Halaman

Jumaat, 2 Mei 2008

hanya gerhana...


Matahari bersinar ceria, menerangi seluruh alam..

Dengan cahaya inilah, burung-burung dapat melihat alam dengan jelas, lantas berterbangan di awanan tinggi. Demi mencari sesuap rezeki buat dirinya, juga untuk anak-anak nya..Ada yang sibuk mencari pasangan, ada pula yang sedang sibuk membuat rumah baru..Dan tak kiralah apa pun yang ia buat, bertasbih itu suatu kemestian..bertasbih, dengan cara mereka tersendiri.. Hakikatnya, perjalanan kehidupan seharian burung lancar...dek kerana cahaya matahari yang bersinar ceria.. Pabila hilang cahaya itu, dan malam menjelma...tiada apa yang dapat mereka lakukan, kecuali pulang ke sarang dan melelapkan diri

Suatu ketika, dikala masih siang, cahaya yang terang itu hilang..Burung itu tidak tertipu...ia tahu belum tiba masanya untuk malam menjelma..Dan ia tahu..sesuatu yang ganjil sedang berlaku...itulah dia..gerhana matahari. Ketika mana cahaya matahari terhalang sebentar...kecuali tompokan-tompokan cahaya yang kecil. Seluruh alam kelam..bagai dirundun awan hitam lagi gelap..tapi burung itu masih setia menunggu...bertemankan tompokan cahaya kecil itu. Menunggu saatnya cahaya matahari yang gilang gemilang itu untuk kembali menyinari seluruh alam. Ia tidak pulang ke sarang untuk tidur, ia tidak menyediakan diri untuk diulit mimpi indah.
kerana ia yakin, bahawa itu hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari

Begitulah, keadaan kita sekarang..

dunia ia pernah diterangi cahaya islam..yang menyinar ke seluruh pelusuk dunia. Cahaya itu membawa keamanan, ketenteraman, keadilan, ketenangan kepada semua. Perjalanan kehidupan menjadi lancar... Namun suatu hari, cahaya ini menjadi kelam. Terhalang dek kekufuran dan kefasikan yang melata..Terhalang dek kelemahan umat-umat islam itu sendiri.. Namun rijal-rijal yang rabbani, terus menanti..bersama percikan-percikan api yang masih menyala. Menunggu saatnya cahaya islam itu untuk kembali menaungi alam..menyahkan kekelaman yang jijik ini.. Mereka tidak biarkan diri mereka hanyut dengan duniawi
kerana mereka yakin, bahawa itu hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari..

cahaya islam pasti kan kembali
itu janji Allah
walau kita ada bersamanya mahupun tidak..
yang setia menunggu bersama percikan-percikan api itu, merekalah yang beruntung
namun bagi yang tertipu, rugilah mereka..
sesungguhnya islam tidak memerlukan kita, bahkan kitalah yang memerlukannya

ingatlah wahai kawan,
ia hanya gerhana..
sekejap sahaja lagi, bersabarlah..
cahaya itu pasti kan datang kembali...

1 ulasan:

lamka lutaidan berkata...

insya'Allah, sekejap sahaja lagi...

thank you hannan for the reminder! jazakillah! :)

-nadia, all the way from canberra-

p/s: i'm linking your blog to my new blog. :P
http://lamkalutaidan.blogspot.com/