Halaman

Isnin, 30 Mac 2009

hari itu

(As posted in FAMSY website)

Salam ..

Dalam beberapa hari sahaja lagi, kita akan dikunjungi oleh satu bulan masihi yang baru, yakni bulan April. Ada apa ye dengan bulan April?

Saya yakin, bila disebut tentang bulan April, pasti peristiwa pertama yang akan terlintas dalam benak fikiran kebanyakan antara kalian adalah sambutan 'April Fool'. Inilah dia, hari yang suka kita nobatkan sebagai hari untuk mengenakan sahabat-sahabat kita. Dari pengalaman saya sendiri, sejak kecil, pada hari bersejarah inilah abang saya akan sepak terajang saya sambil gelak keriangan :twisted: kerana berjaya meng'april fool'kan saya.. adeih~

Tapi, adakah kita semua tahu kisah di sebalik sambutan ini? Percayakah kalian jika saya mengatakan bahawa April Fool adalah sambutan yang dicipta oleh orang Kristian kerana mereka berjaya meng'fool'kan orang Islam dengan seteruk-teruknya?

Ya, itulah dia sejarah di sebalik sambutan ini. Peristiwa ini bertempat di Granada, Sepanyol. Kalau kita semua masih ingat, Islam pernah menguasai 2/3 dunia, dan termasuk 2/3 ini adalah Granada. Namun, selama Islam memerintah dunia, tentera Salib (Crusaders) tidak pernah berhenti menyerang Islam. Pada kebanyakan misi mereka, mereka gagal dengan hinanya. Namun, mereka tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Granada, satu tempat yang bersejarah bagi umat Islam. Salah satu lambang kemegahan Islam. Namun, setelah berkurun-kurun dibawah pemerintahan Islam, akhirnya di zaman Abasiyyah, ia jatuh juga ke tangan tentera salib. Di waktu itu, umat islam sudah hilang kekuatan mereka. Ketika mana tentera-tentera salib masuk memusnahkan kota mereka, orang islam menyorok menyelamatkan diri di dalam rumah masing-masing. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada tentera salib kerana mereka ingin bunuh kesemua umat islam yang ada. Maka, mereka pun merancang untuk mengenakan uamt islam.

Tentera Salib membuat pengumuman bahawa mereka telah menyediakan kapal-kapal untuk digunakan oleh umat islam bagi melarikan diri mereka dari Granada. Pada awalnya, umat islam ragu-ragu dengan tawaran ini, takut seandainya ia hanyalah satu perangkap. Namun, mereka hantar beberapa wakil untuk mengintip, benarkah ada kapal menanti mereka di pelabuhan. Hasil intipan, memang benar! Ada kapal menanti untuk membawa umat islam pergi melarikan diri dari situ. Maka, umat islam pun mula yakin bahawa mereka akan dapat selamatkan diri, lantas menyiapkan barang-barang serta harta mereka untuk dibawa bersama. Kemudian mereka keluar beramai-ramai bersama harta-harta mereka untuk menaiki kapal yang telah disediakan oleh tentera salib ini.

Pada masa inilah tentera salib mula bertindak. Mereka membakar rumah-rumah serta harta orang islam. Mereka bakar juga kapal-kapal yang sedang menanti di pelabuhan. Mereka membunuh semua umat islam yang pada ketika itu sedang bergerak menuju ke pelabuhan. Maka, berlakulah pertumpahan darah yang amat dasyat. Dengan sewenang-wenangnya umat islam telah ditipu malah telah dibunuh beramai-ramai dengan kejamnya.

Peristiwa ini terjadi pada 1 April 1487. Dan bagi mengenang peristiwa inilah mereka adakan sambutan 'April Fool'. Namun, dek jarak masa yang sudah terlalu lama, peristiwa di sebalik sambutan ini sudah dilupakan. Yang tinggal hanyalah sambutan, sehinggakan umat islam sendiri menyambut hari saudara mereka diperbodohkan serta dibunuh dengan sekejam-kejamnya! Dush~

Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan juga rakan-rakan sekalian, marilah kita beramai-ramai memboikot sambutan April Fool! agar kita tidak tergolong dalam golongan yang meraikan peristiwa pembunuhan ini.

p/s: it's amazing how many of the things going on around the world is highly related to Islam, make it in a bad sense or good sense. Don't you think?

Tiada ulasan: