Halaman

Isnin, 20 April 2009

Kembara hidup

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga

Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

4 ulasan:

anakhadijah berkata...

hanan tulis sendiri ke?
tak tahu pun Hanan pandai tulis sajak..
btw semoga kita sentiasa terpimpin ketika sedih dan suka
tenkiu Hanan for always be with us...muah300x....

HbO berkata...

salam jaja..

huhu..satu rahsia yang mungkin jaja perlu tahu: kita mana pandai tulis sajak!! hehe..

Ni lirik lagu, nyanyian dehearty. Nanti kita sendkan kat awk utk dgr. Best!!

Sayang kat Allah, sebab Dia hadirkan korang dalam hidup kita =) Tambah lagi sahabat-sahabat yang best dalam tahun terakhir kita kat sini. So, muah303x pula (pastu kali 4 unutk setiap sorang ;-))..Sayang korang!!

Moga kita sentiasa terpimpin ke jalan syurga Allah. Amin..

=D

Thuaibah berkata...

Hanan tahun terakhir jugak ke?...so, next year apa plan?

HbO berkata...

Salam thuaibah..
ha'ah, final year jugaks. cos kita 3 thn je.
Mengharap dapat stay longer kat cni, tapi gaya sekarang sebagai anak tajaan petronas, macam mmg by hook or by crook kena pulang jugak ke tanah air tahun hadapan.

Tak taula..kalau rezki masih di bumi oz, kekal la saya lagi di sini..tapi kalau rezki di Malaysia, maka saya akan pulang berbakti pada tanah air. hehe..

What about you??
And, are you coming down to Melb this winter?? :)