Di copy from someone punyeer blog.. moga dapat menjadi peringatan buat semua..
marilah kita menjadikan al-quran sebagai teman setia kita..
Bissmillahirahmaanirrahiim...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu
Zaman ini, hati manusia byk terselubungi dgn kotoran maksiat membawa kepada dosa & setiap dosa akan menambah setumpuk titik hitam di dalam hati nurani & menjadikannya gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran.
Apabila tumpukan hitam sudah memenuhi sebagian besar hati, maka yg benar(haq) dilihat sebagai salah (bathil) & yg salah (bathil) dipandang sebagai yg benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa kemana saja yg dimauinya.
(NA'UDZUBILLAH...)
Hati kita juga tidak terlepas daripada kotoran ini & memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berhadapan dgn malaikat Munkar-Nakir & ketika berhadapan dgn ALLAH BABBUL-JALIL di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyucikan hati ialah dgn membaca Al-Qur'an.
Islam dari dulu menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Qur'an, menganalisa / meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yg dibaca. Generasi awal sungguh gemar & giat membaca, malah ada yg mengkhatamkan 30 juz Al-Qur'an setiap hari, seminggu sekali / sebulan 2 - 3 kali. Walaupun begitu mereka tetap giat dgn kerja2 dunia serta maju di dalam berbagai bidang kehidupan.
Musuh Islam mengetahui potensi yg ada di dalam Al-Qur'an & coba menghalangi umat islam dari membacanya. Direka berbagai cara melalui media masa (audio & vidio) untuk melalaikan. Koran, majalah hiburan, radio, televisi, vidio, film, komputer & internet direka & dieksploisit untuk merusak budaya Islami yg diajarkan oleh Al-Qur'an.
Strategi ini cukup mengena. Umat Islam lengah dgn TV, radio, komputer, tayangan gambar, majalah hiburan & sebagainya. Umat Islam makin renggang dgn Al-Qur'an.
Banyak yg mampu membaca koran dari halaman ke halaman lain dua hingga tiga kali sehari tapi tidak mampu mengupayakan membaca walaupun sehelai / satu ayat daripada Al-Qur'an. Mampu duduk berjam-jam di depan layar TV tapi tak mampu menghadap guru yg mengajar Al-Qur'an.
"Sesunguhnya orang yg tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al-Qur'an laksana sebuah rumah yg runtuh." (HR. Tirmidzi)
Kapan kembali kepada Al-Qur'an & menjadikannya sebagai amalan hidup. Kalau tidak mampu membaca huruf arab, dgn mempelajarinya akan mampu. Amat malang jika bukan saja buta Al-Qur'an tetapi buta huruf arab yg menjadi bahasa Al-Qur'an. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf arab, lantas Al-Qur'an dijauhi.
Beberapa perkara yg diperhatikan semasa membaca Al-Qur'an. Diantaranya: suci dar hadas(besar / kecil), duduk menghadap kiblat, dibaca dgn tertib tartil & bertajwid, memelihara hak2 ayat, disunatkan menangis semasa membaca terutama apabila sampai ayat ancaman & peringatan, dinyaringkan supaya sekurang-kurangnya kedengaran oleh dirinya sendiri, dll.
Antara amalan2 batin yg perlu diperhatikan: merasakan keagungan Al-Qur'an, & memikirkan maknanya satu persatu, menghhadirkan kebesaran ALLAH didalam hati , khusuk semasa membaca, fahamkan makna yg dibaca, & berfikiran tenang.
Disamping itu, jika dapat jadikan wirid harian / mingguan membaca surah2 utama seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqi'ah, Ad-Dukhan & sebagainya.
Apa yg istimewa dalam tilawah ialah sungguh pun berulang-ulang kali dibaca ayat2nya, seseorang tidak berasa jemu malahan semakin terasa akan kehebatan & kelezatannya seolah-olah sedang berkomunikasi dgn ALLAH.
Amat benarlah firman ALLAH "Sesungguhnya orang yg beriman ialah mereka yg apabila disebut nama ALLAH hatinya menjadi takut gemetar & apabila dibacakan kepadanya ayat2 ALLAH, bertambahlah keimanannya & mereka bertawakal kepada ALLAH."
Pada peringkat permulaan mungkin agaknya sukar untuk membaca & mengkhatamkan Al-Qur'an. Sungguh pun begitu jgn pula tinggalkan sesuai dgn kata orang tua2 'kalau tak mampu buat semua, jgn pula tinggalkan semua'.
Memulai sedikit demi sedikit. Insya'Allah apabila kelezatan membaca sudah menebal, kemampuan untuk membacanya akan bertambah. Hati akan berjinak-jinak dgn kalimah ALLAH & berusaha mendengarnya sebanyak mungkin.
Marilah sama2 qt suka mendengar & membaca Al-Qur'an. Semoga hendaknya ALLAH matikan qt didalam iman & menghembuskan nafas terakhir dgn bibir yg masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat2 suci Al-Qur'an. Amiin.
Rasulullah Saw bersabda, "Bacalah Al-Qur'an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya." (HR. Muslim)
Salam ukhwah Fillah
jazakallahu khairan katsir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan