Halaman

Selasa, 1 April 2008

perutusan di ulang tahun kelahiran

sudah genap 20 tahun umurku, yang bakal dihisab oleh Allah di akhirat kelak.
Ke manakah penghujungnya?

seandainya ini malam terakhirku di dunia ini..
sudah cukupkah amalku sepanjang 20 tahun di muka bumi ini untuk bekalanku di sana nanti?
aku tak tahu..kau juga tidak tahu.. hanya Dia yang tahu..
tapi yang pastinya, kita semua mahukan yang terbaik..

mungkin pada sesetengah orang, hari lahir adalah hari yang amat dinanti-nantikan..
aku juga seperti mereka..dahulunya..
kini..mungkin juga aku masih mengharap untuk meraikannya,
tapi bukanlah keseronokan sahaja yang terbayang di mata.
aku kini semakin sedar, dakwah dan tarbiyyah lah yang mematangkan ku
umur yang semakin besar angkanya, bukanlah sesuatu yang membanggakan..

malam ni umur 19, berdetik je jam 12, dah umur 20..
kalau hanya angka yang berubah, tapi kita masih seperti dulu..
di tahap kematangan yang sama..
memikirkan perkara yang sama..
ketawa dengan jenaka yang sama..
maka apakah bezanya?
aku tak nampak sebarang perbezaan..

tapi, bagi mereka yang berfikir..
dan hanya bagi mereka yang berfikir..
peningkatan umur hanya memberitahu bahawa tempoh yang tinggal untuk kita di dunia ini semakin berkurangan.
peningkatan umut memberitahu kita bahawa tanggungjawab yang kita pikul semakin berat
peningkatan umur memberitahu kita bahawa makin banyak amalan kita yang akan dihisab

seandainya benar timbangan kebaikanku dalam tempoh 20 tahun ini lebih banyak dari timbangan kejahatan..
seandainya itulah hakikatnya..

dan seandainya memang itulah hakikatnya sekalipun, belum tentu kita akan masuk syurga..
kerna sesungguhnya amal kita yang sebanyak mana pun, dibandingkan dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita, belum tentu dapat bayar balik harga walau sebiji mata kita
tapi masuknya kita ke syurgaNya adalah dengan rahmatNya..

jadi persoalan telah berubah..
sudahkah aku mengecapi redhaNya dan rahmatNya dalam usia 20 tahun ini?
Apa yang telah aku lakukan bagi melayakkan diri diredhai dan dirahmatiNYa?
sudah cukup bersyukurkah?.
sudah banyak bertaubatkah?
sudah ikhlaskan hatikah?

dan sekalipun jawapan nya adalah ya! aku telah mendapat redhaNya dan rahmatNya pada usia 20 tahun ini,
juga belum tentu aku layak untuk ke syurgNya..
kerna apa?
Kerna aku telah hidup selama 20 tahun, namun hidupku masih belum berakhir..
andainya telah ditentukan aku akan hidup sampai umur 80 tahun.. dalam jangkamasa 60 tahun seterusnya itu,
adakah aku terjamin untuk terus berada di atas jalan ini?
adakah aku terjamin untuk terus berada dalam nikmat iman dan islam?
adakah aku terjamin bahwa aku akan dapat terus beramal kernaNYa?
adakah aku terjamin bahwa aku akan terus mengecapi redha dan rahmatNya?

bahkan tidak.
tiada siapa dapat memberi jaminan itu..
tiada siapa yang tahu..baik aku, mahupun engkau..
hanya Dia yang tahu..

maka apakah yang tinggal untuk diraikan??

aku mahu, untuk berubah
menjadi abidullah yang penuh taat dan patuh
menjadi khalifatullah yang berjihad hingga titisan darah terakhir
agar ada sebab untuk Allah meninggikan darjatku dari kalangan para hambaNya..

alangkah indahnya..
andai setiap kali umurku meningkat, darjatku di sisiNya juga semakin tinggi..
oh alangkah...

untuk bertangguh..aku sudah tidak mampu..
kerna aku sudah tiada masa..
masaku seamkin singkat.. dan aku tidak sanggup menyiakannya..

cukuplah 20 tahun aku bergelumang dalam maksiat
cukuplah 20 tahun aku bergelumang dalam jahiliah
cukuplah 20 tahun aku bergelumang dalam dosa...

cukuplah!!

dan kini, sungguh, aku mahu berubah.

alhamdulillah Ya Allah, di atas nikmat umur yang telah kau kurniakan
dan alhamdulillah Ya Allah,
kerna sehingga ke hari ni
aku masih di jalanMu ini..
aku masih dalam agamaMu ini..
aku masih Kau jaga
aku masih Kau sayang
aku masih diberikan peluang untuk beramal
aku masih diberikan peluang untuk bertaubat
aku masih diberikan peluang untuk mencari redhaMu..
dan kerna itu, aku bersyukur atas usia ku ini.

Sungguh,
andai bukan kernaMu..aku tak tahu untuk apa lagi aku berada di sini.

berkatilah umurku Ya Allah
berkatilah umurku Ya Rahman
berkatilah umurku Ya Rahim..
Ameen..

5 ulasan:

HbO berkata...

wishes:

from ibu:
Happy Birthday Kak Ngah
Semoga Allah Panjang kan Usia Kak Ngah dengan Kerja kerja dakwah Yang di Redhainya
nak gi tidur dah ngantuk
sorry tak de hadiah
hanya doa ibu sentiasa untuk mu anakku
Love you and Miss you
doa
Bye

from ayah:
asm....HAPPY BIRTHDAY! Semoga diberkati ALLAH sentiasa
ok.. time for me to have a nap.. keje banyak tak siap. Take care birthday girl.. love you always.

from kak baie:
sannah hilwah ya jamilah ;)
semoga langkah lebih yakin, pengorbanan lebih tinggi, amal lebih ikhlas..
di jauh, akak gembira tengok hanan skrg..
teruskan mujahadah =)

from kak jaa:
Salam hanan.
Selamat hari lahir. Moga Allah berkati umur, murahkn rezki, tmbhkn tsaqofah dan amal.

From solacesouls:
Ukhti Hanan ya uhibbukifillah,
'have you not see how your Lord spread the shadow. if He willed, He could have made it still-but we have made the sun its guide'
22:45

From muna:
Buat sahabatku sayang, Hanan=)
Selamat hari lahir!
Semoga terus diberi kekuatan oleh Al-Qawiy untuk terus thabat di atas jalan ini..
Semoga mendapat inspirasi dari kisah perjuangan para rasul/nabi juga sahabat di sekeliling Rasulullah..
Semoga kita bertemu di Jannah

dan banyak lagi..

jazakumullah semua di atas ucapan2 itu

Terima kasih Ya Allah kerna mempertemukan kami..

biskut marie berkata...

alhamdulillah...hanan..terima kasih atas nukilan peribadimu ini...
sayang hanan~ =)

HbO berkata...

sayang cik in juga..=)
thanks so much for the suprise visit just to celebrate my birthday..terharu sangat2..
if you could see my heart, you would have seen it crying..aliran air mata kegembiraan..
Moga Allah merahmati kalian, kerna telah menggembirakan hati sahabat mu ini..
=)

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin berkata...

Salam dari kejauhan buat adik yang diingati selalu (kalaupun kurang masa bersama)...tak pasti hanan ada dpt msg ringkas akak thru ym on ur birthday..tp tak mengapa..yg lbh utama adalah ingatan dlm doa :)

Just for short:

"Pesan pada diri tabahkan hati kuatkan semangat,
Pesan pada hati kukuhkan iman banyakkan zikrullah,
Pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa.

Tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah...Barakallahu fiik (",)

HbO berkata...

thanks kak yus..miss you..=(