Halaman

Khamis, 8 Januari 2009

Show how much YOU care!




1 ulasan:

akhawat cairo u berkata...

20 petunjuk kepada kegagalan tentera Israel dalam memerangi Gazza selama 22 hari:

Pertama: Pejuang2 Palestin konsisten melancarkan roket kearah Negara Israel. sehingga hari yang terakhir. Pada hari yang terakhir yg (ke22) brieged qassam telah membunuh 9 tentera, mencederakan 18 yang lain, melancarkan 18 roket, 24 missil hown.

Kedua: Pejuang telah meluaskan kawasan sasaran bagi roket sehingga sampai lebih 50 km(ini adalah kali pertama) dan mengenai kawasan Askar Israel yg berhampiran dgn Tel Aviv.

Ketiga: Dof Vesglas Penasihat former prime minister Israel areal Sharon telah mengakui bahawa tentera Israel tidak mampu untuk menghentikan penguasaan Hamas di Gazza.

Keempat: Akhbar Haaretz berbahasa ibrani dari Israel telah menyatakan bahawa tentera Israel telah tersalah strategi yang besar dalam perancangan.

Kelima: Akhbar Lonofel Oserfatour (perancis) berkata Israel mengulangi kesilapan lepas yg sama dalam perancangan ketenteraan.

Keenam: “Newyork times” menyatakan Israel bukan sahaja bermatlamatkan untuk melemahkan hamas bahkan untuk menguatkan gerakan sekular di palestin. Namun semakin gazza di bom ,hamas semakin bertambah disukai oleh rakyat palestin.

Ketujuh: Penulis Jad’un livy menulis di Yediot Ahronot (akhbar Israel bahasa ibrani) berkata “Tujuan utama bagi Israel memerangi Gazza adalah menggugurkan dan menjauhkan hamas dari kerajaan. Tetapi perkara ini tidak boleh dicapai dengan operasi ketenteraan. Operasi ini dihentikan kerana ia gagal.

Kelapan: Prof Richard folk pelapor khas PBB bagi Hak2 kemanusian di bumi palestin berkata : “Israel telah kalah dalam peperangan untuk mendapat kerajaan diiktiraf”

Kesembilan: Jackson dell penolong editor di Washington post telah menulis dibawah tajuk “Pelajaran yang keras kepada Israel”, dia telah berkata: “ Operasi ketenteraan Israel di Gazza telah gagal, tetapi mungkin disana ada jalan keluar.”

Kesepuluh: Dalam akhbar yg sama, Tom Sgive menulis di bawah tajuk “Peperangan orang-orang bodoh Israel”. Dia menyatakan kebanyakan orang Israel percaya bahawa operasi ketenteraan adalah dalam waktu yg singkat dan keputusan pemutus. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Edward Copeer telah menulis artikel yang bertajuk “Menghapuskan Hamas dengan kekuatan tentera adalah suatu cubaan yang kegagalan”
Kesebelas: Penulis yahudi Doron Rewzinelm di dalam akhbar haaretz di dalam bahasa ibrani telah menuduh Presiden rejim zionis yang menyebabkan isreal membayar harga yang mahal dalam peperangan tersebut. Peperangan ini perlu dibayar yang sangat mahal dan mengakibat kemudaratan yang tidak mampu untuk dipulihkan.

Keduabelas: Barisan tentera2 simpanan Israel diselubungi dengan ketakutan setelah menteri pertahanan yahudi ehud barak mengarahkan supaya memindahkan ribuan tentera. Tentera ini mendapat latihan keras di utara palestin dibawah seliaan ehud barak sendiri. Ini disiarkan di tv 2 israel.

Ketiga belas: 200 orang Israel yang enggan kepada khidmat ketenteraan telah melakukan tunjuk perasaan di hadapan bangunan kementerian pertahanan di tel aviv sebagai tanda simpati terhadap rakan mereka yg dihukum kerana tidak berperang di gazza.

Keempat belas: Akhbar Yediot Ahronot berbahasa ibrani menyatakan bahawa serangan Israel ke atas gazza membawa kepada protes yang memusuhi Israel di seluruh dunia.

Kelima belas: Menteri luar Israel Tzipi livni menyatakan bahawa dia menerima tanggapan baru dari media barat terhadap rejim yahudi ketika sidang akbar di pusat akhbar wasington Amerika Syarikat pada petang Jumaat 16/1. Salah seorang wartawan telah memanggilnya sebagai pengganas.

Keenam belas: Laman web Israel ynetnews.com telah melaporkan kata-kata pegawai tentera Israel colonel yigal slovik “sy menyarankan dgn apa yg telah berlaku skarang kita tidak patut menyingkirkan hamas, kerana hamas akan mengambiil pengajaran drpd konflik yg telah berlaku dan tampil lebih kuat utk confrontasi seterusnya.” Kata2 kolonel ini menjadi tajuk utama “Hamas will grow stronger'
Ketujuh belas: Dalam laman web alzoa.com menukilkan dari akbar tisyrin siasah (Dimascus) menyatakan bahawa dua akhbar perancis menyebut bahawa hamas adalah satu2nya pihak yang mendapat keuntungan.

Kelapan belas: Laporan ekonomi Israel menyatakan bahawa roket2 pejuang menyebabkan kepada kerugian jutaan dolar yang ditanggung oleh kilang-kilang di selatan Israel.

Kesembilan belas: Laporan ekonomi Israel menyebutkan perbelanjaan untuk 50,000 tentera simpanan Israel sahaja telah mencapai 225 juta shekel.

Kedua puluh: Laporan ini juga menunjukkan perbelanjaan perang gazza sehari mencapai 130 juta shekel.

Akhirnya Perdana menteri Israel mengumumkan genjatan senjata sebelah pihak menununjukkan kekalahannya kerana tidak mahu menyebabkan kerugian dan kekalahan yang lebih besar lagi.

Firman Allah taala:

“Orang-orang musyrikin akan dikalahkan dan akan balik lari dalam kekalahan.” (45-54)

Nabi saw bersabda;

لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود حتى يقول الحجر وراءه اليهودي: يا مسلم يهودي ورائي فاقتله.

Maksudnya: “Tidak berlaku kiamat sehinggalah kamu (orang2 Islam) memerangi yahudi sehingga mana berkata batu yang dibelakangnya yahudi “Hai Muslim yahudi dibelakang ku bunuhlah dia. (Hr Ahmad dan Baihaqi – Hadis sahih)

Kalau batu pun membantu untuk membunuh yahudi pengganas, tetapi ada manusia yang Islam agamanya ingin membantu mengembangkan ekonomi yahudi dgn membeli dan menjual barangannya. Ada juga pemimpin dan rakyat yang membantu ekonomi yahudi dan beralasankan ingin berjihad ekonomi dan berkata “Susahla macam ni semua nak boikot” Inilah tuhan sebut dalam al-Quran:

“Maka kamu akan melihat orang2 yang hatinya ada penyakit nifaq akan segera menolong musuh-musuh Islam Yahudi dan kristian dengan beralasan “Kami takut akan ditimpa bencana kalau tidak membantu mereka” Maka pasti Allah akan memberi kemenangan kepada ummat Islam atau memusnahkan mereka dgn azab dari Nya sehingga orang2 munafik yang menolong mereka akan menyesal kerana menolong2 musuh2 yahudi dan nasrani.” (52: al-Maidah)

Boikot bukan sekadar strategi tetapi suatu hukum yang diwajibkan oleh ulama haraki seperti Yusuf Qardawi, Mufti kerajaan Dr Ali Jumuah dan ulama Saudi syeikh Abdullah jibrin, ulamah wahabi syeikh albani, ulama ekonomi Islam Dr Husain Shahatah dan juga ulama sedrhana Dr Nasr Farid (Bekas mufti mesir yg telah mengaharamkan rokok). InsyaAllah saya akan tulis tentang Hukum boikot, dalil2 dan faedah dari boikot ini. Doa, infaq dan boikot perlu diteruskan walaupun perang sudah berhenti kerana tanah palestin (termasuk masjid Aqsa yg dicintai) masih dijajah mereka.

Rujukan: Buku Al-Muqataah oleh Dr Khalid Said, Tafsir Sobuni, Sofwatul Ahadees oleh Abdul Qadir kattani, laman web 1. alalam.ir 2. ynetnews.com 3. alzoa.com.


posted by akhisalman at 12:52 PM on Jan 23, 2009