Bagaimana agaknya cara, untuk ku beritahu pada kalian tentang ummat kita yang kian menderita??
Bagaimana agaknya cara, untuk ku beritahu pada kalian bahawa kita perlu bangkit untuk kembalikan kegemilangan islam??
Jiwa memberontak ingin meluahkan...
Andai bukan kerna perlu berhikmah, sudah pasti aku memaksa..
Apalah sangat dengan dunia? Apalah sangat dengan kerja dan assignments?
Memang ia penting, tapi sepenting akhiratkah?
Kenapa kalian ingin menafikan sesuatu yang hak?
Gembirakah kalian dengan nikmat dunia yang sementara?
Kenapa kalian ingin bertangguh?
Terjaminkah akan hidup lama?
Kenapa kalian tak sedar-sedar..
bahawa kalian sedang diinjak-injak oleh dunia??
Bagaikan lalang, yang melentok megikut arah tiupan angin..
tanpa punyai pendirian yang teguh..
Aku amat ingin mengingatkan kita semua, seandainya ada yang terlupa..
bahawa..kita punyai akal!!
yang dicipta agar kita dapat membezakan antara baik dan buruk
juga bagi membezakan antara kita dan haiwan
maka, GUNAKANLAH IA!!
jangan sampai suatu hari Allah tarik nikmat ini..
terencat akal lah kita!
nauzubillah
Lihatlah dengan mata dan kepala sendiri..
lihatlah dan renungkanlah masyarakat sekeliling anda..
dan fikirkanlah..fikirkan sendiri..nilailah..
dan buatlah keputusan!!
kerna kalian adalah orang-orang yang bijak pandai
orang-orang yang istimewa, yang kuat, yang berjiwa muda..
dan yang mempunyai nilai-nilai yang pastinya mantap andai digilap..
Digilap dengan iman dan taqwa
Untuk apa lagi kalian menunggu? Menunggu apakah kalian??
Ketahuilah, aku tiada masa yang panjang untuk menunggu bersama kalian..
Bila-bila masa, maut pasti menjemput..aku dan kamu..
Persoalan yang tinggal hanyalah siapa dahulu..
Marilah bersamaku..marilah bersama kami..
untuk memantapkan keimanan diri..
agar kita dapat menyelamatkatkan ummah
dan bawa kesejahteraan kepada dunia..
Bukan untuk kepentingan aku, tapi untuk diri kamu sendiri..
Aku dah bosan mendengar alasan,
namun sering dinasihatkan agar cuba memahami..
Tapi aku nak agar kalian yang memahami..
Memahami sejarah kita, memahami peranan kita, memahami matlamat hidup kita
Dengarkah kalian?
Dengarkah kalian pemberontakan hati ku ini??
5 ulasan:
salam hanan...sy nk copy and paste kat solacesouls ea??
bulih eaa???
hehe..boleh2
sila2..
=)
Salam,
Puas dok cr sape tuan blog ini. Tapi ikutkan firasat, saya kenal tuan blog ni. Ni hanan yang kite kenal mase jadi faci kat klang tu kan? Jika benar, Skrg kat mane pulak? Do visit to my blog.
Salam, a very invaluable insight. Have a great day my friend, insyaAllah, :D
Catat Ulasan