Halaman

Jumaat, 12 Disember 2008

Rezeki

Dalam Raheeq Makhtum, dinyatakan salah satu cara bagaimana nabi menerima wahyu, iaitu dengan cara wahyu itu dicampakkan oleh malaikat ke dalam hati dan fikirannya. Salah satunya telah disabdakan oleh nabi saw;

"Sesungguhnya Roh Kudus meniupkan dalam hatiku bahawa setiap jiwa tidak akan mati melainkan setelah disempurnakan rezekinya. Maka bertakwalah kamu kepada Allah, carilah rezeki dengan cara yang baik. Janganlah disebabkan kelewatan rezekimu, kamu sanggup mencarinya denan cara menderhakai Allah, sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah tidak dapat dicapai melainkan dengan ketaatan".

Tiada ulasan: