Halaman

Selasa, 21 Ogos 2007

antara ijazah dan risalah..bukanlah jonkang-jongket

This is an email that my ibu forwardkan to me..sangat2 berguna buat diri ini
all i can say is..
Terima kasih ibu sbb faham perjuangan hidup kakngah n abang..
Moga kita sekeluarga dapat terus bermujahadah dalam mencari keredhaanNya
Love u fillah..=)


Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi. Semua manusia
mengenalinya. Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk
berjaya dalam pelajaran, kita kena
berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak
dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita
juga kena berusaha. Itu juga adalah
Sunnatullah. Kemenangan Islam
memerlukan pengorbanan dari
pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<ArRahimNya, memberi ketenangan dan
kepuasan kepada hambaNya yang beriman
apabila Dia mahukan segala sesuatu
urusan/ perkara Dia akan
mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya. Pada malam sebelum ujian
nahu, saya telah bermimpi. Di dalam
mimpi tersebut, saya sedang berada
dalam sebuah perahu bersama-sama
ulama yang terkenal.Perahu itu sedang
berlayar di Sungai Nil. Salah seorang
ulama itu menghampiri saya. Dia
memakai pakaian orang-orang di
pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di
mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel
mengenai al-Afiyah? Saya
menjawab, Ini dia! Katanya, Mari
kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian .
Saya pun membuka ke muka surat-muka
surat yang disebutkannya dan mula
mengulangkaji. Kemudian saya terkejut
jaga. Saya sangat gembira. Pagi
esoknya saya menduduki ujian. Saya
dapati kebanyakan soalan datang dari
muka surat-muka surat yang saya baca
di dalam mimpi tersebut. Ini semua
adalah rahmat Allah. Allah telah
memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber
maklumat kepada seorang Mukmin. Segala
puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah. Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar
dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang
terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah
kecundang. Dia pernah bertanya kepada
Allah - Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat
temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau
menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang
besar untuk menegakkan agamaMu melalui
pergerakan dakwah. Maka aku mohon
bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui
suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya
sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,
sahabat itu menjawab "Aku tak suka
membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku
yakin Allah Maha Baik dan menjamin
kebaikan untukku dalam situasi sulit
atau lapang. Aku akan tetap redha
kepada Allah dalam situasi apapun. Aku
akan tetap bersaksi bahawa Allah
adalah Robb yang Maha Esa, meskipun
gunung-gunung harta itu milikku atau
aku tak punya harta sedikit pun.

Lia, saya teringat email yang pernah
saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya. Dia bercerita tentang
seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar. Saya namakan
wanita ini A. A memerlukan tongkat
untuk berjalan. A tidak berapa cantik,
tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa
sahaja yang melihatnya mengucapkan
Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar
di sekolah menengah dan berjaya,
manusia yang ditemuinya mengucapkan
Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke
universiti, sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah. Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi
manusia mengucapkan Subhanallah. Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini
seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang
sebaiknya. Allah mengurniakan A dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama. Ingat
lagi tentang Abdullah bin Ummi
Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya, buta menyebabkan dia tidak
takut kerana dia tidak akan dapat
melihat bilangan musuh. Akhirnya dia
syahid. Mereka yang menemui mayatnya
tidak dapat mengecamnya kerana terlalu
banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas
kerusi roda. Tapi apa yang telah dia
lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam
saf perjuangan.


Siapa lagi yang akan memperjuangkan islam kalau bukan kita? Bila lagi kita nak perjuangkan agama Allah kalau bukan sekarang?

3 ulasan:

fairy_tale berkata...

Asmwbkth...

Begini..., anak-anak Pak Anjang AKAD, yang mana ALLAH Swt. Rahmati antum... Sebagai penuntut yang juga du`at..., antum mestilah faham bahawa, selepas taat kepada ALLAH Swt. dan RasulNYA; Muhammad S.a.w.; belajar dan mendapatkan markah A+ setiap subjek adalah perkara nombor satu...! Tak ada yang lain daripada itu... Di masa yang sama, antum mestilah letak Dakwah sebagai perkara yang terutama...!, mengatasi perkara nombor satu, iaitu-lah; elajar... Macamana nak memahami maksud Pak Anjang AKAD ini..., Maknanya, antum mestilah menjadi Pendakwah yang belajar bersungguh-sungguh supaya dapat A+ dalam semua subjek. Sebab kalau antum lingkup, itu akan jadi fitnah kepada Dakwah... Masyarakat akan kata..., si fulan lingkup sebab kuat buat dakwah. Tapi kalau si fulan lingkup sebab terlampau penat marathorn buntang bijik mata tengok oghang ngot-ngot dalam blue cd..., masyarakat tak kata pulak yang si fulan kepenatan marathorn kaki blue !
Dengan kata lain..., antum kena berdakwah bersungguh-sungguh, sehingga menjadi hamba yang ALLAH Swt. Kasihi, lalu dipermudahkan urusan kehidupan belajar antum...
Di masa yang sama, antum kena belajar bersungguh-sungguh sehingga skor dalam semua subjek..., Ameeen Ya ALLAH...!, yang mana akan memudahkan antum mendakwah manusia, kerana manusia akan hormati pendakwah yang cemerlang dalam pelajaran mereka...

Pak Anjang AKAD ada kenal seorang yang cemerlang sejak zaman pelajarnya, dan hingga kini cemerlang dalam bidang kerjayanya ndan jugak dalam bidang dakwahnya, dan akan berterusan cemerlang dalam kedua-dua perkara, hingga ke akhir hayatnya, dan akan diteruskan oleh zuriat keturunannya..., Ameeen Ya ALLAH... Apa ke nama brother tu..., Shahrim...? Sahrim...? Apa keee... Tapi lebih kurang macam tu laaa... Bin Ahmad dia tu... @:-D Ada kena-mengena kepada yang masih hidup dan kepada yang masih bersama kita... Itu antara orang bertaqwa haebat yang Pak Anjang AKAD dapat quote di sini... Ramai laaagi... Ada sorang tu... nama dia, Abati Qayyim...? Abati Mawardi... ? Abati Amin...? Apa keee... Tapi macam tu laaa lebih kurang namanya...

Kesimpulannya, anak-anak Pak Anjang AKAD yang dirahmati lagi dikasihi oleh ALLAH Swt. dan Pak Anjang , dan oleh Mak--Abah antum..., Cari lah du`at bekas pelajar IPT cemerlang yang Pak Anjang AKAD sebutkan, dan yang seangkatan dengan mereka... dan dapatkan perkongsian pengalaman dan ilmu kecemerlangan dengan mereka... Kalau antum nak yang agak rakkan sebaya, antum cari laaa, apa ke namanya... brother, Wan Am ke, Amirul Letfee ke, Faizal ke, dan ramai lagi... antum lebih tahu... Mereka ini umpama bintang-bintang yang bergemerlapan di langit, di waktu malam yang gelap...!!! Jadi, sekarang sekarang, antum tak ada alasan untuk malas ke, liat ke apa ke...
Antum kena ingat... ! Bukan antum yang pilih untuk berada dalam kelompok du`at..., Tapi ALLAH Swt. yang pilih antum untuk berada dalam kelompok yang mulia ini, sebab ALLAH Swt. Sayangkan antum berlebih-lebih, berbanding orang yang tidak dipilihNYA..., sebab ALLAH Swt. nak-kan antum masuk Syurga Firdaus tanpa dihisab dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya, dan terhindar sama sekali dari azab API Neraka yang Giller punya panas-pedih..., Ameeen Ya ALLAH...
Ana syorkan antum rujuk Surah Taha; Ayat 124 hingga 127...; antum akan tahu nasib orang yang tak pedulik tentang kedudukan dirinya sebagai pilihan ALLAH untuk mendokong risalah ALLAH Swt. dimuka bumi ini...

INGAT...! Siapa yang Pak Anjang AKAD dapat tahu, jadi fitnah kepada dakwah yang mulia ini..., siap laaa..., menjongket pungkok kena sipak pelantiang dengan Pak Anjang AKAD..., bila Pak Anjang AKAD jumpa antum...

Dah ... Jangan malas-malas lagi...

Kalau Abu `Ubaida Al-Jarrah Ibn Ahmad Khairy...; kepada orang yang bersifat tak soleh..., dia kata...; Abati...! budak tu tak soleh...! Sodara syaithon... ALLAHH tak sayang... Nabi Muhammad S.a.w. tak sayang... Tak boleh masuk Syurga..., Abati...!!!
Anak Soleh ni, baru 4 tahun pada 29 Julai 2007. No play-play one ooooooooo...... Syukur kepada ALLAH... ALHAMDULILLAH... Memang kami train dia supaya berusaha dapatkan kasih-sayang ALLAH dan Nabi ALLAH Muhammad S.a.w., supaya masuk Syurga Firdaus tanpa hisab dan tak mahu lagsung dihadapkqan ke API Neraka... Na`uzubillahi min Zalikh...

Pak Anjang AKAD

Tanpa Nama berkata...

salam,

good analogy..leh share dgn adik2 di sini inshaAllah

Tanpa Nama berkata...

Salam,

belajar pun jihad, dakwah pun jihad...kalau boleh balance dan berjaya kedua-duanya alhamdulillah (lagi baik)...tapi kalau Allah anugerahkan kekuatan yg terhad (kita kena redha akan pemberiannya), nawaitukanlah belajar itu sebagai jihad...moga2 bila berjaya, nawaitu utk berdakwah tidak akan lupa nanti...
wallahualam n wassalam