Halaman

Khamis, 6 November 2008

Tarbiyah laut

Seperti bermain di lautan



Yang memang berhajat untuk mandi, sampai ke pantai akan terus menjerumuskan diri mereka ke dalam lautan. Biarpun panas, biarpun sejuk, tidak dipedulikan. Bagi yang belum atau tidak bercadang, pasti sudah mencari 'spot' atas pasir pantai.

Yang di laut, tentunya berasa amat seronok. Seronok bermandikan laut masin yang sejuk. Seronok bergerak mengikut arahan ombak yang terkadang kala mengganas. Hinggakan, dirasakan amat rugi bagi mereka yang tidak bersama mandi laut. Andai perasaan ini memuncak serta menguasai dirinya, pasti akan digodanya orang-orang lain untuk turut masuk ke dalam laut. Manakan sanggup dibiarkan hanya dirinya yang merasai keseronokan serta nikmat mandi laut. Terus sahaja dia mengajak yang lain untuk turut serta.

Ada orang yang mampu ditariknya ke dalam laut dengan sekelip mata. Hanya perlu memegang tangannya dan membawa orang itu meluru bersama ke dalam laut. Terus dia lencun seluruhnya dan menjadi ahli laut.

Ada yang tak perlu ditarik, kerna dia memilih sendiri untuk masuk, cuma mungkin bersyarat. Basah hanya sampai tahap buku lali, atau lutut, atau peha.. Orang-orang ini juga, walau sudah masuk, tetapi masuknya mereka bukan sepenuhnya. Keseronokan yang dirasa pasti tidak sama, tidak menyeluruh, dan pastinya tidak sempurna. Dan yang sudah lencun seluruh tubuh pasti mahu membawa mereka ini agar merasai kepuasaan yang sebenarnya dengan membawa mereka lebih jauh ke tengah laut. Antara mereka, ada yang mampu dibasahkan dengan mudah; senyap-senyap pergi ke belakang orang itu dan ...SERANG!!! Lompatlah ke atas orang itu, dan orang itu akan terus terendam sepenuhnya dalam laut. Sudah, tambah lagi sorang ahli laut.

Tapi ada juga sebahagian yang tak mudah diperdayakan. Untuk orang-orang ini, pujukan perlu lebih berhikmah, istiqomah, memikat hati dan disukai. Perlahan-lahan bawa orang itu lebih jauh ke dalam laut.. Terkadang dia terhenti. 'Sejuukk~~ ', katanya. 'Oh takpe, kalau kat sini mesti tak sejuk', jawapnya. Maka orang itu, terpedaya dengan pujukan, memilih untuk terus bergerak lebih jauh ke dalam laut. Dan akhirnya, dalam sedar tak sedar, dia juga sudah masuk sepenuhnya ke dalam laut dan menjadi ahli laut.

Ada juga orang yang susah nak dipujuk. Keras benar hatinya, mungkin. Tapi tidak mengapa, biarkan dia di tepian pantai, di gigi laut. Biarkan dia seorang-seorang, dan perlihatkan kepada dia betapa ruginya dia kerna tidak bersama melibatkan diri dalam keseronokan 'pesta' air. Lambat laun pasti hatinya tersentuh, pasti hatinya akan rasa cemburu melihat kumpulan ahli laut itu.. dan akhirnya pasti dia juga memilih untuk bersama. Nah, akhirnya jadi ahli laut juga.

Bagi yang memeng bertekad untuk tidak masuk ke dalam laut, takperla.. Jadi driver untuk bawa ahli laut pulang yer? =P

hurm..

fikiran melayang ntah ke mana, memikirkan masa depan yang belum pasti menjadi miliknya. Bagaimana agaknya ahli baru tanah yang 'jarak ke clay nya singkat' (read:clayton) ini pada tahun depan ye? Baikkah? Peramahkah? Apa latar belakangnya?

Atau persoalan yang munkin lebih membebankan kepala, mahukah dia ditarbiyyah? Mampukah aku mentarbiyyahnya agar dia mahukan tarbiyyah? Oh! Persoalan yang tak mampu dijawab, hinggalah tiba saatnya nanti.

Pasti berat cabaran pada tahun depan, itu kita tahu. Tapi setakat manakah persediaan kita untuk menghadapinya? Setakat manakah persediaan AKU untuk menghadapinya? Tanah yang 'jarak ke clay nya singkat' ini semakin ketandusan orang-orang yang memahami. Dan menjadi tanggungjawab AKU untuk memahamkan mereka. Tentang keadaan umat kita yang semakin menderita.

Kerna aku sudah merasai keseronokan tarbiyah itu. Dan keseronokan ini telah memuncak, dan menguasai diriku hinggakan aku mahu agar orang lain turut merasai keseronokan yang sama. Mana mungkin aku biarkan hanya diriku sahaja yang mengecapi nikmat ini. Nikmat hidup dalam Islam sepenuhnya. Nikmat mengenali Allah yang sebenarnya. Nikmat ukhuwah yang tiada tandingannya. Nikmat memperjuangkan risalah, mengikut laluan para anbiya' terdahulu. Maka untuk itu, aku perlu bersedia dari sekarang. Menyusun strategi dan mengatur langkah.

Satu perkara yang berat dalam perjuangan ini, ada perkara-perkara yang perlu dikorbankan. Ia berat untuk dilepaskan, tapi andainya itu perlu demi keberlangsungan risalah ini di atas muka bumi ini, maka aku harus akur. Harus patuh dan harus redha. Bukan ku hendak memilih satu diatas yang lain. (Bukannya seperti jongkang jongket, dan seperti ditulis oleh bloggers lain, kita tak patut korbankan satu untuk kebaikan lagi satu, kerna kita perlu menjayakan kedua-duanya. Muslim yang hebat itu kan 'all-rounders'!). Tapi kerna mana munkin aku berada di dua tempat yang berlainan pada waktu yang sama. Terkadang aku tahu apa yang patut dibuat, tetapi terkadang hati terlalu berat untuk menerimanya. Hurm..masih perlu menjinakkan hati agar hidup mati hanya kerna dakwah.

Dalam df, ku sering bertanyakan satu soalan, yang mana jauh di lubuk hati ku tahu apa sebanarnya jawapan kepada persoalan ku itu. Usah tahu apa persoalannya, yang pasti, jawapan dia adalah hubungan kita dengan Allah itu perlu amat kuat dan teguh. Kerna kita bermain dengan hati, dan hati itu dipegang oleh Allah. Hubungan 'intim' itu takkan terwujud begitu sahaja, tapi ia perlu dipupuk. Dan kerja memupuk ini bukan senang, kerna ia perlukan istiqomah, mujahadah dan zatiah diri yang kuat. Amat kuat, kerna ia akan berhadapan dengan musuh-musuh yang juga kuat seperti nafsu, kealpaan, bisikan syaitan, godaan duniawi dan pelbagai lagi.

Ya ia susah, serta ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Tapi demi risalah ini, ku harus tempuhi juga. Apa, ingat syurga itu murahkah?

Moga Allah kurniakan 'kita' kekuatan serta menunjukkan kita jalanNya.

3 ulasan:

Sumaiyah berkata...

andai saya hulur tangan ni, adakah akak sudi menyambutnya?

Radin N berkata...

sungguh mendalam..smg kita semua diberi kekuatan menempuh jalan ini..

HbO berkata...

Asalkan SuMaiYaH rela menghulur, iA akan disambut dengan penuh kegembiraan. :)

Radin, miss you! sampaikan salam kat family radin eh. Ada rezki, kita bertemu kembali di bumi clayton.