Khamis, 27 Disember 2007
ORPHAN CHILD
wahai diri, bila dah kaya, jangan lupa diri!!
No!! You can't take it with you when you go. So, belanjakanlah harta mu ke jalan Allah..
Jangan sekali-kali terpedaya dengan nikmat dunia..
Tunaikan hak kepada mereka yang berhak..
Ya Allah, leraikan dunia di hatiku..
Isnin, 24 Disember 2007
a chat..
izz: salaam...ape khabar?
fairytale: salam
fairytale: baik alhamdulillah
fairytale: akak?
izz: alhmdlh...
izz: ape citer ? lme x dgr..
izz: hehehe
fairytale: sy hari tu balik kpg, dari hari rabu till ahad. so, tak online. sy pi yg ptg tadi..ustaz bentang risalah kedua imam hasan albanna..tajuk kemana kita nak bawa dakwah kita
izz: menariknye...pe yg ust citer?
fairytale: last week ustaz f**** dah cerita risalah pertama..dakwah kita. that one basically, pasal apa kefehaman and perasaan yang kita kena ada bila nak bawa dakwah ni. certain org berdakwah nak kan nama, pangkat, glamor etc. tapi, kalau kita nak berdakwah, kita kena bersedia utk berkorban. kita kena sedia utk hadapi tentangan etc. kita kena ada keyakinan yang dunia ni kena di ubah. kena sgt2 nak islam memerintah dunia and kena yakin bahawa kita wajib berdakwah kalau nak masuk syurga..kalau tak berdakwah, tak dapat syurga. and ustaz sentuh pasal 4 jenis manusia
1) yang mukmin or yg bawa dakwah
2) yang ragu2 dgn dakwah kita
3) yang just nak amik manfaat, time down dia lari
4) yang memeang menentang
so ustazz cerita ciri2 org2 ni n cara nak handle
fairytale: masuk risalah kedua by ustaz a****. basically, ramai og dah dgr pasal dakwah kita, tapi ramai jugak yg tak faham. and punca kenapa org tak faham ada 2:
1) neraca fikir dier berbeza..kita cakap satu istilah, ktia faham lain, dia faham lain
cth: kalau ckp 'foundation', budak matrix faham lain, arkitek faham lain
2) samaada daie tu sendiri samar2 akan satu hal n sampiakan kat org maka org lain pun samar2 pasal benda tu or daie tu rasa dier dah terangkan dgn jelas, walhal dier terang samar2..org tak faham apa dier cakap.
and mostly tadi ustaz cerita pasal dua benda ni la. pasal apa yang org yahudi n kafir dah buat time zaman2 penjajahan hinggakan org semua dah tak faham pasal islam. pastu ckp pasal nak berdakwah kena ada matlamat, kena ada uslub, wasilah, . kirenyer, ada silibus dier, ada step2 dier etc. and objectif, tujuan , uslub dan wasilah kita-semua ada dlm quran. masalah skrg, msyrkt dah tak baca quran..yg baca lak tak fahamkan dgn cara yang betul n tak amalkan. so, nak capai matlamat adalah based on quran.
izz: alhamdulillah..
izz: diri sendiri rse mcmne?
fairytale: camana?..hehe..camtulah..
fairytale: hehe..(sungguh tak menjawab soklan)
fairytale : biler dgr-seronok..berkobar2 rasanya nak keluar berdakwah..
fairytale : tp, terkadang terfikir..dakwah apa aku buat skrg ni..duk terperap kat rumah jer..
fairytale : pastu fikir, laa..dakwah la adik2..and gunalah masa yang ada utk perbaiki diri
fairytale: so, dlm ruang yg saya ada ni (before kena start berdepan ngan org lain lagi nex year).. kena muhasabah diri btul2.check balik amalan diri sendiri, check balik hubungan kita ngan Allah camana. bina kekuatan tu sekarang. ntah2..mmg tulah sebab Allah bagi kita masa free skrg .utk cari n bina kekuatan tu. before btul2 'turun padang' nanti. so, despite berkobar2 nak keluar berdakwah, nak cerita kat orang itu ini..tapi rasa geram tak dapat sbb duk kat rumah jer, baiklah, sy alihkan tumpuan sy (for the moment) utk mantapkan diri sendiri
izz: pd pandanganmu...dakwah & tarbiyya mane dulu?
fairytale: dier seiringan
fairytale: tapi, basically in the first place before org berdakwah, dier dpt tarbiyah dulu la, baru dier ada kefahaman agama and baru la ada benda yg dier nak sampaikan pada org. even with the slightest knowledge pun dah blh bwk kat org lain.
izz: cube bygkn..ape yg abu dzar dpt mase die balik kg dakwah kat kaum die? brp lame die duduk ngan rasulullah utk di'tarbiyyah?
fairytale: jap
fairytale: baru baca nama abu dzar ni hari tu
fairytale: jap ek
fairytale: alamak
izz: betul..kite nk berdakwah kne dgn ilmu..kne tau ape yg kite nk bwk
izz: hehehe
izz: citer abu dzar..
izz: yg ganas2 tu
fairytale: lambat la pulak nak cari dlm buku raheeq makhtum
fairytale: akak citekan la
izz: part yg die masuk islam..pastu announce kat dpn ka'bah
izz: rasulullah dh kate jgn..tp die buat jgk
fairytale: pastu kena bantai
fairytale: esok buat lagi
izz: ha'ah..yg tu
izz: kan pastu R soh die balik kg.. pastu bile R hijrah ke madinah..die dtg ke madinah. tp bukan sorg2..die bwk skali 2 kaum yg die dah islamkn..
fairytale: subhanallah
izz: kirenye..die smpt kne tarbiyyah ngan R kejap je. pastu die blk kat kaum die..usaha sungguh2. tu lah maknenye..dakwah n tarbiyyah seiring. utk abu dzar, die kne blk kg n dakwah itu adalah tarbiyyah. byk lagi shbt lain..mus'ab mse kne hantar ke madinah. abu bakar mase mule2 peluk islam
fairytale: so, dakwah tu sendiri adalah tarbiyah juga
izz: ye betul..dakwah tu sendiri ialah tarbiyyah utk kita
fairytale: tapi, at the moment, its with adik2 .cubala mana yang boleh. make sure diorang baca quran hari2..cuba solat jemaah
izz: hm..tu la, dorg la mad'u paling dekat & paling berhak utk kite dakwah
fairytale: tak bagi tgk cite ntah pape macam ;sehati berdansa'
izz: tom tom bak ke?
izz: hehe
izz: aish..
izz: taktau la
izz: tv itu, mcm doa2 je kne sambar petir
fairytale: huhu
izz : heh..cabaran utk kita iA. hm..kne sgt hati2..sgt sng nak slip back.huhu
fairytale: tulah
izz : kuat utk kate kan tak nak!
izz : heheh
fairytale: betul kata akak
fairytale: kena kuat utk katakan tak nak!!
izz : ye, kekuatan itu yg kite nk bina
izz : terigt satu mende. maksud kalimah la hawla wa la quwwata illa billah.. maknenye takde kuasa takde kekuatan selain Allah. i.e takde kekuatan utk buat kebaikan dan jauhi kemaksiatan selain dgn kekuatan dr Allah. slalu lupe 2nd part. kire nye utk kite tak buat maksiat, Allah je yg blh bg kekuatan tu
fairytale: a'ah..btul kata akak.tak pernah terfikir lak. slalu fikir , yg tu bergantung kat diri kita..terlupa yg tu pun Allah yang jaga
izz : sgt2..sgt2 kne hadam; la hawla wa la quwwata illa billah!
fairytale: ok, insya-Allah..la hawla wa la quwwata illa billah
fairytale: jazakillah..
izz : wyki, (tp still nk ckp, jzklh khayr sbb share pe yg hanan dpt fr ust2 @ bangi )
fairytale: hehe..waiyyaki
fairytale: saling berkongsi
izz: smg allah terima..
fairytale: amin..
izz: okies..iA kite jmpe wiken nnt
izz: lame dah tak jumpe
izz: m*** dtg jgk iA
fairytale: yeay..hehe
izz: i** pun.. iA
fairytale: huhu.. =) lagi?
izz: m** & d***..tak tau banjir mcmne..
izz: dan state2 lain jugk iA..
fairytale: m** and d*** mangsa banjir ke?
izz: maybe tak mangsa..tp tak dpt kuar..jln nk ke kl rsenye yg banjir
izz: tp rse nye skrg dh ok sket..
fairytale: owh...
fairytale: kalau kita ada helikopter senang kan?
fairytale: hehe..
izz: tu la..investment yg mnarik, & perlu di pertimbangkn dgn lebih mendalam
izz: hehe
fairytale: we need to 'save their souls'
izz: heheh..iA, jarak tak memisahkn hati2 kita..
izz: doakn semua tetap tsabat n istiqmh.. yg kat kl, jb, ktan , tgan, melben,alexandra, mesir, palestin, iraq..satu dunia
izz: ok...akk nk sign out dah. mari jg diri & iman ..iA
izz: ilal liqa
izz: salaam wbt..
fairytale: ok
fairytale: salam
this isnt the original script..has been edited to give some privacy, to save your time from reading unnecessary stuffs, to save people's paradigm from things that could get them confused, and to make it looks much nicer then the original one..gained anything? hope so..=)
Ahad, 16 Disember 2007
Al-Fawaid
Muqaddimah.
Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan keneraka.
Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.
Kebijaksanaan
“ Di manakah kamu sedangkan jalan ini terlalu jauh, Adam telah mengharungi pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah dicampak ke dalam api, Ismail di tidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga murah dan merengkok di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dibelah kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayyub menghadapi penyakit yang memeritkan, Isa terpaksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad s.a.w. mengharungi pelbagai bentuk penentangan…
….sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main.
Itulah erti kehidupan, erti perhambaan dan erti tanggungjawab yang difahami oleh mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa.
Tabir
“ Pada diri seorang hamba terdapat tabir yang menutupi dosanya, antaranya dan Allah dan dosanya dengan manusia. Sesiapa yang membuka tabir dosanya antaranya dan Allah. Allah akan membukakan tabir dosanya antaranya dan manusia”
Membuka tabir dosa antaranya dan Allah ialah melakukan dosa dengan melupai Allah, tidak merasai bersalah dan tidak takutkan azabnya. Apabila tabir dosanya dibuka antaranya dan manusia semua keburukannya akan terhebah.
Persediaan
“ Setiap hamba mempunyai Pemilik yang akan ditemuinya dan rumah yang akan dihuninya. Maka hendaklah dia mencari keredaan Pemiliknya sebelum bertemu Tuhannya dan menghiasi rumahnya sebelum dia berpindah kepadanya,”
Tidak ada perhiasan yang paling indah daripada bertemu Allah dengan hati yang bersih dan sejahtera.
Untung
Keuntungan yang besar di dunia ialah, kamu menyibukkan diri kamu setiap masa dengan perkara yang lebih utama dan lebih bermanfaat untuk kehidupan akhiratnya.
Tidak ada perkerjaan yang lebih sibuk daripada beramal dan berdakwah mengajak manusia kembali kepada Allah
Bodoh
Berakalkah orang yang menjual syurga dan segala kenikmatannya hanya dengan kenikmatan syahwat yang hanya sedetik.
Allah Digeruni Dihampiri
Makhluk ialah jika engkau takutkannya engkau akan melarikan diri daripadanya sedangkan Allah jika kamu takutkannya kamu akan bermesra dengannya dan menghampirkan diri kepadanya.
Ilmu tanpa amal dicela
Jika ilmu itu bermanfaat tanpa beramal tidaklah akan Allah mencela padri-padri ahli kitab.
Amal tanpa ikhlas binasa
Jika bermanfaat amal tanpa ikhlas tidaklah Allah akan mencela golongan munafik.
Setiap orang ditentukan kesudahannya
Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah pemberiannya dari perkara yang dibencinya. Sesiapa yang diciptakan Allah untuk menjadi ahli neraka sentiasalah pemberiannya melalui kenikmatan syahwat.
Luka yang membunuh
Dosa adalah luka. Boleh jadi satu luka sudah cukup untuk membunuh.
Harga syurga
Juallah diri kamu, pasarnya sudah ada dan harganya sudah ditetapkan.
Fitrah
Bumi fitrah subur dan sentiasa menerima apa sahaja yang disemai. Jika kamu menanam benih iman dan takwa kamu akan mewarisi kemanisan selama-lamanya . Jika kamu menanam benih kejahilan dan nafsu buahnya sentiasa pahit.
Nilai ilmu
Iblis gembira apabila Adam digugurkan dari dunia tetapi dia tidak tahu setiap penyelam yang jatuh kedalam air akan tetap akan dapat keluar daripadanya.
Kelalaian
Tidak dapat dinafikan akan ada perasaan ingin tidur dan lupa tetapi tidurlah dengan nipis supaya kamu mendengar penjaga negeri menjerit: Subuh sudah hampir.
Pendinding rezki
Dosa adalah pendinding pintu usaha. Seseorang hamba diharamkan rezki kerana dosa yang dilakukannya.
Perhambaan sejati
Apabila Adam a.s. sejahtera perhambaannya, dosanya tidak membawanya ke neraka.
Bahaya syirik
‘Wahai anak Adam jika kamu bertemu denganKu dengan dosa sebesar bumi tetapi kamu tidak menyekutui aku dengan sesuatu Aku akan menemuimu dengan sebesarnya juga keampunan.”
Tersalah.
Jika seorang hamba melakukan dosa bukan sengaja untuk mengingkari perintahNya, bukan kerana mencemarkan hukumNya akan diajarkan kepadanya cara untuk memohon keampunan.
Ibadah yang ditunjukkan
Dosa yang dikeji lebih disukai-Nya daripada amal yang ditunjukkan.
Awasilah panahan iblis
Membiarkan mata bebas menjadikan hati tertulis akan segala yang dilihat, sedangkan hati adalah ka’bah manakala Allah tidak suka ia dipenuhi oleh berhala.
Kehidupan Roh
“ Wahai orang-orang yang beriman sahutlah seruan Allah dan al-Rasul apabila kedua-duanya menyeru kamu kepada perkara yang menghidupkan kamu…” al-Anfal, 24.
Seruan itu ialah : Jihad dan al-Quran
Nilai diri
“..Jika kamu mengetahui nilai dirimu di sisi Allah, nescaya kamu tidak akan memalukan-Nya dengan dosa. Allah menghalau Iblis kerana enggan sujud kepada kamu ketika kamu berada di dalam sulbi Ayahmu..Alangkah hairannya… bagaimana boleh kamu berdamai dengannya dan meninggalkan Allah..”
Khamis, 13 Disember 2007
A house on fire??
There is this one anology that i find very interesting.
Put in my own words, doing da'wa is like waking up and warning people who are asleep in a burning house.
We (those who are awake and sees the fire) holds the responsibility to wake up those who are sound asleep in the house and warn them of the fire. Warning them of the fire is a complete waste of time if we do not wake them up in the first place. So we must wake them up first before warning them of the fire. In most cases, people would refuse to wake up since they are in the middle of an exciting dream and do not want to be disturbed from their beauty sleep. These people aren't really awake yet because if they are, they would see the fire and they themselves will run out of the burning house. Hence, until these people take such actions, do not trust them if they say they are awake.
Subhanallah, what a very convincing anology. To those doing da'wa out there, never give up. Remember, it is our responsibility to wake up and warn these sleeping people from the blazing fire.. Whatever challenges you face during the whole process that makes you demotivated, remember, these people are still unconcious, they are not fully awake yet.. don't blame them if they don't see the fire...just continue doing your part of the job, that is to wake these people up from their beauty sleep. If these people are awake, then they themselves will take actions.
Ingatlah, pertolongan Allah itu dekat. All the best.
Rabu, 12 Disember 2007
Intention
the whole book is superb with 24 pieces of valueble advices
for this post, i'm quoting only one of the 24 advices, it is the sixth counsel:intention
Sabtu, 8 Disember 2007
PILDACIL = Pemilihan Daie Kecil
Ini adalah salah satu rancangan tv yang ditayangkan di Indonesia.. Pemilihan dai'e kecil..subhnallah..
Nak ketahui lagi? Sila baca di sini
Khamis, 6 Disember 2007
Price of Imaan
Several years ago an Imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change.
Isnin, 26 November 2007
ambillah islam seluruhnya atau tinggalkan semuanya
Setiap sistem mempunyai falsafah dan gagasannya tentang kehidupan. Setiap sistem mempunyai masalah-masalah yang timbul dari penerapannya dan mempunyai persoalan-persoalan yang sesuai dengan watak dan pengaruhnya di alam nyata. Demikian pula setiap sistem mempunyai penyelesaian-penyelesaian untuk menghadapi persoalan dan masalah yang timbul dari watak dan methodnya.
Jadi tidak logik, dan juga tidak adil, kalau dari suatu sistem tertentu diminta penyelesaian dari masalah-masalah yang tidak ditimbulkannya sendiri, tetapi ditimbulkan oleh suatu sistem lain yang berbeza watak dan methodnya dari sistem itu. Pemikiran yang rasional akan berpendapat: Siapa yang bermaksud minta pendapat suatu sistem tertentu dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan, maka sistem ini harus dilaksanakan terlebih dahulu dalam kenyataan hidup. Lalu setelah itu baru dilihat apakah masalah-masalah itu masih ada atau menghilang, atau berubah bentuk dan unsurnya. Hanya di saat inilah kita mungkin meminta pendapat sistem ini mengenai persoalanpersoalan yang timbul, sewaktu pelaksanaannya.
Islam Suatu Sistem Syumul
Islam adalah suatu sistem kemasyarakatan yang lengkap, yang segiseginya saling berjalinan dan saling mendukung. Sistem ini berbeza wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara-cara pelaksanaannya dari sistem-sistem Barat, dan dari sistem yang kita pakai sekarang ini. Perbezaan ini adalah perbezaan pokok dan menyeluruh. Sudah pasti bahawa system Islam itu tidak ikut serta dalam menimbulkan persoalan-persoalan yang terdapat dalam masyarakat sekarang ini. Persoalan-persoalan itu timbul dari watak sistem-sistem yang dilaksanakan dalam masyarakat dan timbul kerana dijauhkannya Islam dari lapangan kehidupan.
Tetapi yang aneh setelah itu, adalah bahawa Islam banyak sekali diminta pendapat mengenai persoalan-persoalan itu. Islam diminta untuk mengemukakan penyelesaiannya. Ia diminta untuk mengeluarkan pendapat tentang masalah yang tidak ditimbulkannya, dan ia tidak ikut serta dalam menimbulkannya. Hairan sekali kenapa Islam diminta pendapatnya, dalam suatu negara di mana sistem Islam itu tidak dilaksanakan, mengenai masalah-masalah seperti “Wanita dan Parlimen”, “Wanita dan Kerja”, “Wanita dan Pergaulan Bebas”, Masalah Seks Para Pemuda” dan lain-lain sebagainya. Orang-orang yang minta agar Islam mengeluarkan pendapatnya dalam masalah ini adalah orang-orang yang tidak suka kalau Islam itu memerintah, malah mereka takut sekali untuk membayangkan saat kalau kalau pemerintah Islam itu datang.
Dan yang lebih aneh lagi daripada pertanyaan-pertanyaan itu adalah jawapan-jawapan yang diberikan para ulama Islam, dan kesediaan mereka untuk ikut serta dengan para penanya itu dalam perdebatan tentang pendapat Islam dan hukum Islam, dalam perincian-perincian masalah seperti itu, dalam membahas persoalan-persoalan seperti itu, dalam suatu negara yang tidak diperintah oleh Islam dan sistem Islam tidak di laksanakan.
Apakah urusan Islam sekarang ini dengan masuk tidaknya wanita ke dalam parlimen? Apakah urusan Islam dengan masalah wanita dan pemuda bergaul bebas atau tidak? Apakah urusan Islam dengan masalah apakah wanita boleh bekerja di luaran atau tidak? Apa hubungan Islam dengan suatu persoalan dan persoalan persoalan yang dipunyai sistem-sistem yang dilaksanakan dalam masyarakat ini, yang tidak percaya kepada Islam, dan tidak suka kepada pemerintah Islam?
Mengapa Membebankan Islam Yang Tidak Bersalah?
Kenapa masalah-masalah perincian ini diminta untuk disesuaikan dengan hukum Islam, padahal sistem Islam itu sebagai keseluruhan diusir dari pemerintahan, diusir dari sistem kemasyarakatan, diusir dari perundang-undangan negara dan diusir dari kehidupan bangsa? Islam adalah suatu keseluruhan yang tidak dapat dibahagi-bahagi. Jadi Islam dapat diambil sebagai suatu keseluruhan dan dapat pula ditinggalkan sebagai suatu keseluruhan. Tetapi kalau Islam diminta untuk mengeluarkan pendapat dalam urusan yang kecil-kecil, tetapi sama sekali tidak diperhatikan dalam masalah prinsip yang besar-besar yang menjadi dasar kehidupan dan masyarakat, maka masalah-masalah kecil seperti ini tidak boleh diterima oleh seorang Islam, jangankan oleh seorang ulama, untuk Islam.
Jawapan yang harus diberikan kepada setiap orang yang meminta pendapat tentang suatu persoalan perincian dan masalah-masalah yang terdapat pada masyarakat-masyarakat yang tidak percaya kepada agama Islam dan tidak mengakui hukum Islam, adalah sebagai berikut.
Laksanakanlah Islam Seluruhnya
Pertama-tama jadikan Islam memerintah seluruh kehidupan. Kemudian setelah itu baru diminta pendapat Islam tentang persoalan persoalan yang ditimbulkan Islam itu sendiri, bukan yang ditimbulkan suatu sistem lain yang bertentangan dengan Islam. Islam mendidik manusia dengan suatu pendidikan tertentu, dan memerintah manusia dengan suatu hukum tertentu, mengatur masalahmasalah mereka atas dasar-dasar tertentu, menciptakan unsur-unsur kemasyarakatan, perekonomian dan perasaan tertentu. Jadi pertama-tama, laksanakanlah Islam itu sebagai suatu keseluruhan, dalam system hukum dan pemerintahan, dalam dasar-dasar perundang-undangan dan dalam prinsip-prinsip pendidikan. Baru setelah itu kita dapat melihat apakah masalah-masalah yang ditanyakan itu masih ada dalam masyarakat, atau menghilang dengan sendirinya. Tetapi sebelum hal ini dilakukan, apa hubungan Islam dengannya, dengan semua masalah yang tidak akan pernah dikenal oleh suatu masyarakat Islam yang benar?
Ciptakanlah masyarakat Islam yang diperintah oleh hukum Islam dan prinsip-prinsip Islam, didiklah wanita dan pemuda dengan pendidikan Islam yang sebenarnya, di rumah, di sekolah, dalam masyarakat, dan ciptakanlah jaminan-jaminan kehidupan yang telah ditentukan Islam untuk semua orang, realisasikan keadilan Islam yang telah diwajibkannya untuk semua orang.
A Just Judgement!
Baru setelah ini kita bertanya kepada para wanita: Apakah ia masih ingin untuk ikut dalam parlimen, atau ia tidak merasa perlu lagi untuk mencuba masuk parlimen itu kerana jaminan-jaminan yang ada telah cukup? Tanyakan kepada wanita-wanita itu: Apakah ia masih ingin untuk bekerja di pejabat-pejabat pemerintah? Ia tidak akan ingin bekerja, kerana kepentingan kepentingan kehidupannya tidak memerlukannya lagi. Tanyakanlah kepadanya: Apakah ia ingin untuk bergaul bebas dengan laki-laki, untuk
menghias diri dan memperlihatkan bahagian-bahagian badan, atau apakah pendidikannya di waktu itu akan memeliharanya dari naluri-naluri kebinatangan, dari hawa nafsu kebinatangan, dan perasaannya akan menyerunya untuk bertindak dengan penuh tatakesopanan, kerana ia merasa malu kepada Allah?
Pada saat-saat tertentu ada orang-orang yang bertanya: Apakah kita akan memotong tangan ribuan pencuri setiap tahun demi untuk melaksanakan hukum Allah?
Orang-orang ini juga melakukan kesalahan yang sama. Sedangkan orang-orang yang menjawabnya dengan fiqh Islam, telah melakukan dua macam kesalahan sekaligus.
Islam Tidak Bersalah
Ribuan pencuri yang terdapat setiap tahun bukanlah akibat dari masyarakat Islam, dan juga bukan dari sistem Islam. Ia merupakan hasil dari suatu masyarakat lain yang telah mengusir Islam dari kehidupannya, dan melaksanakan suatu sistem kemasyarakatan lain yang tidak dikenal oleh Islam. Para pencuri itu adalah produk dari suatu masyarakat yang membolehkan adanya orang-orang lapar dan miskin, tanpa mengemukakan penyelesaian dan masalah yang mereka hadapi, suatu masyarakat yang tidak menyediakan makanan yang cukup untuk jutaan orang, tidak mendidik jiwa kemanusiaan, dan tidak menghubungkan seluruh kehidupan dengan Allah dan juga tidak dengan syari’at Allah.
Sedangkan masyarakat Islam adalah suatu masyarakat lain: suatu masyarakat dimana setiap individu di dalamnya dijamin rezekinya, baik yang bekerja atau yang menganggur, baik yang kuat mahupun yang lemah, baik yang sihat mahupun yang sakit. Suatu masyarakat yang setiap tahunnya mengambil purata seperdua-puluh dari modal, bukan dari keuntungan, untuk kepentingan perbendaharaan negara. Dan setelah itu diambilnya lagi, tanpa ikatan dan tanpa syarat, semua wang yang diperlukan negara untuk memelihara masyarakat dari penyakit-penyakit.
Jadi laksanakanlah sistem itu terlebih dahulu. Setelah itu baru dilihat, masih berapa orangkah yang masih memerlukan pertolongan. Berapa orang pencurikah yang masih mahu melakukan pencurian, sedangkan perutnya dipenuhi oleh makanan dan hatinya dipenuhi oleh keimanan. Demikian pula ada di antara orang yang bertanya kepada anda tentang masalah seksual di kalangan pemuda, jikalau mereka mengikuti ajaran-ajaran Islam. Orang-orang ini melihat kehidupan pemuda-pemuda yang hidup dalam suatu masyarakat yang bukan Islam. Segala yang terdapat di sana merangsang naluri mereka. Segala yang terdapat di sana memhangkitkan syahwat mereka. Lalu mereka meminta pendapat Islam tentang masalahmasalah yang dihadapi pemuda-pemuda ini.
Dalam masyarakat Islam tidak terdapat pemudi-pemudi yang berbaju mini atau bertelanjang, wanita-wanita yang suka menggoda orang lain atau digoda, yang berkeliaran di setiap tempat, menyebarluaskan fitnah dan kekacauan, dan semuanya itu untuk keuntungan syaitan. Dalam masyarakat Islam tidak terdapat gambar-gambar telanjang, filem-filem lucah dan nyanyian lucah. Dalam masyarakat Islam tidak terdapat majalah yang menyiarkan gambar-gambar telanjang, kata-kata yang lucah dan jenaka yang. lucah, yang dapat dijumpai di setiap tempat. Dalam masyarakat Islam tidak terdapat minuman-minuman keras yang mendorong manusia untuk berbuat hal-hal yang tidak sopan, yang dapat menghilangkan kehendak dan pemikirannya.
Dunia Yang Indah Seperti Semua Manusia Impikan
Akhirnya masyarakat Islam itu akan mempersiapkan pemuda untuk dapat hidup bersuami-isteri dengan cepat, kerana perbendaharaan negara akan membantu orang-orang yang ingin hidup baik dalam sebuah rumahtangga. Jadi kalau anda ingin memperoleh gambaran pendapat Islam tentang masalah seksual dalam kalangan pemuda, maka pertama-tama laksanakanlah sistem Islam secara keseluruhan. Baru setelah itu dilihat, bukan sebelumnya, apakah para pemuda masih mempunyai masalah di bidang seks atau tidak. Saya menganggap semua permintaan pendapat yang diajukan kepada Islam mengenai suatu persoalan yang tidak ditimbulkan oleh sistem Islam, pada waktu itu Islam itu diusir dari segala bidang kehidupan, saya menganggap semuanya ini sebagai mempermain-mainkan Islam dan memperolok-olokkan Islam. Dan saya juga berpendapat bahawa jawapan yang diberikan kepada pertanyaan-pertanyaan seperti itu sama dengan ikut serta dalam memperolok-olokkan Islam yang dilakukan oleh para ahli memberikan fatwa.
Perjuangkanlah Sistem Islam Bukan Menyesuaikan Islam ke dalam Sistem Lain
Orang-orang yang berteriak-teriak sekarang ini, menuntut agar wanita jangan diberi hak untuk memilih dan dipilih, atas nama Islam, atau melarangnya untuk bekerja atas nama Islam, atau memanjangkan bajunya atau lengan bajunya atas nama Islam, maka saya minta maaf kalau saya katakan, walaupun saya amat memuliakan maksud-maksud baik dari orangorang yang mengatakannya:
Mereka itu telah menjadikan Islam objek olok-olok dan sesuatu yang mentertawakan, kerana mereka membatasi semua persoalan dalam perincian-perincian kecil seperti ini. Semua potensi mereka ini harus diarahkan kepada pelaksanaan system Islam dan hukum Islam dalam segala segi kehidupan. Mereka seharusnya menuntut agar Islam itu menguasai sistem masyarakat dan undang undang sejagat. Pendidikan Islam itu harus menguasai sekolah, rumahtangga dan masyarakat. Islam harus diambil sebagai suatu keseluruhan dan dibiarkan untuk melakukan kegiatannya dalam kehidupan sebagai suatu penyeluruhan.
Inilah yang lebih sesuai untuk kehormatan Islam dan kehormatan orang-orang yang menyeru kepada Islam. Ini kalau mereka benar-benar bersungguh-sungguh dalam hal ini. Kalau mereka benar-benar ikhlas dalam berda’wah. Tetapi kalau yang dimaksud adalah membuat kekacauan agar dapat menarik perhatian, dan dalam pada itu berada dalam keadaan aman tidak memikul risiko sedikitpun, maka ini adalah persoalan lain, yang saya ingin agar sebahagian dari badan-badan dan kelompok harus jangan terlibat di dalamnya.
Hasbunallahu wa nikmal wakil
disediakan oleh: ameersyuhada
petikan dari : Beberapa Studi Tentang Islam (Sayyid Qutb)
kambing dan serigala
Kononnya di pulau ini dulunya pelbagai spesies binatang hidup. Namun semuanya musnah lantaran musibah yang segala macam yang melanda; banjir, tibut, taufan dan ada juga yang terkena selsema burung. Maka yang tinggal hanyalah beberapa ekor beruk. Bergembiralah beruk-beruk ini kerana tiada lagi saingan di pulau ini. Berkembang biak dan terbinalah satu tamadun oleh beruk-beruk di pulau ini.
Beruk-beruk ini mula membaca, mengira dan menulis. Satu persatu beruk-beruk ini menjadi semakin bijak dan terpelajar. Selari dengan waktu yang berlalu, tahun demi tahun, beruk-beruk ini telah berubah perangai dan sifat. Banyak juga yang berubah bentuk fizikal. Beruk-beruk ini berubah menjadi kambing dan serigala.
Kambing menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk memilih rumput-rumput yang segar dan air minuman yang bersih. Maka tak hairanlah kambing-kambing ini menjadi sihat-sihat belaka, kadang-kadang perut besar pada kambing-kambing ini begitu besar hinggakan susah berjalan. Sehari demi sehari berlalu, semakin tembunlah kambing-kambing ini. Itulah rutin harian mereka, macam sudah jadi kemestian. Perut yang gemuk mesti digemukkan lagi. Itu pegangan mereka, agama kambing-kambing ini.
Pada suatu hari, diadakanlah suatu mesyuarat dan dilantiklah seekor kambing menjadi ketua kambing-kambing ini. Perut si kambing inilah yang tergemuk hinggakan kakinya tidak mencecah tanah akibat besarnya perut yang ada. Tidak kurang juga janggutnya, panjang dan lebat hinggakan menutup perutnya yang besar. Mungkin kambing-kambing lain tidak tahu si kambing ini perutnya terlalu besar dan kakinya “singkat” kerana tersorok dek janggut yang amat lebat ini. Maka begitu angkuhlah si kambing ini dengan janggutnya. Janggutnya tidak boleh disentuh, pantang sekali dan sekiranya ingkar maka tulahlah yang menimpa…itulah yang dikatakan si kambing ini (entah benar atau tidak terpulang kepada pembaca untuk menilai, tapi bagi saya ialah helah untuk menutup aib si kambing ini-penulis).
Dari jauh serigala-serigala melihat dan tersenyum. Bagi serigala-serigala ini, tidak ada yang perlu disegerakan, biarkan kambing-kambing itu membesar. Lagi besar lagi bagus. Malahan ada yang menjadi teman rapat kepada kambing-kambing. Kawan rapat ini pula diangkat menjadi tok guru yang amat hebat. Tok guru ini mengajar kambing-kambing ini memilih rumput yang paling bagus. Kalau boleh pilih yang paling segar dan hijau, itulah pesan tok guru. Halal dan haram itu perkara lapuk dan tidak menggemukkan perut, tambah tok guru itu lagi. Maka kambing-kambing bersetujulah, apatah lagi inilah agama mereka, perut yang gemuk mesti digemukkan lagi.
Sedang kambing-kambing ini terbaring lena sambil mengunyah rumput hijau dan menonggak air sungai yang segar, tiba-tiba segerombolan serigala menyerang. Bertempiaran larilah kambing-kambing ini meskipun bilangan mereka begitu banyak kalau dibandingkan dengan segerombolan serigala ini yang tak lebih dari beberapa ekor sebenarnya. Tidak semua kambing dapat melarikan diri, apatah lagi yang terbaring bongkang yang kakinya di atas. Amatlah susah kambing-kambing ini memusingkan badannya tambahan pula perutnya yang amat besar. Tidak kurang juga berkilo-kilo emas perak yang ditindik di telinga, perut, bibir dan pusat yang menambahkan berat kambing-kambing yang sedia berat. Maka berpekiklah kambing-kambing ini meminta tolong dan belas ihsan dari serigala-serigala. Itulah nasib kambing-kambing ini tidak ubah seperti hidangan yang dihurungi lalat dari segenap sudut.
Tersenyum gembira serigala-serigala terutamanya serigala yang menjadi tok guru kepada kambing-kambing. “Masakan apa yang kita jamu malam ini; kari kambing, kurma kambing atau sate kambing”, kata tok guru serigala ini sambil menunjuk jarinya kepada ketua kambing. “Kita panggang dia, kita golek-golekkan dia di atas api ini”, sahut serigala-serigala beramai-ramai sambil membawa ketua kambing ke arah api yang berasal dari lapisan ketujuh perut bumi. Maka diguntingkanlah janggut ketua kambing, seraya terkejutlah kambing-kambing lain kerana kaki ketua kambing ini teramat pendek apatah lagi bertambah lucu jika dibandingkan perutnya yang amat besar.
Sepotong buluh runcing dibawa ke tengah dan bakar hujungnya. Tatkala buluh itu mula terbakar dan berbara, dijoloklah buluh ini kepada punggung ketua kambing hinggalah ke mulut. Terpekiklah kambing-kambing lain kerana terkejut dengan nasib ketua kambing apatah lagi bangkai ketua kambing mula mengeluarkan lemak-lemak yang amat dahsyat baunya. Lemak-lemak ini menitis satu persatu ke atas api yang membakarnya dan bertambah maraklah api tersebut. Binggung kambing-kambing lain melihatnya keadaan ini, tapi kambing-kambing mula sedar bahawa ketua kambinglah kuat melantak rumput hijau tidak kira halal dan haram dan inilah balasan di atas perbuatannya. Sedarlah kambing-kambing lain, agama pegangan mereka selama ini adalah salah dan membunuh mereka.
“Hidup kita bukanlah hanya makan dan minum……”, kata kambing-kambing dangan nada yang menyesal tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Disembelihlah seekor demi seekor kambing dan dibuatlah kenduri besar dengan hidangan kari kambing, kurma kambing dan sate kambing. “Kitalah sebaik binatang”, kata serigala yang menjadi tok guru kambing sambil meratah daging ketua kambing. Malangnya dia tidak sedar binatang tetap binatang, tidak akan ia berganjak darjat dan martabatnya daripada binatang.....
Sources: petunjuksepanjangjalan
Pengajaran yang boleh di ambil...
Diaplikasikan pada hidup kita zaman sekarang ini...janganlah asyik dan lalai dengan buaian-buaian jerat yang dicipta dan direka khas oleh orang yahudi (serigala) terhadap umat Islam. Ingat peranan kita sebagai rijal-rijal kerana semangat muda yang membara dalam diri rijal-rijal muslim yang berdiri tegak membela Islam sahaja yang mampu menggegar dunia ini...
Ingatlah!!! Sejarah telah pun membuktikannya....
Rabu, 24 Oktober 2007
subuh..
PADA suatu hari Nabi SAW. melihat puterinya Fatimah masih juga tertidur padahal waktu subuh telah tiba. Nabi Muhammad SAW. lalu menggoyang-goyang kaki puterinya itu dengan penuh kasih sayang seraya berkata : " Bangunlah anakku dan saksikanlah, sesungguhnyaa Tuhan menetapkan pembagian rezeki manusia adalah pada saat-saat setelah fajar menyingsing dan sebelum matahari terbit."
Rasulullah sendiri selama 23 tahun menjadi Rasul, hanya sekali beliau tidak terbangun sebelum subuh. Mungkin terlalu letih dalam perjalanan dan baru tidur setelah malam teramat larut.
Supaya umat Islam gemar bangun subuh, Nabi SAW. bersabda : " Bila kamu bangun subuh, maka berlipat ganda upah kamu terima." Pada waktu subuh dan sebelum matahari terbit, kita dapat mendoa dan doa yang diucapkan dalam waktu demikian langsung diantarkan malaikat kehadirat Tuhan. " Sesungguhnya bacaan diwaktu fajar disaksikan langsung oleh para malaikat " ( Al Isra 79 ). Sebab itulah Nabi SAW. pernah mendoa " Wahai Tuhanku, berkahilah umatku yang suka bangun subuh ".
" Udara subuh sangat segar dan banyak mengandung zat asam ( zuurstof ). Maka siapa suka bangun subuh selalu menghirup udara murni yang sangat diperlukan buat pernapasan. Sebab itulah maka orang yang suka bangun subuh, sukar dihinggapi penyakit paru ( TBC ). Parunya menjadi kuat karena selalu menghirup udara murni dan pernapasannya menjadi teratur karena parunya sangat kuat. Disamping itu, udara subuh yang segar itupun memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan. Pada waktu subuh, otak manusia sangat bening dan daya tangkapnya teramat tajam. Maka mereka yang suka menghafal atau belajar diwaktu subuh dapat dipastikan : Jauh lebih berhasil dari mereka yang baru menghafal atau mengulang pelajaran setelah matahari naik meninggi."., demikian kilah Abbas Hassan dalam bukunya ' Kenapa Nabi Muhammad Sangat Sehat.'
Selama umat Islam suka bangun subuh selama itulah mereka akan tumbuh menjadi umat yang sehat lahir dan batin, sehingga merekapun berhak memenangakan perjuangan. Mereka dicintai kawan dan dihormati lawan. Maka berdaulatlah mereka di bidang politik, berperanlah mereka dalam bidang ekonomi, dan menjadi teladanlah mereka dalam pergaulan sehari-hari. Dan, memang telah terbukti. Tidak kurang dari 500 tahun lamanya umat Islam yang terdidik bangun subuh itu menguasai sekitar dua pertiga bulatan dunia ini. Dari Maroko di pantai Barat Afrika sampai ke Merauke di pantai Utara Irian Barat.
Pada tahun 1945 di sekitar hari-hari Proklamasi pada waktu perjuangan berkobar tinggi, kita selalu bangun subuh. Ketika Belanda masih mendengkur di tempat tidur, gerilyawan kita sudah selesai meruncing bambu. Akhirnya bambu runcing itu berhasil mengalahkan meriam dan Belanda angkat kaki dari tanah air kita.
Sudah menjadi kebiasaan di zaman Rasulullah SAW. bila melepas pasukannya ke medan perang, selalu sehabis salat subuh. Dan ternyata berhasil.
Nabi SAW. bersabda : " Salat tepat pada waktunya, lebih baik dari dunia bersama seluruh isinya." Juga dalam hadis lain beliau menerangkan : " Salat sunat 2 rekaat sebelum fajar, lebih baik dari dunia beserta isinya.". " Salat yang diperintahkan ketika dinginnya udara saat fajar akan menyingsing, ternyata menyimpan sekian banyak manfaat bagi yang mengetahuinya. Sujud untuk menunaikan perintah Allah SWT. ketika merahnya langit saat matahari akan muncul, ternyata membawa begitu banyak berkah. Sungguh, Allah begitu murah hati kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Wahai yang menguasai waktu, apa yang Kau simpan sebagai berkah bagi kami saat subuh datang? ", demikian antara lain tulis Muhammad Jihad Akbar dalam bukunya Meraih Mukjizat Shalat Subuh Bersama Rasulullah SAW.
Ahli Hikmah Lukman Nul Hakim, yang namanya diabadikan Tuhan dalam Al Quran, pernah menasehati anaknya : " Wahai anak ku, janganlah engkau lebih bodoh dari ayam jantan. Di tengah malam, ia berkokok untuk membangunkan orang, sementara engkau tetap tidur lelap."
Rasulullah SAW. menggambarkan seyogianya kehidupan orang mukmin itu laksana burung : " Berangkat pagi-pagi dengan perut dalam keadaan kosong dan pulang sore dengan perut dalam keadaan kenyang ". Adapun resep keberhasilan satwa itu., sehingga rezekinya dijamin oleh Allah SWT, lantaran dalam semua musim dan kondisi selalu bangun sebelum subuh.
Karena itu jika umat Islam mau melajimkan bangun sebelum subuh kemudian mengerjakan salat subuh di masjid, Insya Allah umat Islam akan memperoleh keuntungan melebihi dunia dengan segala isinya.
Bagi kaum tani, akan sangat terasa manfaatnya bangun subuh, sebab ia telah dapat memacul tanah yang cukup luas sebelum matahari terbit. Demikian juga bagi tukang dan lebih-lebih buat pengarang. Almarhum Buya Hamka, lebih banyak menulis sehabis salat subuh. Mantan Ketua MUI Pusat ini pernah berkata : " Bila aku menulis diwaktu malam, fikiran tidak kuat lagi dan tenaga lekas capek. Tetapi, bila menulis sehabis subuh syu'urku teramat tajam dan aku tak penah capek." Kalau kita mau meruntinkan, setiap hari mengambil waktu selama setengah jam, ketika usai salat subuh, kita turun membersihkan halaman dan atau menanam apotik hidup, insya Allah akan mendatangkan banyak manfaat. Selain tubuh akan sehat juga kebersihan halaman terpelihara serta bisa memetik hasil dari apotik hidup yang ditanam.
Maka benarlah seperti disabdakan oleh Rasulullah SAW : " Berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki dan segala keperluan / hajat karena sesungguhnya di pagi hari itulah terdapat barakah dan keuntungan "
Selasa, 16 Oktober 2007
doa solat istikharah
solat itikharah, selalu tak kita buat? mostly, kita rasa solat ni harus dibuat biler confuse, keliru, and buntu pasal jodoh kan? tapi percayalah, olat istikharah bukan utk tu sahaja, malah, its for anything at all yang kita lakukan..
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
kalau nak penerangan lanjut pasal solat istikharah, sila ke blog berikut -->http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/betapa-pentingnya-solat-istikharah-dalam-kehidupan-harian-kita/
hurm..moga lepas ni, dpt lah kita sama2 amalkan everytime kita kebuntuan ek..insya-Allah
Khamis, 11 Oktober 2007
hamka, mintak izin copy paste ek..
Siapa yang kamu sedang rindu?
(Hari yang penuh emosi..., bermonologlah pulak...)
Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…
Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…
Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!
Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....
Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...
Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!
Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!
Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...
Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..
Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.
Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.
Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..
Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.
Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.
Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.
Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..
Memuji Nikmat Allah..
Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!
Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?
Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .
Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.
Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.
Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
”Mana ayah ku?”.
Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....
“Anak.., Ayah mu telah syahid.”
Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....
Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..
Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..
Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.
Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”
Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! “
Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Selamat menyambut malam Lalatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..
Hamka
KeretaMayat.
(28 Ramadhan 1428H)
Khamis, 20 September 2007
duduk sebentar dan beriman sejenak..
diambil dari Dakwah-Info dalam entri bertajuk Cerpen - Sempena Ramadhan)
Oleh: Al-Hidayah
Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.
“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.
Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.
Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:
Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?
Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.
Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”
Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.
Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”
Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.
Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..
“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.
Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.
Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.
Najwa terkedu.
“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.
“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.
“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.
“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.
Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).
Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”
Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”
“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”
“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.
“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.
“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.
Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”
Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”
Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”
Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..
..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.
Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!
Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.
Isnin, 10 September 2007
Sabtu, 8 September 2007
Goals for Ramadhan
10 great goals to set for this Ramadaan
1. Forgive everyone who has hurt you
Still got a festering wound from the fight with your friend last year? Still upset about something your spouse said during a heated argument? Or are you still bitter about the way your parents sometimes treated you as a kid? Let go of the anger and pain this Ramadan and forgive those who have hurt you. Forgiving someone is not only good for the body, but it's also great for the soul. And in Ramadan, ten days of which are devoted to Allah's forgiveness, shouldn't we lesser beings forgive too?
2. Eat, drink and be moderate
Almost all of us do it - once Iftaar time hits, we just keep ploughing food and drink into our mouths till it's hard to move afterwards. And those of us who do it know this is totally contrary to the spirit of Ramadan, through which we're supposed to learn self-control not self-indulgence. Let's try to stick to the Prophetic rule on eating: fill our stomachs with one-third food, one-third water and one-third breathing space, even in Ramadan.
3. Give a rand a day in charity...or five or ten
The Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, was always generous but even more so in Ramadan. Let's open our hearts and dig a little deeper in our wallets this year. Even less than a rand a day adds up. Whatever you can give, it's the intention that counts, but aslong as your giving something thats when it counts :)
4. Memorize 4 new Surahs of the Noble Quran
Memorizing the Quran often seems like a daunting task. But the key is doing it in small bites. Since there are four weeks in Ramadan, try to memorize one new Surah a week. Start off with a short, easy one. Once you've started, you'll build momentum and may even want to memorize a longer one the following week.
5. Go to Taraweeh prayers
Post-Iftaar, the first urge is to sleep after an exhausting day. But try your best to head out to the mosque for Taraweeh prayers. Praying alone is wonderful, but doing it in congregation is fantastic. The community spirit is part of Ramadan's blessings. Don't miss it this year. If going every day is not possible, try going at least one week.
6. Attend the Taraweeh prayer in which the recitation of the Quran will be finished
Call the local mosque and find out which day the Imam will be finishing the recitation of the Quran in prayer. Attend to not only hear part of the Quran's recitation in prayer, but also participate in the heart-rending Duas that follow it.
7. Stop swearing and/or backbiting - with a special box
It's hard not to shoot our mouths off when someone's upset us. Whether we utter those four-letter words or backbite about someone to our family and friends, we know this isn't the God-approved way of letting off steam. In Ramadan, when we want to build our spirituality, we've got to wage Jihad against our bad habits.
Try this: get a box and every time you catch yourself swearing or backbiting put some money in it. It could be a buck or less. The point is to choose an amount that makes it feel like punishment.
At the end of the month send the money to a charity or buy a gift for the person whom you've backbitten the most against.
8. Call/email your relatives
You'd think that given the easy access to email, competitive long-distance calling rates, phone cards, etc. these days, we'd keep in touch with family and friends more often. But the opposite seems to be the case, as we get caught up in life's "busyness."
Strengthening ties with family members and keeping in touch with friends is part of our way of life and an act Allah is very pleased with. This Ramadan, call family and friends or at least email them and ask them how they have been and how their fasting is going, even if they wouldnt call you, be that friend that Allah(swt) wants us to be, and rewarded greatly for your friendship you wll definately be.
9. Go on a technology diet
Even if you work in the IT industry, you can do this. Avoid checking personal email and surfing the web during your fast. After Iftaar, instead of plopping yourself in front of the screen, go to Taraweeh. The same goes for the television. The point is to try to give our full attention to spiritual elevation this month.
10. Read 5 minutes of Quran a day...just five, not more, not less
Even if you feel you've got absolutely no time, set a timer or the alarm on your cell phone and find a relatively quiet place. You can read the first page of the Quran you open or follow a sequence. The choice is yours. The point is simply to connect with God through His revelation in the month of the Quran.
Selasa, 21 Ogos 2007
antara ijazah dan risalah..bukanlah jonkang-jongket
all i can say is..
Terima kasih ibu sbb faham perjuangan hidup kakngah n abang..
Moga kita sekeluarga dapat terus bermujahadah dalam mencari keredhaanNya
Love u fillah..=)
Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking
Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah
Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut
Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.
Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi. Semua manusia
mengenalinya. Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk
berjaya dalam pelajaran, kita kena
berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak
dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita
juga kena berusaha. Itu juga adalah
Sunnatullah. Kemenangan Islam
memerlukan pengorbanan dari
pengikutnya.
Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:
<
kepuasan kepada hambaNya yang beriman
apabila Dia mahukan segala sesuatu
urusan/ perkara Dia akan
mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya. Pada malam sebelum ujian
nahu, saya telah bermimpi. Di dalam
mimpi tersebut, saya sedang berada
dalam sebuah perahu bersama-sama
ulama yang terkenal.Perahu itu sedang
berlayar di Sungai Nil. Salah seorang
ulama itu menghampiri saya. Dia
memakai pakaian orang-orang di
pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di
mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel
mengenai al-Afiyah? Saya
menjawab, Ini dia! Katanya, Mari
kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian .
Saya pun membuka ke muka surat-muka
surat yang disebutkannya dan mula
mengulangkaji. Kemudian saya terkejut
jaga. Saya sangat gembira. Pagi
esoknya saya menduduki ujian. Saya
dapati kebanyakan soalan datang dari
muka surat-muka surat yang saya baca
di dalam mimpi tersebut. Ini semua
adalah rahmat Allah. Allah telah
memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber
maklumat kepada seorang Mukmin. Segala
puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah. Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar
dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang
terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah
kecundang. Dia pernah bertanya kepada
Allah - Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat
temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau
menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang
besar untuk menegakkan agamaMu melalui
pergerakan dakwah. Maka aku mohon
bahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui
suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya
sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,
sahabat itu menjawab "Aku tak suka
membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku
yakin Allah Maha Baik dan menjamin
kebaikan untukku dalam situasi sulit
atau lapang. Aku akan tetap redha
kepada Allah dalam situasi apapun. Aku
akan tetap bersaksi bahawa Allah
adalah Robb yang Maha Esa, meskipun
gunung-gunung harta itu milikku atau
aku tak punya harta sedikit pun.
Lia, saya teringat email yang pernah
saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya. Dia bercerita tentang
seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar. Saya namakan
wanita ini A. A memerlukan tongkat
untuk berjalan. A tidak berapa cantik,
tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa
sahaja yang melihatnya mengucapkan
Subhanallah.
Keinginan A tercapai. Bila A belajar
di sekolah menengah dan berjaya,
manusia yang ditemuinya mengucapkan
Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke
universiti, sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah. Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi
manusia mengucapkan Subhanallah. Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini
seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang
sebaiknya. Allah mengurniakan A dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama. Ingat
lagi tentang Abdullah bin Ummi
Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya, buta menyebabkan dia tidak
takut kerana dia tidak akan dapat
melihat bilangan musuh. Akhirnya dia
syahid. Mereka yang menemui mayatnya
tidak dapat mengecamnya kerana terlalu
banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas
kerusi roda. Tapi apa yang telah dia
lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.
Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam
saf perjuangan.
Siapa lagi yang akan memperjuangkan islam kalau bukan kita? Bila lagi kita nak perjuangkan agama Allah kalau bukan sekarang?
Ahad, 19 Ogos 2007
Bermulanya episod baru dalam hidupku..
CUACA BARU, SINARAN YANG LEBIH UTUH
Perjalanan saya bermula kembali setiap pagi. Kerehatan di malam hari yang Allah jadikan sebagai suatu nikmat kepada saya merupakan ketenangan yang tidak dapat dijelaskan kelazatannya. Fajar yang menyingsing membuka buku kehidupan saya secepat kelopak mata yang dibuka dari pejam. Sekeras mana saya mahhu memperlahankannya, ia tetap akan terjadi dengan kadar yang cepat. Begitulah hari-hari dalam kehidupan saya sebagai seorang muslim, tidak pernah lengah dalam mencari kehidupan dunia dan akhirat sebaik mata disimbah cahaya.
Musim yang telah berlalu menjadi penanda agar saya menyegarkan kembali azam yang semakin kabur dan semakin berhabuk. Di sinilah bermulanya titik tolak baru, permulaan separuh kedua dalam hidup saya. Langkah perlu lebih yakin dan lebih deras, umpama air meluncur laju dari puncak bukit menuju kolam di bawah, destinasi telah pasti, dan keraguan tiada lagi. Bismillah…
Langkah perubahan untuk saya perlu dimulakan dengan baik agar tidak jatuh di tengah jalan. Perlu bijak, seperti saya! Saya yakin bahawa itu perlu diawali dengan kehendak yang tinggi. Tidak hanya dengan semangat berkobar tanpa keinginan benar. Bak kata pujangga,
“Jagalah himmah, kerana sesungguhnya himmah itu adalah permulaan bagi semua perkara”
Barangkali tidak ada perubahan tanpa tolakan dalaman yang kuat dan terjaga. Saya memang benar-benar mahu berubah, bukan lagi cakap-cakap kosong seperti tahun-tahun sebelum ini. Barangkali ini akan menjadi perubahan paling besar dalam hidup saya, dan saya mahukan perubahan ini. Di sebalik kehendak yang besar ini, saya pastinya akan menyandarkannya pada keikhlasan kerana Allah Ta’ala. Saya rasa tidak bererti dan seolah-olah kosong andai perubahan ini tidak bernilai sebagai suatu ibadah saya kepada Allah s.w.t. Biar setiap suatu perkara itu memberi saya suatu langkah menuju balasan Allah balasan Allah yang baik. Moga-moga syurga Firdausi, amin.
Keinginan saya yang hebat ini saya susurkan pada matlamat yang betul dan realistic. Pastinya saya perlu jujur dengan diri saya sendiri. Moga niat yang ikhlas kerana Allah Ta’ala membawa saya kepada cita-cita dan kaedah yang diredhai-Nya. Saya merasakan perlu berubah setapak demi setapak, tetapi agar yang kecil dilangkahi dengan cepat dan yang besar diadili dengan tepat. Bukan meredah bagai babi hutan, menunduk dan segera menuju mangsa. Biar jelas setiap yang dituju, jangan nanti terlanggar pokok berpaling teresak-esak merintih pada benjol di kepala, tak endah untuk bermula kembali. Jadi saya ingin sekali merancang dengan betul fasa perubahan saya. Insya-Allah, aku mula menulisnya sebaik selesai yang ini.
Sebelum ini saya telah banyak menetapkan matlamat, tapi seolah-olah tidak banyak yang dapat saya capai. Di mana silapnya? “ Mungkin kamu tidak bermuhasabah. Tidak pernah ingin periksa di mana silapnya. Boleh jadi kerana kamu malu dengan kesalahan kamu sendiri.” Mungkin benar kata awak. Terima kasih, suara hati. Kalau begitu, saya tuliskan juga selepas selesai yang ini. Akan saya tampalkan di depan mata saya, agar setiap kali saya melihat padanya, saya akan mengingatkan diri saya untuk menjauhinya. Insya-Allah, sedikit demi sedikit. Biar realistic, bukan??! Dan andai ada yang baik, saya teruskan agar bertambah kebaikan hari demi hari, agar tidak celaka kerana semalam lebih baik dari hari ini. Saya berjanji.
Apa lagi yang perlu saya buat? Saya tidak mahu sinaran yang menjerkah diri saya ini nanti pergi menyelinap di belakang awan. Saya masih bersemangat, penuh dengan ilmu dan pengalaman dari musim yang lalu. Suara hati, apa yang saya mahukan lagi? “ Kamu perlukan teman. Teman untuk bersama-sama kamu dalam mengejar sinaran baru kamu yan glebih utuh itu. Jangan kamu biarkan diri kamu bersendirian untuk jangkamasa yang lama. Ingatlah pada sabda Nabi s.a.w., serigala hanya akan memakan kambing yang bersendirian. Aku lihat si fulan dan si fulan paling baik untuk kamu. Jangan segan dengan mereka. Mereka itu sudi membantumu, aku yakin. Aku juga perlukan jiwa lain untuk bersama, untuk menuang segala yang ada padaku kepada jiwa-jiwa mereka.”
Suara hati, kau benar, aku pernah mendengar hadith Nabi s.a.w. daripada Abu Musa
“Bahawasanya seorang muslim itu seperti batu-bata, satu menyokong yang lain.”
Memang aku perlukan teman, tapi mereka tidak tahu dengan cita-cita aku. “Kisahkanlah kepada merek. Ceritakan yang aku mahu berubah, dan kau mahu merka bersamamu. Setitis demi setitis, nanti mereka akan sudi menakung semuanya” Sahabat, di mana fulan?
Cuaca yang baru bukan mudah untuk dinikmati segala keindahannya. Saya kini sedar bahawa amat banyak perkara yang perlu saya usahakan. Perlukan sifat istiqomah. Bukan perkara mudah untuk berubah. Satu perkara yang perlu saya cari dan usahakan. Saya yakin saya mampu. Saya juga perlu bersedia untuk bermujahadah. Menentang sifat malas, membidas keraguan dengan keyakinan, membidik matlamat dan cita-cita dengan betul dan bersungguh-sungguh Semua ini sejak dari awal saya jadikan sebagai ibadah kerana Allah Ta’ala. Dengan sepenuh hati saya ikhlaskan kerana Allah Ta’ala. Saya pernah mendengar firman Allah Ta’ala;
Dan Aku tidak mencipatakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku (Adz-Zaariyat: 51-56)
Saya benar-benar yakin bahawa perubahan itu satu kemestian dalam kehidupan manusia, apatah lagi seorang muslim. Dulu tidak indah islam yang saya pamerkan, kini saya tahu bahawa jalan untuk mencapai perubahan itu ada dan ia mampu membawa kepada keindahan islam yang sering saya baca dalam kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Saya adalah satu daripada pintu-pintu umat islam, andai kata saya tidak menjaganya dengan baik, maka syaitan, manusia dan jin yang memusuhi islam akan masuk dan merosakkan umat ini melalui pintu saya. Moga Allah memudakan usaha saya dan meredhainya. Amin.