Kehidupan kita di dunia ini, pastinya hanya sementara. Tiba masa kita dihidupkan di dunia ni, akan tiba pula masa kita meninggalkannya. Andai dunia adalah matlamat utama hidup kita di dunia ini, maka akan teramat singkatlah 'kehidupan' kita. Tapi, seandainya hidup kita demi risalah Allah, demi perjuangan dakwah islam di atas muka bumi ini, maka kehidupan kita telah bermula lama sebelum kelahiran kita, dan akan berterusan lama selepas kita meninggalkan dunia ini. Kerna hidup dalam dunia dakwah, adalah satu perjuangan meneruskan perjuangan orang2 terdahulu, dan akan diteruskan oleh orang-orang terkemudian.
Kita adalah umat pertengahan. Islam telah sampai kepada kita kerna penat lelah serta pengorbanan orang terdahulu. Andai bukan kerna pengorbanan mereka serta kesetiaan mereka di atas jalan dakwah, belum tentu kita dapat mengecapi kefahaman islam, mahupun mengenal Allah pada hari ini. Dan kita, kena pastikan islam sampai kepada umat akan datang, agar islam terus tertegak di atas muka bumi ini. Kefahaman ini takkan terlompat dari orang terdahulu kepada orang terkemudian, tanpa adanya kita di tengah-tengah sebagai pengantara, sebagai penyampai. Andai tiada usaha dari pihak kita untuk menyampaikan, untuk berdakwah, maka siapa dapat pastikan anak cucu cicit kita akan dapat merasai nikmat iman seperti yang kita rasai sekarang? Rasul telah menjadi saksi ke atas kita, tiba masa kita menjadi saksi ke atas sekalian manusia.
Memang, Allah penentu perjalanan agamaNya di atas muka bumi ini. Pastinya, Allah takkan membiar agamaNya ini terkubur begitu sahaja hanya kerna kita tak mahu berdakwah (read:menyampaikan) risalah islam kepada orang lain. Pastinya, seandainya kita pilih untuk tidak menjadi dai'e, islam akan tetap tersebar, dan pasti akan tiba masa kegemilangannya, seperti yang Allah janjikan.
TETAPI, sudikah kita untuk tidak menjadi sebahagian dari mereka yang mewarisi perjuangan nabi? Relakah kita penghormatan yang tinggi ini disandang oleh orang-orang lain selain kita? Tidak mahukah kita bersama golongan yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah? Samakah orang-orang yang keluar berjihad, dengan orang-orang yang hanya duduk di rumah??
Buat renungan kita bersama. Juga sebagai penggerak bagi abid yang bermain-main.
Baru selepas menonton Sang Murabbi. Subhanallah, hebat perjuangan hidup Allahyarham Rahmat Abdullah. Hidup mati demi keberlansungan dakwah. Beliau syahid di atas jalan dakwah. Kita? belum pasti lagi pengakhiran kita bagaimana. Moga-moga kita semua juga syahid di atas jalan dakwah.
Selasa, 28 Oktober 2008
Rabu, 15 Oktober 2008
lagi peringatan..
berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan.... belajaalah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran... hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan & berpeganglah kepada Allah walau DIA tidak kelihatan. Bukti kasihNYA...kita wujud di dunia pinjaman ini... Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yang mengaku keimanan padaNYA . Perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah pengabdian yg hakiki lagi abadi..moga lelahmu di hargai illahi walau di cemuh insani.........Hadam..hadam..hadam..
Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. [al-Hadid:22-23]
Alhamdulillah ya Allah..
Selasa, 14 Oktober 2008
Terhitung sendirian..
Terbaca dalam blog seorang akhawat..
Terbaca juga dalam artikel lainnya..
Tersentak juga apabila seorang sahabat baik ku berkata:
Ya Allah..masih banyak kelemahan dalam diri..
ketika dihurung masalah, terasa bahawa itulah seberat-berat beban.. terlupa yang orang lain diuji dengan pelbagai ujian yang lebih menggetar jiwa..namun dapat menghadapi dengan tenang..
membawa risalah dakwah, tapi hubungan diri dengan tuhan sering on off..amat mudah tewas dengan nafsu dan bisikan syaitan..amat mudah leka dan lalai dengan dunia yang fana..
waaa...
mahu berubah..mahu menjadi lebih baik..
mahu baiki akhlak agar ia menjadi seperti mana akhlak kekasih Allah
mahu menjadi hamba yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah
mahu menjadi orang yang diselamatkan dari api neraka dan azab kubur
mahu menjadi orang yang terpilih untuk menjadi penghuni firdausi..
waaa..mahu..mahu..
tapi syaitan jahat..
syaitan kejam..
syaitan tak habis-habis kacau orang..
tak nak kawan..tak nak kawan!!
Aku berlindung kepada Allah dari bisikan syaitan..
Aku memohon kepada Allah agar dikurniakan hidayah..
Aku mengharap pada Allah agar tidak memesongkan hati setelah diberikan petunjuk..
kerinduan pada Ramadhan..
.............
.......
..
Lunaskan hak Allah...Terhitung sendirian..banyaknya lagi hak Allah yang belum ku laksanakan dengan sepenuhnya..
Kekuatan hati, kekuatan langkah, kejituan azam dan semangat, semua ini hanya... saya ulang HANYA akan lahir dari Allah. Jika ada hak Allah yang berbaki, jika ada hak Allah yang masih belum kita lunaskan, jika ada hak Allah yang kita buat cincai. Ketika itulah kita terus kan diuji dengan ujian meruntun jiwa dan perasaan.
Jika kita mahu Allah selesaikan hak kita, tunaikan hak kita kepadaNya. Jika kita masih lagi diuji dengan ujian meruntun perasaan, itu tandanya ada lagi hutang Allah yang belum kita langsaikan. Selagi nyawa di kandung badan, selagi kita masih hidup di dunia ini, langsaikan cepat-cepat, kerana khuatir kita tidak sempat melangsainya dan kita akan dibangkitkan dengan golongan mereka yang lalai.
Di ketika hak Allah kita selesaikan, InsyaAllah Allah akan beri kita hak kita. Allah akan beri hati yang tidak takut dan tidak sedih... sebab kita adalah wali Alah. (Yunus:62) Jangan bazirkan masa, usia, dan perasaan kita dengan cuba menyelesaikan persoalan yang kita tidak bisa selesaikan. TUNAIKAN HAK ALLAH SEKARANG.
Terbaca juga dalam artikel lainnya..
Istighfar adalah kunci...Terhitung sendirian..amat sedikit sekali daku memohon kemaafan dari Sang Pencipta... Kenapa? Sudah keras sangatkah hati?? Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..
”Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar dari kesempitannya dan memberinya rezeki tanpa diduga-duga.” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)
Dalam salah satu ayat-Nya, Allah SWT berfirman, ''Maka aku (Nabi Nuh) katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, membanyakkan harta dan anak-anak, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai'.'' (QS 71: 10-12).
Nah... Al-Quran dah jelas, hadith juga ada... berimanlah dengan ayat ini. Setiap saat bulan itu dipenuhi dengan istighfar.
Tersentak juga apabila seorang sahabat baik ku berkata:
AN : benih tarbiyah yg baikTerhitung sendirian..sudahkah aku menjadi benih tarbiyah yang baik? Pulaukah daku ketika dicampak ke laut sendirian? Bintangkah daku ketika dicampak ke langit sendirian? Pokokkah daku ketika dicampak ke hutan sendirian??
AN : dicampak ke laut menjadi pulau
AN : dicampak ke langit menjadi bintang
AN : dicampak ke hutan jadi pokok
AN : dicampak ke field leh jadi ......
fairy: batu?
fairy: hahaha
AN : hahah
Ya Allah..masih banyak kelemahan dalam diri..
ketika dihurung masalah, terasa bahawa itulah seberat-berat beban.. terlupa yang orang lain diuji dengan pelbagai ujian yang lebih menggetar jiwa..namun dapat menghadapi dengan tenang..
membawa risalah dakwah, tapi hubungan diri dengan tuhan sering on off..amat mudah tewas dengan nafsu dan bisikan syaitan..amat mudah leka dan lalai dengan dunia yang fana..
waaa...
mahu berubah..mahu menjadi lebih baik..
mahu baiki akhlak agar ia menjadi seperti mana akhlak kekasih Allah
mahu menjadi hamba yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah
mahu menjadi orang yang diselamatkan dari api neraka dan azab kubur
mahu menjadi orang yang terpilih untuk menjadi penghuni firdausi..
waaa..mahu..mahu..
tapi syaitan jahat..
syaitan kejam..
syaitan tak habis-habis kacau orang..
tak nak kawan..tak nak kawan!!
Aku berlindung kepada Allah dari bisikan syaitan..
Aku memohon kepada Allah agar dikurniakan hidayah..
Aku mengharap pada Allah agar tidak memesongkan hati setelah diberikan petunjuk..
kerinduan pada Ramadhan..
.............
.......
..
Langgan:
Catatan (Atom)