ayat ketiga sudah di‘register’ dalam ingatan ikatan kita.

6. HAFAZAN DERAAN

Teknik ini nampak lebih serius. Saya pernah bertemu dengan salah seorang daripada imam dari England yang bernama ‘Uzair, amat baik hafazannya dalam semua sudut. Memerhatikan cara beliau membuat semakan, bolehlah diklasifikasikan sebagai ‘teknik deraan’. Setiap kali ‘terbuat’ silap atau ‘tersangkut’ dia akan kembali semula ke awal rubu’. Walaupun cara yang dipraktikkan oleh Imam ‘Uzair ini kelihatan seperti satu bentuk deraan, sebenarnya ada satu prinsip yang dipraktikkan. Prinsipnya ialah apabila kita memulakan bacaan untuk satu-satu rubu’, seawal ayat pertama lagi memori (otak) kita sudah sepatutnya mengumpulkan maklumat mengenai ayat-ayat di hadapan. Dengan kata lain, sekiranya kita mengimami solat dan mahu membaca satu surah yang mengandungi 50 ayat, pada ayat pertama lagi kita telah mempunyai ‘map’ untuk perjalanan seterusnya dah telahpun tahu apakah bacaan pada ayat ke-50 nanti.

7. HAFAZAN NON-COMMITTAL

Teknik ini lebih senang. Baca sahaja mana-mana surah atau rubu’ setiap hari tanpa terikat untuk menghafaz. Setelah beberapa hari, memori kita insya Allah akan boleh merakam ayat-ayat dengan mudah. Apabila kita telah menyedari ada ayat yang mula masuk dalam ingatan kita, cuba kembangkan ingatan pada ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Bagaimana kalau terlupa?. Just forget it!. Insya Allah akan datang kembali. Maha Suci Allah yang menurunkan al-Quraan sebagai satu mukjizat yang di luar pemikiran manusia untuk memahaminya. Biasanya selepas 40-60 hari, keseluruhan satu rubu’ boleh dihafaz melalui cara sebegini.

8. HAFAZAN MENGUDUR (REVERSE)

Sama juga dengan kaedah di atas. Namun, kaedah ini merupakan pemakaian prinsip ‘pembinaan’ map seperti yang dinyatakan dalam kaedah ‘deraan’ tadi. Jika dibandingkan, kaedah ini lebih teratur berbanding hafazan non-committal di atas. Setiap hari cuba baca keseluruhan satu rubu’ atau surah. Pada akhir sesi, hafazkan ayat yang terakhir sahaja. Jadi, jika jumlah keseluruhan ayat adalah 60, mulakan hafazan dengan ayat no.60, kemudian ayat 59 dan begitulah seterusnya. Untuk memberikan impak yang lebih baik, hafazkan ayat-ayat terakhir tersebut dengan menggunakan teknik 1-2, 1-2 seperti yang dibincangkan di atas. Oleh sebab kita membaca rubu’ tersebut setiap hari, insya Allah sebelum sampai ayat ke-30, keseluruhan rubu’ telah berjaya dihafaz.

9. TEKNIK ‘GANJIL’

Dikatakan bahawa terdapat amalan sesetengah orang Arab yang menghafaz dengan memulakan menulis ayat-ayat yang hendak dihafaz. Setelah ayat tersebut berjaya dihafaz, pelajar-pelajar berkenaan membakar nota mereka, asapnya disedut dan abunya dilarutkan ke dalam air dan diminum. Menurut mereka ada hadith sahih (saya sendiri tidak ketemu matan dan riwayatnya – waAllahu a’lam) yang membawa maksud bahawa tulisan al-Quraan adalah penawar pelbagai penyakit dan pendiding daripada rasukan syaitan.

10 HAFAZAN PAST TIME

Mengikut cerita orang, orang-orang bekerja sebagai ‘jaga’ dan penjaga gate keretapi di Mesir semuanya hafiz, waAllah a’lam.

KESIMPULANNYA

1. Terdapat banyak teknik hafazan yang boleh dicuba untuk dipraktikan mengikut kemampuan ingatan kita dan yang bersesuaian dengan corak kehidupan seharian kita.

2. Penghafazan yang baik (sila lihat teknik no.1 dan 2), adalah melibatkan banyak anggota badan – mata, telinga, lidah dan tangan.

3. Teknik hafazan yang baik tidak semestinya yang membebankan, sebaliknya bersesuaian.

4. Jangan lupa, sama ada kita berjaya atau tidak bukanlah suatu perkara yang paling penting kerana membaca al-Quraan merupakan ibadah khusus yang pahalanya dikira daripada setiap huruf yang dibaca.

Sallehuddin Ishak, Glasgow

selamat menghafal..moga kita semua dapat menjadi pemelihara alquran..

hidup sebagai pemelihara alquran

From ALKIS.. (http://web.alkis.org.my/?p=16)..ni just kesimpulan keseluruhan..

Cuba tanyakan kepada diri kita sendiri, ‘kenapa saya harus menghafaz al-Quraan?’. Kemudian tanya pula mereka yang arif dalam soal motivasi diri, ‘bagaimanakah cara untuk berjaya mencapai cita-cita?’ dan ‘kenapa pula ada orang yang ‘mati celik?’. Mungkin ada pakar motivasi menyarankan bahawa orang-orang berjaya adalah mereka yang mempunyai kekuatan dalam diri dan mempunyai ‘definite purpose’ dalam perjuangan hidup.

Apakah pula ‘definite purpose’ para penghafaz al-Quraan?. Adakah kerana mengikut ‘trend’ atau kerana budaya satu-satu bangsa (terutamanya bangsa Arab)? Adakah kerana sekeping sijil atau kerana salah satu syarat untuk memperoleh kelulusan akademik?. Mungkinkah juga bagi mencapai cita-cita untuk menjadi imam yang tersohor atau untuk digelar orang sebagai al-Hafiz, al-Qari’ wal-Muqri’?. Tanyakan diri kita sendiri, dari mana asalnya gelaran-gelaran tersebut? Adakah bersumberkan nas-nas yang sahih?, Adakah gelaran-gelaran tersebut telah wujud di zaman Rasul SAW, Sahabat dan Tabi-ein?


Daripada nas-nas al-Quraan, hadith, seerah dan dan sejarah sekurang-kurang ada empat ‘definite purpose’ yang yang menjadi motivasi untuk mendorong generasi terdahulu untuk menghafaz al-Quraan, iaitu:

PERTAMA – Dimuliakan oleh Allah semasa masih hidup lagi sehinggalah kepada penentuan kedudukan di dalam liang lahad;

KEDUA – Sebagai syarat kesempurnaan untuk kefaqihan dalam soal-soal agama;

KETIGA – Bagi mendekatkan diri kepada peluang untuk mati syahid;

KEEMPAT – Sebagai persediaan untuk menyahut perintah Allah supaya membaca al-Quraan di Padang Mahsyar nanti.



Proses penghafazan al-Quraan lebih mengutamakan aspek ibadah dan spiritual dan tidak melebihkan aspek akademik, mental dan kemahiran. Oleh itu ciri-ciri ibadahnya harus diambil diambil berat. Dengan itu, banyak do’s and don’ts yang perlu diambil perhatian. Jikalau hendak disenaraikan satu persatu, amatlah banyak. Mungkin bermula daripada amalan sebesar-besarnya iaitu berjihad dan berperang di jalan Allah sehingga sekecil-kecil amalan yang mungkin termasuklah bersopan di jalan raya. Memadailah pada peluang yang sedikit ini kita membincangkan beberapa amalan sunat yang diangap kecil tetapi mempunyai kaitan langsung dengan proses penghazan.

amalan2 seorang hafiz:
1. Lazimkan mendirikan solat nawafil (solat sunat).
2. Lazimkan mendirikan solat berjamaah.
3. Sentiasalah memohon ampun, beristighfar dan bertaubat.
4. Lazimkan berdoa untuk mukminin dan mukminat.
5. Jaga lidah.
6. Take care!.(health and diet)
7. Tunaikan tanggungjawab sebagai seorang hafiz.


so people..are you ready??

Khamis, 16 Ogos 2007

Allah jua yang memudahkan..

Selamat berjuang sahabat2ku.walau dimana anda berada..

Khamis, 9 Ogos 2007

Tatkala terleka..

A friend gave me this reminder on ym..it came at the right time lagi tu.alhamdulillah..

"The Muslim woman may find herself becoming neglectful and slipping from the straight path, so she may fall short in her practice of Islam in a way that does not befit the believing woman. But she will soon notice her error, seek forgiveness for her mistakes or shortcomings, and return to the protection of Allah. "Those who fear Allah, when a thought of evil from Satan assaults them, bring Allah to remembrance, when Lo! They see [aright]!" (Qur'an 7:201)

Isnin, 6 Ogos 2007

ten things that muslims waste

Rintihan seorang hamba..

ighfirly ya rabbi..


Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat, petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh tuhanku, kau pimpinlah
Diri ini, yang mendamba cintaMu
Aku lemah, aku jahil
Tanpa pimpinan dari Mu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh tuhanku, Kau pimpinlah
Diri ini, yang mendamba cintaMu
Aku lemah, aku jahil
Tanpa pimpinan dari Mu
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Mogaku kan selamat
Dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

penyanyi:Raihan
judul lagu:Tuhanku

Sabtu, 4 Ogos 2007

menjaga hati..

sebuah cerpen from paksi.net


Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, seperti hari-hari kerja yang biasa sayamasuk ke dalam pejabat saya. Namun terdapat sesuatu yang luar biasa pada pagi itu, seseorang yang baik hati telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Tahu-tahu saja orang misteri itu yang brownies adalah makanan kegemaran saya. Bersama-sama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel PG-13, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem yang cakap begitu!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam gred A, gula organik yang terbaik, vanilla premium dan coklat.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”

Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownie kedua, dan brownie ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… tapi saya gagal meyakinkan diri saya. kan hadis ada cakap tinggalkan bende-bende syubhah )


>ighfirli ya Allah..

Jumaat, 3 Ogos 2007

tika konflik bermaharajalela..

tika konflik bermaharajalela dalam diri, seorang sahabat istimewa telah meng'sms'kan ayat Allah ini kepada saya.. sebuah peringatan yang sangat mendalam maksudnya..

"dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [29:69]

Ya Allah, moga Kau redhai segala usaha dan amalankku...Ameen..

Selasa, 31 Julai 2007

alasan..

copy paste from nurulathimridayu.multiply.com

basically, like this post coz terkena tepat pada batang hidung sendiri..
wahai diri.. hilangkanlah kesombongan dan keegoan yang melampau dalam diri
mengakulah kesalahan mu..jangan suka bagi alasan..dan, bersabarlah sentiasa..


Hari ini saya ingin berbagi satu pengalaman. Percaya atau tidak, sebahagian besar di antara kita membesar dengan satu fi'il (perangai/sikap), yakni akan cuba untuk mempertahankan diri sendiri, tidak kira sama ada kita yang bersalah atau tidak..

Saya jadi teringat ketika masih kecil dahulu, setiap dimarahi oleh ibu tercinta pasti saya akan men 'defense' diri sendiri.. Ada sahaja jawapan yang diberikan.. (no wonder my mom was always mad at me =0 )

"Mana adee.... bla bla bla..."

"Bukaaaaan..... bla bla bla...."

"Betul laa macam ni...... bla bla..."

"Takde laaaaa....... bla bla bla..."

Lagi dan lagi... the list goes on and on. Tepisan demi tepisan di buat hanya semata-mata ingin menegakkan pendapat sendiri. Tidak mahu mengaku kesalahan sendiri.

Maha Suci Allah, sesungguhnya manusia itu sombong, sentiasa mencari alasan walaupun sedar bahawasanya dirinya yang bersalah. Bahkan sekalipun di hadapan Allah ketika di hari Penghisaban nanti masih ada manusia yang mencari-cari alasan untuk mempertahankan diri sendiri.

" .... Sesungguhnya kehinaan dan azab pada hari ini ditimpakan kepada orang yang kafir, yaitu orang yang dicabut nyawanya oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri sendiri, lalu mereka menyerahkan diri (sambil berkata), "Kami tidak pernah mengerjakan sesuatu kejahatan pun." (Malaikat menjawab), "Pernah! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan." [an-Nahl: 27,28]

Semoga Allah melindungi kita dari yang itu.

Pada hari ini, setelah dihitung-hitung, berapa ramai dikalangan kita yang mudah mengakui kesalahan diri? Apabila ditegur atau dinasihati, adakah kita lebih cenderung mengatakan, " Wahai sahabatku yang dicintai, dalam hal ini aku bersalah...Terima kasih kerana menasihatiku... Ya Allah ampuni diriku.. " ataukah kita lebih cenderung mengatakan, " Bukaaaaan.. aku sebenarnya begini dan begitu.... Aku bukannya apee... bla bla bla.."

Pengalaman peribadi saya tinggal bersama muslim sisters yang datang dari serata dunia; Iran, Bangladesh, Singapura, Pakistan, Indonesia, Mesir etc. Walaupun Islam menyatukan kami, namun memang tidak dapat dinafikan ada perbezaan2 dari sudut adat dan cara pandang terhadap kehidupan masing2 kerana kami semua datang dari latar belakang yang berbeza.

"Wahai manusia, sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.." [al-Hujurat: 13]

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah semata..saya besyukur kerana berpeluang mengenal muslim yang lain, lalu menambahkan lagi pengalaman berinteraksi dengan mereka. Latar belakang serta pendidikan dan cara dibesarkan yang berbeza menuntut saya agar bertoleransi dengan mereka dalam muamalah seharian. Namun, latar belakang yang berbeza itulah yang menyebabkan ada ketikanya akan berlaku perbalahan dan pertikaian. Masing-masing berhujah dengan hujah masing2. Masing2 mahu mempertahankan pendapatnya masing2.

Pernah berlaku, hanya kerana tidak bersetuju dengan isu hantu @ ghost, sampai terjadi perbalahan antara mereka. Masing2 mula meninggikan suara.. "I don't believe in ghosts!" .. "If you don't believe in ghosts, that means you don't believe in the unseen (ghaib), which is part of our faith!".... "I believe devils do exist! But not ghosts!"... "I'm correct, you're wrong!"

Yaaa ayyuhal ikhwah, bukankah Allah telah berfirman,

"Al-Haqqu min rabbik" Kebenaran itu hanya milik Tuhanmu..

Hanya Allah yang tahu kebenarannya. Siapa yang benar siapa yang salah, bukan hak kita untuk menentukan. Tidak perlulah kita berbalah hanya kerana ingin menegakkan sesuatu yang kita anggap "Akulah yang benar". Kita tidak akan pernah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah, kerna kebenaran itu hanya milik Allah.. Boleh jadi kita menyangka apa yang dipertahankan itu benar, namun sebaliknya disisi Allah, ianya hanya syahwat dan emosi kita semata. Lelah berjidal, sedangkan ianya hanya sesuatu yang sia-sia, duuna faa'idah (tiada faedah)

Lalu, apakah kita langsung tidak dibenarkan mempertahankan diri sendiri?

Ayuh kita singgung sebuah al-kisah yang sangat bererti, yang inshallah bisa menjawab persoalan tadi dan merangkumkan keseluruhan tulisan saya di atas.

Seorang laki-laki datang menemui Abu Bakar. Tanpa sebab, lelaki tersebut mencacimaki salah seorang sahabat nabi yang sangat beliau cintai ini. Abu Bakar sabar melayani telatah laki-laki tadi yang terusan mencaci makinya. Rasulullah Salallaahu alaihi wassalam yang saat itu tengah duduk di sampingnya, tampak keheranan sambil tersenyum melihat Abu Bakar diam saja.

Namun ketika kata makian semakin banyak, Abu Bakar hilang sabar lalu beliau pun membalas jawab. Rasulullah bangkit dan berpaling daripada Abu Bakar dengan wajah tidak suka dengan sikap Abu Bakar itu. Beliau berdiri dan Abu Bakar mengikutinya.

“Ya Rasulullah, tadi dia mencaci makiku namun engkau tetap duduk dan tersenyum. Tapi ketika kubalas jawab sebagian kata-katanya, engkau marah dan berdiri. Mengapa demikian ya Rasulullah?” tanya Abu Bakar.

“Sesungguhnya bersamamu ada malaikat yang sedang bertasbih ke atasmu ketika engkau sabar dengan celaan lelaki tadi. Kemudian ketika engkau membalas jawab perkataannya, berpalinglah malaikat dan datanglah syaitan dan aku tak sudi duduk bersama syaitan itu,” jawab Rasul. Kemudian beliau meneruskan nasihatnya, “Tidak teraniaya seseorang karena penganiayaan yang ia sabar memikulnya kecuali Allah akan menambahkan kepadanya kemuliaan dan kebesaran.” (HR. Imam Ahmad dari Abu Kabsyah Al Anmari)

Isnin, 30 Julai 2007

the perfect answers..

copy paste from iluvislam.com


Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
- Surah At-Taubah ayat 111


Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12 Surah Yusuf ayat 87


Bukankah alQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?

Ahad, 22 Julai 2007

short stories

salam..

berminat membaca short stories yang byk valueble pengajaran in it??
i'd recommend http://qisas.com/
byk criter2 pendek, yang tinggi nilai pengajarannya..
insya-Allah..

cumer satu jer syarat: btulkan niat n open up your heart =)

Isnin, 2 Julai 2007

antara hamas dan fatah

(copy paste from blog http://www.ulamaummah.blogspot.com)

Oleh : Haji Muhyiddin bin Haji Hasyim



(artikel dari blog Ustaz Nasruddin Tantawi.)
Pendahuluan :

Pertumpahan darah yang berlaku di antara pejuang Hamas dan Fatah sememangnya merupakan suatu perkara yang sangat mengejutkan dunia Islam. Dalam berhadapan dengan musuh yang sebenar iaitu Amerika dan Israel, tiba-tiba kita dikhabarkan dengan peristiwa ini yang berakhir dengan penguasaan Hamas terhadap Genting Gaza.

Pelbagai komen dan pandangan terhadap pertumpahan darah tersebut. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritik sebagaimana yang dilakukan oleh Hizbu Tahrir dalam risalahnya.

Hizbu Tahrir dalam risalahnya menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku dan menganggap bahawa peperangan dan pertumpahan darah sesama umat Islam di Palestin tidak syarie dan berlanggar dengan lunas-lunas Islam.

Hizbu Tahrir menganggap pertumpahan darah ini membantu kepentingan Amerika, Eropah dan Yahudi di Palestin. Mereka juga menganggap bahawa pertumpahan darah yang berlaku ini adalah kerana ingin merebut kuasa untuk menjadi menteri dan ahli parlimen walaupun kuasa yang ada tidak lebih hanya berada di bawah pengaruh Yahudi. Keterbatasan kuasa ini dianggap sebagai perkara yang terlalu kecil sehingga boleh menyebabkan persengketaan ini.

Disamping itu Hizbu Tahrir mengkritik apa yang dilakukan oleh Hamas dan Fatah apabila mereka melakukan gencatan senjata dan berunding dengan Yahudi kerana menganggap gencatan senjata dan rundingan tersebut adalah suatu pengiktirafan terhadap kependudukan Yahudi di bumi Palestin.

Jika difikirkan secara sepintas lalu, tidak dapat dinafikan bahawa pandangan dan kritikan Hizbu Tahrir ini mempunyai kebenarannya tetapi bagi sesiapa yang melihat secara mendalam dan berfakta apa yang berlaku pastinya tidak dapat menerima kritikan tersebut khususnya tuduhan yang dilemparkan kepada pejuang Hamas.

Latar belakang sejarah persengketaan Hamas dan Fatah :

Persengketaan yang berlaku di antara Hamas dan Fatah adalah bukan perkara baru bagi umat Islam secara umumnya dan penduduk Palestin secara khususnya. Perbezaan ideologi dan pendekatan menjadi sebab kepada persengketaan ini.

Umum mengetahui bahawa Hamas sejak ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin meletakkan Islam sebagai rujukan dalam setiap aspek tindakan yang ingin diambil dalam berhadapan dengan Israel dan Amerika. Pengaruh Ikhwanul Muslimin Mesir sangat kuat di dalam pertubuhan ini. Mereka menolak pengiktirafan terhadap negara entiti haram Israel dan mengambil pendekatan bersenjata dalam menghalau Israel dari bumi Palestin.

Ada pun Fatah, mereka meletakkan ideologi kebangsaan sebagai landasan perjuangan dan bersedia untuk mengiktiraf negara Israel. Mereka sanggup untuk berdamai dan berbincang dengan Israel walaupun diketahui bahawa Israel tidak pernah setia terhadap perjanjian dan perdamaian yang dimeteraikan tersebut. Umat Islam di Palestin terus dibunuh dan disembelih, rumah-rumah mereka diroboh dan mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri.

Perbezaan ideologi dan pendekatan inilah yang menyebabkan persengketaan terus berlaku. Ketika Fatah menguasai kerajaan Palestin suatu ketika dahulu, banyak tindakan yang diambil memihak kepada Amerika dan Israel. Antaranya mereka menangkap pejuang-pejuang Hamas yang berjuang menentang Israel atas nama menjaga perjanjian yang dimeterai di antara mereka.

Pertelingkahan di antara Hamas dan Fatah semakin meruncing apabila Hamas berjaya membentuk kerajaan mengalahkan Fatah di dalam pilihanraya umum negara tersebut pada bulan Januari 2006. Kemenangan ini sememangnya tidak dapat diterima oleh Fatah apatah lagi Yahudi dan sekutunya Amerika.

Pelbagai sekatan dan usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat tersebut. Pemberhentian bantuan kewangan oleh Eropah dan Amerika tidak melemahkan semangat Hamas untuk terus menerajui kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Hamas menyedari bahawa usaha untuk menghalau Israel dari bumi Palestin tidak akan berjaya sekiranya pejuang-pejuang pembebasan bertelingkah sesama sendiri. Justeru, Hamas yang berjaya membentuk kerajaan telah mengajak pertubuhan-pertubuhan lain termasuk Fatah untuk bersama-sama di dalam kerajaan perpaduan dan akhirnya termeterailah perjanjian Makkah yang menjadi sejarah kepada penduduk Palestin.

Perjanjian Makkah ini menjawab tohmahan yang menyatakan bahawa Hamas tidak berusaha untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Palestin dalam usaha menghadapi musuhnya yang sebenar iaitu Israel. Pun begitu, masih timbul lagi persoalan bagaimana masih boleh berlaku pertumpahan darah walaupun perjanjian Makkah telah dimeterai di antara kedua-dua pihak.

Pertumpahan darah di antara Hamas dan Fatah :

Walaupun kerajaan perpaduan telah terbentuk, masih terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam Fatah untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Hamas. Mereka mendapat bantuan kewangan dan senjata daripada Israel mahupun Amerika di dalam usaha tersebut.

Perlu ditegaskan bahawa usaha untuk menggulingkan kerajaan Hamas ini dirancang oleh sebahagian sahaja dari kalangan pimpinan Fatah seperti Penasihat Keselamatan Palestin, Mohammad Dahlan dan lain-lain lagi.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh salah seorang pemimpin Fatah sendiri iaitu Farouk Qadumi, Setiausaha Sulit Fatah yang tidak bersetuju dengan perlantikan Mohammad Dahlan sebagai penasihat keselamatan dan menolak usaha untuk menggulingkan kerajaan Hamas. Beliau menyebut bahawa sebahagian besar daripada pengikut Fatah inginkan kesatuan dan ingin bekerjasama dengan Hamas.

Walaupun demikian, peperangan demi peperangan berlaku di antara kedua-dua pihak hasil daripada usaha jahat yang dilakukan beberapa pimpinan Fatah yang ingin menggulingkan kerajaan Hamas.

Antara usaha yang dilakukan oleh mereka ialah usaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari lawatan rasmi yang pertama ke luar negara pada bulan Februari yang lepas. Mereka menyerang rombongan perdana menteri tersebut tetapi telah dipatahkan oleh pejuang-pejuang Hamas yang terus mempertahankan kerajaan Islam Hamas.

Pertumpahan darah yang berlaku ini akhirnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya Hamas terhadap Genting Gaza baru-baru ini. Pejabat keselamatan Palestin di bawah Fatah telah ditawan oleh Hamas dan beberapa orang pimpinan Fatah telah dibunuh.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas, tindakan mereka menguasai pejabat keselamatan Palestin di bawah Fatah adalah untuk menghapuskan anasir jahat di dalam pertubuhan itu yang ingin menggulingkan kerajaan Hamas.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah dalam kenyataannya menyebut bahawa tindakan tersebut adalah untuk mempetahankan kerajaannya. Ini terbukti apabila pejuang Hamas telah menjumpai dokumen-dokumen sulit di pejabat keselamatan Palestin tersebut senarai nama pimpinan Fatah yang bekerja untuk membunuh tokoh-tokoh tertentu di kalangan pimpinan Palestin termasuk bekerjasama dengan pihak Mosad Israel.

Turut dijumpai juga dokumen rahsia tentang pembunuhan Presiden Palestin yang pertama iaitu Yasir Arafat oleh Mohammad Dahlan, cubaan membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah dan serangan terhadap rombongan keselamatan Mesir di Genting Gaza.

Walaupun Hamas telah berjaya menguasai Genting Gaza, mereka tidak menutup pintu rundingan dengan Fatah bagi meneruskan kerajaan perpaduan yang telah dibina melalui Perjanjian Makkah.

Pertumpahan darah antara Hamas dan Fatah dari sudut pandangan Islam :

Jika dilihat kepada pertumpahan darah yang berlaku di antara Hamas dan Fatah ini, sebenarnya ia adalah peperangan yang melibatkan di antara sebuah kerajaan dengan pemberontak yang ingin menggulingkannya. Di dalam Islam ia disebut sebagai golongan bughoh.

Di dalam fiqh Islam, seorang yang dianggap bughoh boleh diperangi oleh kerajaan Islam yang memerintah ketika itu. Perkara ini berlaku ketika zaman Saidina Ali bin Abu Talib yang telah dilantik menjadi khalifah menggantikan Saidina Othman bin Affan.

Saidina Ali telah berijtihad mengganggap bahawa Saidina Muawiyyah adalah termasuk dari kalangan ahli bughoh apabila tidak ingin memberi baiah kepadanya sebagai khalifah. Rentetan daripada itu, Saidina Ali telah menyiapkan bala tentera untuk memerangi Saidina Muawiyyah yang ketika itu menjadi gabenor di Syam. Maka berlakulah pertumpahan darah di antara tentera Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah di Siffin pada tahun 36 Hijriah.

Jika diperhatikan peristiwa yang berlaku di antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah ini, pastinya kita akan merasakan bahawa ia tidak sepatutnya terjadi apatah lagi kedua-duanya adalah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Apa pun keadaannya, tindakan Saidina Ali tersebut dianggap bertepatan dengan hukum Islam yang membolehkan kerajaan Islam memerangi ahli bughoh.

Jika diperhatikan kepada pertumpahan darah yang berlaku di antara pejuang Hamas dan Fatah pula, maka kita akan dapati bahawa tindakan Hamas memerangi Fatah yang ingin menggulingkan kerajaannya adalah bertepatan dengan hukum Islam.

Fatah boleh dianggap sebagai ahli bughoh yang halal darahnya kerana ingin menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Hamas. Walaupun pada zahirnya tindakan ini dilihat agak keterlaluan tetapi secara tersiratnya adalah untuk menghapuskan musuh dalam selimut dan memperkukuhkan kesatuan yang telah terbina. Oleh kerana itulah, walaupun Hamas berjaya menguasai Genting Gaza, mereka bersedia untuk berunding semula dengan Fatah dan menolak untuk mendirikan kerajaan yang berasingan di Genting Gaza.

Dakwaan Hizbu Tahrir bahawa pertumpahan darah yang berlaku di antara Hamas dan Fatah kerana berebut kuasa dengan melupakan musuh yang sebenarnya iaitu Israel dan Amerika adalah lari daripada fakta yang jelas.

Ini adalah kerana Hamas mengetahui siapa sebenarnya musuh mereka dan juga mengetahui siapa pula musuh dalam selimut yang boleh melemahkan perjuangan rakyat Palestin untuk menghalau Israel dari bumi mereka. Menghapuskan musuh dalam selimut adalah perkara yang penting bagi berhadapan dengan musuh yang sebenar.

Di samping itu, kita bersetuju dengan Hizbu Tahrir yang menganggap Fatah mengiktiraf negara haram Israel apabila mereka berunding dengan Israel tetapi kita tidak bersetuju jika dikatakan bahawa Hamas turut mengiktiraf negara haram Israel apabila mengadakan gencatan senjata memerangi Israel.

Tindakan mengadakan gencatan senjata ini tidak bermakna mengiktiraf negara entiti haram Israel tersebut sebagaimana dakwaan Hizbu Tahrir. Ini adalah kerana Hamas begitu bertegas dalam masalah pengiktirafan ini walaupun kerajaan yang dipimpinnya dipulau dan dikepung oleh Eropah dan Amerika disebabkan ketegasannya tersebut.

Gencatan senjata yang dilakukan hanyalah untuk sementara waktu sahaja bagi mengumpulkan kekuatan serta mengatur strategi berhadapan dengan Israel pada masa akan datang.

Kesimpulan :

Kesimpulannya, pertumpahan darah yang berlaku antara Hamas dan Fatah adalah merupakan suatu fitnah yang sangat besar di dalam perjuangan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi. Pun begitu, pertumpahan darah ini berlaku dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syariat Islam apabila kerajaan yang dibentuk oleh Hamas dengan sewenang-wenangnya ingin digulingkan oleh anasir jahat di dalam Fatah.

Khamis, 28 Jun 2007

masa rasa terlalu lama...

P/s: copy paste from blog balqis..{http://balqis87.wordpress.com}


masa rasa terlalu lama..
jika tahanan nafsu yg hendakkan dunia itu..
tidak disusuli dgn kekuatan janji-janji si Dia..

masa akan dirasa terlalu lama..
dalam sabar menanti yang halal buat jiwa..
tetapi terus-terus menongkat dagu memuja dunia

masa mmg dirasa terlalu lama..
bila merindu, mengimpikan syurgaNya..
tetapi disulam dgn leka perbuatan neraka..

masa rasa terlalu lama..
dlm kita beramal mengimpikan redhaNya..
tetapi terus diisi perbuatan yg mendapat murkaNya..

masa mmg dirasa terlalu lama..
untuk segala yang baik pada neracaNya..
itulah mahalnya nilai sebuah syurgaNya..

masa pasti dirasa terlalu lama..
dlm menanti sesuatu diidamkan jiwa..
dlm mengidamkan yang sementara..
dlm merindukan yang tak abadi..
dlm memuja keindahan duniawi..

masa mmg rasa terlalu lama..
tetapi, masa lama itu kan kusulam indah..
dengan kuntuman mekar bunga zikrullah..
dengan wangian harum bicara Allah..
dengan lakaran indah ketabahan Rasulullah..
dengan manis senyuman hidup beribadah..

inilah jalan mujahadah..
supaya takkan retak di akhir kerana rapuh mulanya..
supaya dapat bersama selamanya “diSANA”..
supaya kita ingat pada yang jauh lebih hebat Tingginya..
supaya kita tidak buta pada syurgaNya..

masa yg lama itu, kankusulam dgn mujahadah..
lamanya pasti tak resah gelisah..
malah kan jadi harum dan indah..

wahai pemuda

wahai pemuda...
bermujahadahlah..
bermujahadahlah meninggalkan kejahilan yang membelenggu diri..
kita sudah tiada banyak masa lagi..
bangkitlah..
keluarkanlah dirimu dari fitnah dunia..
jihad yang paling besar, jihad melawan nafsu..
memang sesuatu yang amat payah..
seringkali kita akan kecundang di tengah perjalanan..
namun, janganlah sekali-kali kita mengalah..
teruskan bermujahadah..
teruslah berusaha untuk melawan hawa' yang durjana itu..
jangan berlaku zalim kepada dirimu sendiri..
bangkitlah wahai pemuda..
bangkitlah!!
dalam perjuangan ini, anda tidak bersendirian..
tidak..tidak sama sekali..
akan pasti ada seseorang untuk memberi sokongan..
dan andainya tiada..ingatlah..
cukuplah Allah bagiku..
sedarlah diri wahai pemuda..
kita ada tanggungjawab dan amanah yang lebih besar di muka bumi ini..
kita tiada masa lagi untuk bertangguh..
bangkitlah..
bermujhadahlah..
berjuanglah..
berjihadlah..
sebelum ia terlambat..

Khamis, 14 Jun 2007

melihat positive dalam negative

from iluvisslam.com


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT..

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

BELAJARLAH BERSYUKUR....... ALHAMDULILLAH

Rabu, 13 Jun 2007

Miqdad bin Amr

kisah sahabat..
(copy paste)


Miqdad Bin Amr radhiallahu 'anhu
PELOPOR BARISAN BERKUDA DAN AHLI FILSAFAT

Ketika membicarakan dirinya, para shahabat dan teman sejawatnya berkata: ".Orang yang pertama memacu kudanya dalam perang sabil ialah Miqdad ibnul Aswad".

Dan Miqdad ibnul Aswa d yang mereka maksudkan itu ialah tokoh kita Miqdad bin Amr ini. Di masa jahiliyah ia menyetujui dan membuat perjanjian untuk diambil oleh al-Aswad 'Abdi Yaghuts sebagai anak hingga namanya berubah menjadi Miqdad ibnul Aswad. Tetapi setelah turunnya ayat mulia yang melarang merangkaikan nama anak angkat dengan nama ayah angkatnya dan mengharuskan merangkaikannya dengan nama ayah kan dungnya, maka namanya kembali dihubungkan dengan nama ayahnya yaitu 'Amr bin Sa'ad.

Miqdad termasuk dalam rombongan orang-orang yang mula pertama masuk islam, dan orang ketuiuh yang menyatakan keIslamannya secara terbuka dengan terus terang, dan menanggungkan penderitaan dari amarah murka dan kekejaman Quraisy yang dihadapinya dengan kejantanan para ksatria dan keperwiraan kaum Hawari!

Perjuangannya di medan Perang Badar tetap akan jadi tugu peringatan yang selalu semarak takkan pudar. Perjuangan yang mengantarkannya kepada suatu kedudukan puncak, yang dicita dan. diangan-angankan oleh seseorang untuk menjadi miliknya.….

Berkatalah Abdullah bin Mas'ud yakmi seorang shahabat Rasulullah: "Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi shahabatnya daripada segala Isi bumi ini ..

Pada hari yang bermula dengan kesuraman itu yakni ketika Quraisy datang dengan kekuatannya yang dahsyat, dengan semangat dan tekad yang bergelora, dengan kesombangan dan keangkuhan mereka .... Pada hari itu Kaum Muslimin masih sedikit, yang sebelumnya tak pemah mengalami peperangan untuk mempertahankan islam, disininilah peperangan pertama yang mereka terjuni….

Sementara Rasulullah menguji keimanan para pengikutnya dan meneiiti persiapan mereka untuk menghadapi tentara musuh yang datang menyerang, baik pasukan pejalan kaki maupun angkatan berkudanya...,para shahabat dibawanya bermusyawarat; dan mereka mengetahui bahwa jika beliau meminta buah fiiran dan pendapat mereka maka hal itu dimaksudnya secara sungguh-sungguh. Artinya dari setiap mereka dimintanya pendirian dan pendapat yang sebenarya, hingga bila ada di antara mereka yang berpendapat Lain yang berbeda dengan pendapat umum, maka ia tak usah takut atau akan mendapat penyesalan.

Miqdad khawatir kalau ada di antara Kaum Muslimin yang terlalu berhatihati terhadap perang; Dari itu sebelum ada yang angkat bicara, Miqdad ingin mendahului mereka, agar dengan kalimat-kalimat yang tegas dapat menyalakan semangat perjuangan dan turut mengambil bagian dalam membentuk pendapat umum.

Tetapi sebelum ia menggerakkan kedua bibimya, Abu Bakar Shiddiq telah mulai bicara, dan baik sekali buah pembicaraannya itu, hingga hati Miqdad menjadi tenteram karenanya setelah itu Umar bin Khatthab menyusul bicara, dan buah pembicaraannya juga baik. Maka tampillah Miqdad, katanya:

"Ya Rasulullah....
Teruslah laksanakan apa yang dititahtan Allah, dan kami akan bersama anda...!
Demi, Allah kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan Bani Israil kepada Musa: Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, sedang kami akan duduk menunggu di sini. Tetapi kami akan.mengatakan kepada anda: Pergilah anda bersama Tuhan anda dan berperanglah, sementara kami ikut berjuang di samping anda…!
Demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran!
Seandainya anda membawa kami melalui lautan lumpur, kami akan berjuang bersama anda dengan,tabah hingga mencapai tujuan, dan kami akan bertempur di sebelah kanan dan disebelah kiri anda, di bagian depan dan di bagian belakang anda, sampai Allah memberi anda kemenangan….!

Kata-katanya itu mengalir tak ubah bagai anak panah yang lepas dari busumya. Dan wajah Rasulullah pun berseri-seri karenanya, sementara mulutnya komat-kamit,mengucapkan do'a yang baik untuk Miqdad. Serta dari kata-kata tegas yang dilepasnya itu mengalirlah semangat kepahlawanan dalam kumpulan yang baik dari orang-orang beriman, bahkan dengan kekuatan dan ketegasannya, kata-kata itu pun menjadi contoh teladan bagi siapa yang ingin bicara, menjadi semboyan dalam perjuangan.. .'

" Sungguh, kalimat;kalimat yang diucapkan Miqdad bin 'Amr itu mencapai sasarannya di hati orang-orang Mu'min, hingga Sa'ad bin Muadz pemimpin kaum Anshar bangkit berdiri, katanya:

"Wahai Rasulullah...
Sungguh, kami telah beriman kepadanya dan membenarkan anda, dan kamu saksikan bahwa apa yang anda bahwa itu adalah benar ....,serta untuk itu kami telah ikatkan janji dan padukan kesetiaan kami!

Maka majulah wahai Rasulullah laksana apa yang anda kehendaki, dan kami akan selalu bersama anda….!

Dan demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran, sekiranya anda membawa kami menerjuni dan mangarungi lautan ini;,akan kami terjuni dan arungi, tidak seorang pun di antara kami yang akan berpaling dan tidak seorang pun yang akan mundur untuk menghadapi musuh..!

Sungguh, kami akan tabah dalam peperangan, teguh dalam menghadapi musuh dan moga-moga Allah akan memperlihatkan kepada anda perbuatan kami yang berkenan di hati anda …! Nah, kerahkanlah kami dengan berkat dari Allah.. .!"

Maka hati Rasulullah pun penuhlah dengan kegembiraan, lalu sabdanya kepada shahabat-shahabatnya: " Berangkatlah dan besarkanlah hati kalian…..!"

Dan kedua pasukan pun berhadapanlah ……
Anggota pasukan islam yang berkuda ketika itu jumlahnya tidak tebih dari tiga orang, yaitu Miqdad bin 'Amr , Martsad bin Abi Martsad dan Zubair bin Awwam; sementara pejuang-pejuang lainnya terdiri atas pasukan pejalan kaki; atau pengendara-pengendara unta.

**********************************************************************************

Ucapan Miqdad yang kita kemukakan tadi, tidak saja menggambarkan keperwiraannya semata, tetapi jaga melukiskan logikanya Yang tepat dan pemikirannya yang dalam……..

Demilkianlah sifat Miqdad…..
la adalah seorang-filosof dan ahli fikir. Hikmat dan filsafatnya tidak saja terkesan pada ucapan semata, tapi terutama pada prinsip-prinsip hidup yang kukuh dan perjalanan hidup yang teguh tulus, dan lurus sementara pengalaman-pengalamannya menjadi sumber.bagi pemikiran dan penunjang bagi filsafat itu.

Pada suatu hari dia diangkat oleh Rasulullah sebagai amir disuatu daerah. Tatkala ia kembali dari tugasnya, Nabi bertanya: "Bagaimanakah pendapatmu menjadi amir?"
Maka dengan penuh kejujuran dijawabnya:
"Anda telah menjadikan daku menganggap diri diatas semua manusia sedang mereka semua dibawahku….Demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran, semenjak saat ini saya tak berkeinginan menjadi pemimpin sekalipun untuk dua orang untuk selama-lamanya.

Nah, jika ini bukan suatu filsafat, maka apakah lagi yang dikatakan filsafat itu….? Dan jika orang ini,bukan seorang filosof maka siapakah lagi yang disebut filosof….? Seorang, laki-laki yang tak hendak tertipu oleh dirinya, tak hendak terpedaya oleh kelemahannya.

Dipegangnya jabatan sebagai amir, hingga dirinya diliputi oleh kemegahan dan puji-pujian. Kelemahan ini disadarinya hingga ia bersumpah akan meqhindarinya dan menolak untuk menjadi amir lagi setelah pengalaman pahit itu. Kemudian ternyata bahura ia menepati janii dan sumpahnya itu hingga semenjak itu ia tak pernah man menerima jabatan amir

Miqdad selalu mendendangkan Hadits yang didengarnya dari Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam, yakni : "Orang yang berbahagia , ialah orang yang dijauhkan dari fitnah….!"

Oleh karena jabatan sebagai amir(pemimpin) itu dianggapnya suatu kemegahan yang menimbulkan atau hampir menimbulkan fitnah bagi dirinya, maka syarat untuk mencapai kebahagiaan baginya, ialah menjauhinya.

Di antara madhhar atau manifestasi filsafatnya ialah tidak tergesa-gesa dan sangat hati-hati menjatuhkan putusan atas seseorang. Dan ini juga dipelajarinya dari Rasullah Shallallahu alaihi wasalam yang telah menyampaikan kepada ummatnya: " bahwa hati manusia lebih cepat berputarnya daripada isi periuk di kala menggelegak "

Miqdad sering menangguhkan penilaian terakhir terhadap seseorang sampai dekat saat kematian mereka. Tujuannya ialah agar orang yang akan dinilainya tidak beroleh atau mengalami hal yang baru lagi .... Perubaban atau hal baru apakah lagi setelah maut...?

Dalam percakapan yang disampaikan kepada kita oleh salah seorang shahabat dan teman sejawatnya seperti di bawah ini, filsafatnya itu menonjol sebagai suatu renungan yang amat datam, katanya:
"Pada suatu hari kami pergi duduk-luduk ke dekat Miqdad.
Tiba-tiba lewatlah seorang laki-laki, dan katanya kepada Miqdad: Sungguh berbahagialah kedua mata ini yang telah melihat Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam.!
Demi Allah, andainya kami dapat melihat apa yang anda lihat, dan menyaksikan apa yang anda saksikan.!"

Miqdad pergi_menghampirinya katanya:
"Apa yang mendorong kalian untuk ingin menyaksikan peristiwa yang disembunyikan Allah dari penglihatan kalian, padahal kalian tidak tahu apa akibatnya bila sempat menyaksikannya?

Demi Allah, bukankah dimasa Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam banyak orang yang ditelungkupkan Allah mukanya ke neraka jahannam …! Kenapa kalian tidak mengucapkan pujian kepada Allah yang menghindarkan kalian dari malapetaka seperti yang menimpa mereka itu,dan menjadikan kalian sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Nabi kalian !"

Suatu hikmah • • •! Dan hikmah yang bagaiman Lagi…? Tidak seorangpun yang beriman kepada Allah,dan Rasul-Nya yang anda temui, kecuali ia menginginkan dapat hidup di masa Rasulullah dan beroleh kesempatan untuk melihatnya Tetapi penglihatan Miqdad yang tajam dan dalam, dapat menembus barang ghaib yang tidak terjangkau di balik cita-cita dan keinginan itu.

Bukankah tidak mustahil orang yang menginginkan hidup pada masa-masa tersebut akan menjadi salah seorang penduduk neraka? Bukankah tidak mustahil ia akan jatuh kafir bersama orang-orang kafir lainnya….?

Maka tidakkah ia lebih baik memuji Allah yang telah menghidupkannya di masa-masa telah tercapainya kemantapan bagi Islam, hingga ia dapat menganutnya secara mudah dan bersih...?

Demikianlah pandangan Miqdad., memancarkan hikmah dan filsafat….. Dan seperti demikian pula pada setiap tindakan, pengalaman dan Ucapannya, ia adalah seorang filosof dan pemikir ulung....

Kecintaan Miqdad kepada islam tidak terkira besarnya..... Dan cinta, bila ia tumbuh dan membesar serta didampingi oleh hikmat maka akan menjadikan pemiliknya manusia tinggi, yang tidak merasa puas hanya, dengan kecintaan belaka, tapi dengan menunaikan kewajiban dan memikul tanggung jawabnya…..

Dan Miqdad bin 'Amr dari tipe manusia seperti ini .... Kecintaannya kepada Rasululiah menyebabkan hati dan ingatannya dipenuhi rasa tanggung jawab terhadap keselamatan yang dicintainya, hingga setiap ada, kehebohan di Madinah, dengan secepat kilat Miqhad telah berada di ambang pintu rumah Rasulullah menunggang kudanya, sambil menghunus pedang atau lembingnya.. :!

Sedang kecintaannya kepada Islam menyebabkannya bertanggung jawab terhadap keamanannya, tidak saja dari tipudaya musuh-musuhnya, tetapi juga dari kekeliruan kawan-kawannya sendiri ....

Pada suatu ketika ia keluar bersama rombongan tentara yang sewaktu-waktu dapat dikepung oleh musuh. Komandan mengeluarkan perintah agar tidak searang pun mengembalakan hewan tunggangannya.

Tetapi salah seorang anggota pasukan tidak mengetahui larangan tersebut hingga melanggarnya dan sebagai akibatnya ia menerima hukuman yang rupanya lebih besar daripada yang seharusnya, atau mungkin tidak usah sama sekali.

Miqdad lewat di depan hukuman tersebut yang sedang menangis berteriak-teriak. Ketika ditanyainya ia mengisahkan apa yang telah terjadi. Miqdad meraih tangan orang itu, dibawanya kehadapan amir atau komandan, lalu dibicarakan dengannya keadaan bawahannya itu. hingga akhirnya tersingkaplah kesalahan dan kekeliruan amir itu. Maka kata Miqdad kepadanya: "Sekarang suruhlah ia membalas keterlanjuran anda dan berilah ia kesempatan untuk melakukan qishas!"

Sang amir tunduk dan bersedia, hanya si terhukum berlapang dada dan memberinya ma'af. Penciuman Miqdad yang tajam mengenai pentingnya suasana, dan keagungan Agama yang telah memberikan kepada mereka kebesaran ini hingga seakan-akan berdendang: "biar saya mati asalkan Islam tetap jaya…!"

Memang. itulah yang menjadi cita-citanya, yaitu kejayaan Islam walau harus dibalas dengan nyawa sekalipun. Dan dengan keteguhan hati yang mena'jubkan ia berjuang bersama kawan- kawannya untuk mewujudkan cita-cita tersebut, hingga selayaknyalah ia beroleh kehormatan dari Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam. menerima ucapan berikut:

" Sungguh, Allah telah menyuruhku untuk mencintaimu, dan menyampaikan pesan-Nya padaku bahwa ia mencintaimu". Ya Allah bangkitkanlah.dari antara kami dan anak cucu kami Miqdad-miqdad pahlawan, pejuang dan pembela Agama-Mu …amin….!

Ahad, 27 Mei 2007

Wahai diri..

::from a friend of mine::

WAHAI DIRI..

MENGERTILAH Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulatNya, Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..

Diriku... Seringkah kau mencari jalan Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya Agar sentiasa sedar akan keagunganNya Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..

Ketahuilah diriku, Hatimu itu keras, khusyukmu kurang Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya Terlalu banyak kurang dan salahmu..

Diriku.. Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang.. Muhasabahlah dirimu kala sunyi...

~peringatan untuk diriku yg sering terlupa dan juga buat teman-teman yg ku sayangi...~~

Di dalam hati..

::reposting one of the comment::


Di dalam hati ada kekeliruan, tidak dapat diatasi.. kecuali dengan menyerahkan diri kepadaNya..

Di dalam hati ada kegelisahan, tidak akan hilang..selain dengan mendekatkan diri kepadaNya ketika bersendirian..

Di dalam hati ada kesedihan, tidak mungkin sirna..selain dengan mengenalNya dan memenuhi hakNya dengan rasa bahagia..

Di dalam hati ada kerunsingan, tidak akan lupus..kecuali dengan bertaut dan mendekat kepadaNya..

Di dalam hati ada api penyesalan, tidak pernah padam..kecuali dengan reda terhadap perintahNya, laranganNya, takdirNya dan sentiasa bersabar untuk menerimanya sehingga bertemu denganNya..

Di dalam hati ada keinginan menggebu, tidak akan berhenti..selain memohon kepadaNya..

Di dalam hati ada kekurangan, tidak dapat dipenuhi..kecuali dengan mencintai, mengingati dan ikhlas kepadaNya..

Ibnul Qayyim