Halaman

Isnin, 26 Mei 2008

Manusia

A special friend gave this to me (to 'us' actually)
the author is unknown, but anyway, it's the message that is most important.. hayatilah.

Bismillahirrahmanirrahim

Tergesa-gesanya manusia
Menentukan segala urusannya,
merasakan punya kuasa atas segala masa depannya
Manusia terlupa
bahawa urusannya telah berada dalam pengetahuan Allah..

Takutnya manusia
Atas urusan masa depannya
yang tidak pasti
Berkira-kira, menimbang-nimbang, bersungguh-sungguh berfikir
Tetapi manusia terlupa
di sisi Allah sudah ada catatan masa depannya..

Manusia sedih mempersoalkan,
di mana bantuan Allah saat dia gelisah
di mana janji Allah saat dia memerlukan
Terlupakan dia untuk bertanya,
di mana rasa syukurnya saat dia dilimpahi nikmat dari Allah
di mana sujudnya tika dia dalam keseorangan
Lupa..alpa..terleka..

Risah..gelisah..
Manusia tetap manusia!

Manusia
Merasakan dunia adalah segalanya
Walau lisan mengatakan.."tidak, dunia ini sementara"
hatinya berpaling, merasakan dunia tempat abadinya
mengejar, dan dunia terus berlari meninggalkannya
sedang kehidupan hakiki di akhirat makin jauh ditinggalkan
semakin jauh di belakang
Saat dia melupakan pertemuan dengan Allah, saat itu Allah melupakan dirinya..

Dan cuba, menjadi manusia
Meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah dalam setiap urusannya
Meski belum terbentang jawapan
hati tetap yakin Allah sudah sediakan sesuatu untuk hambaNya
yang pastinya terbaik dari dunia dan segala isinya..

Dan dia tetap berusaha
meski keputusan di tangan Tuhan
kerana iktikadnya
Usaha adalah tanda imannya
Walau hakikat natijah itu urusan Tuhannya

Menanti dalam istikharah, ketentuan dari Illahi
Dari seorang abdiNya yang lemah
penuh dengan selaput dosa
Kerna hajatnya cuma satu:
Dia dambakan redha Allah..

Jumaat, 9 Mei 2008

Apa yang kau takutkan?

Ingin bekerja mencari rezki lantas mengelak meluangkan masa untuk Dia Yang Memberi Rezeki?

Ingin study untuk luluskan exam lantas mengelak meluangkan masa untuk Dia Yang Menetapkan Segala Sesuatu?

Ingin tidur dan rehat untuk dapatkan tenaga lantas mengelak meluangkan masa untuk Dia Yang Memberi Kekuatan?

Aku tak faham..

Apa yang kau takutkan sebenarnya??


Takut tak de duit nak tampung perbelanjaan hidup..
Takut tak habis belajar, nanti tak boleh jawab soalan periksa..
Takut penat, nanti tak boleh nak buat kerja..

Dan semakin kau takut..semakin kau menjauhkan diri dariNya???
Apakah??

Jumaat, 2 Mei 2008

hanya gerhana...


Matahari bersinar ceria, menerangi seluruh alam..

Dengan cahaya inilah, burung-burung dapat melihat alam dengan jelas, lantas berterbangan di awanan tinggi. Demi mencari sesuap rezeki buat dirinya, juga untuk anak-anak nya..Ada yang sibuk mencari pasangan, ada pula yang sedang sibuk membuat rumah baru..Dan tak kiralah apa pun yang ia buat, bertasbih itu suatu kemestian..bertasbih, dengan cara mereka tersendiri.. Hakikatnya, perjalanan kehidupan seharian burung lancar...dek kerana cahaya matahari yang bersinar ceria.. Pabila hilang cahaya itu, dan malam menjelma...tiada apa yang dapat mereka lakukan, kecuali pulang ke sarang dan melelapkan diri

Suatu ketika, dikala masih siang, cahaya yang terang itu hilang..Burung itu tidak tertipu...ia tahu belum tiba masanya untuk malam menjelma..Dan ia tahu..sesuatu yang ganjil sedang berlaku...itulah dia..gerhana matahari. Ketika mana cahaya matahari terhalang sebentar...kecuali tompokan-tompokan cahaya yang kecil. Seluruh alam kelam..bagai dirundun awan hitam lagi gelap..tapi burung itu masih setia menunggu...bertemankan tompokan cahaya kecil itu. Menunggu saatnya cahaya matahari yang gilang gemilang itu untuk kembali menyinari seluruh alam. Ia tidak pulang ke sarang untuk tidur, ia tidak menyediakan diri untuk diulit mimpi indah.
kerana ia yakin, bahawa itu hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari

Begitulah, keadaan kita sekarang..

dunia ia pernah diterangi cahaya islam..yang menyinar ke seluruh pelusuk dunia. Cahaya itu membawa keamanan, ketenteraman, keadilan, ketenangan kepada semua. Perjalanan kehidupan menjadi lancar... Namun suatu hari, cahaya ini menjadi kelam. Terhalang dek kekufuran dan kefasikan yang melata..Terhalang dek kelemahan umat-umat islam itu sendiri.. Namun rijal-rijal yang rabbani, terus menanti..bersama percikan-percikan api yang masih menyala. Menunggu saatnya cahaya islam itu untuk kembali menaungi alam..menyahkan kekelaman yang jijik ini.. Mereka tidak biarkan diri mereka hanyut dengan duniawi
kerana mereka yakin, bahawa itu hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari..

cahaya islam pasti kan kembali
itu janji Allah
walau kita ada bersamanya mahupun tidak..
yang setia menunggu bersama percikan-percikan api itu, merekalah yang beruntung
namun bagi yang tertipu, rugilah mereka..
sesungguhnya islam tidak memerlukan kita, bahkan kitalah yang memerlukannya

ingatlah wahai kawan,
ia hanya gerhana..
sekejap sahaja lagi, bersabarlah..
cahaya itu pasti kan datang kembali...