Khamis, 27 Disember 2007
ORPHAN CHILD
wahai diri, bila dah kaya, jangan lupa diri!!
No!! You can't take it with you when you go. So, belanjakanlah harta mu ke jalan Allah..
Jangan sekali-kali terpedaya dengan nikmat dunia..
Tunaikan hak kepada mereka yang berhak..
Ya Allah, leraikan dunia di hatiku..
Isnin, 24 Disember 2007
a chat..
izz: salaam...ape khabar?
fairytale: salam
fairytale: baik alhamdulillah
fairytale: akak?
izz: alhmdlh...
izz: ape citer ? lme x dgr..
izz: hehehe
fairytale: sy hari tu balik kpg, dari hari rabu till ahad. so, tak online. sy pi yg ptg tadi..ustaz bentang risalah kedua imam hasan albanna..tajuk kemana kita nak bawa dakwah kita
izz: menariknye...pe yg ust citer?
fairytale: last week ustaz f**** dah cerita risalah pertama..dakwah kita. that one basically, pasal apa kefehaman and perasaan yang kita kena ada bila nak bawa dakwah ni. certain org berdakwah nak kan nama, pangkat, glamor etc. tapi, kalau kita nak berdakwah, kita kena bersedia utk berkorban. kita kena sedia utk hadapi tentangan etc. kita kena ada keyakinan yang dunia ni kena di ubah. kena sgt2 nak islam memerintah dunia and kena yakin bahawa kita wajib berdakwah kalau nak masuk syurga..kalau tak berdakwah, tak dapat syurga. and ustaz sentuh pasal 4 jenis manusia
1) yang mukmin or yg bawa dakwah
2) yang ragu2 dgn dakwah kita
3) yang just nak amik manfaat, time down dia lari
4) yang memeang menentang
so ustazz cerita ciri2 org2 ni n cara nak handle
fairytale: masuk risalah kedua by ustaz a****. basically, ramai og dah dgr pasal dakwah kita, tapi ramai jugak yg tak faham. and punca kenapa org tak faham ada 2:
1) neraca fikir dier berbeza..kita cakap satu istilah, ktia faham lain, dia faham lain
cth: kalau ckp 'foundation', budak matrix faham lain, arkitek faham lain
2) samaada daie tu sendiri samar2 akan satu hal n sampiakan kat org maka org lain pun samar2 pasal benda tu or daie tu rasa dier dah terangkan dgn jelas, walhal dier terang samar2..org tak faham apa dier cakap.
and mostly tadi ustaz cerita pasal dua benda ni la. pasal apa yang org yahudi n kafir dah buat time zaman2 penjajahan hinggakan org semua dah tak faham pasal islam. pastu ckp pasal nak berdakwah kena ada matlamat, kena ada uslub, wasilah, . kirenyer, ada silibus dier, ada step2 dier etc. and objectif, tujuan , uslub dan wasilah kita-semua ada dlm quran. masalah skrg, msyrkt dah tak baca quran..yg baca lak tak fahamkan dgn cara yang betul n tak amalkan. so, nak capai matlamat adalah based on quran.
izz: alhamdulillah..
izz: diri sendiri rse mcmne?
fairytale: camana?..hehe..camtulah..
fairytale: hehe..(sungguh tak menjawab soklan)
fairytale : biler dgr-seronok..berkobar2 rasanya nak keluar berdakwah..
fairytale : tp, terkadang terfikir..dakwah apa aku buat skrg ni..duk terperap kat rumah jer..
fairytale : pastu fikir, laa..dakwah la adik2..and gunalah masa yang ada utk perbaiki diri
fairytale: so, dlm ruang yg saya ada ni (before kena start berdepan ngan org lain lagi nex year).. kena muhasabah diri btul2.check balik amalan diri sendiri, check balik hubungan kita ngan Allah camana. bina kekuatan tu sekarang. ntah2..mmg tulah sebab Allah bagi kita masa free skrg .utk cari n bina kekuatan tu. before btul2 'turun padang' nanti. so, despite berkobar2 nak keluar berdakwah, nak cerita kat orang itu ini..tapi rasa geram tak dapat sbb duk kat rumah jer, baiklah, sy alihkan tumpuan sy (for the moment) utk mantapkan diri sendiri
izz: pd pandanganmu...dakwah & tarbiyya mane dulu?
fairytale: dier seiringan
fairytale: tapi, basically in the first place before org berdakwah, dier dpt tarbiyah dulu la, baru dier ada kefahaman agama and baru la ada benda yg dier nak sampaikan pada org. even with the slightest knowledge pun dah blh bwk kat org lain.
izz: cube bygkn..ape yg abu dzar dpt mase die balik kg dakwah kat kaum die? brp lame die duduk ngan rasulullah utk di'tarbiyyah?
fairytale: jap
fairytale: baru baca nama abu dzar ni hari tu
fairytale: jap ek
fairytale: alamak
izz: betul..kite nk berdakwah kne dgn ilmu..kne tau ape yg kite nk bwk
izz: hehehe
izz: citer abu dzar..
izz: yg ganas2 tu
fairytale: lambat la pulak nak cari dlm buku raheeq makhtum
fairytale: akak citekan la
izz: part yg die masuk islam..pastu announce kat dpn ka'bah
izz: rasulullah dh kate jgn..tp die buat jgk
fairytale: pastu kena bantai
fairytale: esok buat lagi
izz: ha'ah..yg tu
izz: kan pastu R soh die balik kg.. pastu bile R hijrah ke madinah..die dtg ke madinah. tp bukan sorg2..die bwk skali 2 kaum yg die dah islamkn..
fairytale: subhanallah
izz: kirenye..die smpt kne tarbiyyah ngan R kejap je. pastu die blk kat kaum die..usaha sungguh2. tu lah maknenye..dakwah n tarbiyyah seiring. utk abu dzar, die kne blk kg n dakwah itu adalah tarbiyyah. byk lagi shbt lain..mus'ab mse kne hantar ke madinah. abu bakar mase mule2 peluk islam
fairytale: so, dakwah tu sendiri adalah tarbiyah juga
izz: ye betul..dakwah tu sendiri ialah tarbiyyah utk kita
fairytale: tapi, at the moment, its with adik2 .cubala mana yang boleh. make sure diorang baca quran hari2..cuba solat jemaah
izz: hm..tu la, dorg la mad'u paling dekat & paling berhak utk kite dakwah
fairytale: tak bagi tgk cite ntah pape macam ;sehati berdansa'
izz: tom tom bak ke?
izz: hehe
izz: aish..
izz: taktau la
izz: tv itu, mcm doa2 je kne sambar petir
fairytale: huhu
izz : heh..cabaran utk kita iA. hm..kne sgt hati2..sgt sng nak slip back.huhu
fairytale: tulah
izz : kuat utk kate kan tak nak!
izz : heheh
fairytale: betul kata akak
fairytale: kena kuat utk katakan tak nak!!
izz : ye, kekuatan itu yg kite nk bina
izz : terigt satu mende. maksud kalimah la hawla wa la quwwata illa billah.. maknenye takde kuasa takde kekuatan selain Allah. i.e takde kekuatan utk buat kebaikan dan jauhi kemaksiatan selain dgn kekuatan dr Allah. slalu lupe 2nd part. kire nye utk kite tak buat maksiat, Allah je yg blh bg kekuatan tu
fairytale: a'ah..btul kata akak.tak pernah terfikir lak. slalu fikir , yg tu bergantung kat diri kita..terlupa yg tu pun Allah yang jaga
izz : sgt2..sgt2 kne hadam; la hawla wa la quwwata illa billah!
fairytale: ok, insya-Allah..la hawla wa la quwwata illa billah
fairytale: jazakillah..
izz : wyki, (tp still nk ckp, jzklh khayr sbb share pe yg hanan dpt fr ust2 @ bangi )
fairytale: hehe..waiyyaki
fairytale: saling berkongsi
izz: smg allah terima..
fairytale: amin..
izz: okies..iA kite jmpe wiken nnt
izz: lame dah tak jumpe
izz: m*** dtg jgk iA
fairytale: yeay..hehe
izz: i** pun.. iA
fairytale: huhu.. =) lagi?
izz: m** & d***..tak tau banjir mcmne..
izz: dan state2 lain jugk iA..
fairytale: m** and d*** mangsa banjir ke?
izz: maybe tak mangsa..tp tak dpt kuar..jln nk ke kl rsenye yg banjir
izz: tp rse nye skrg dh ok sket..
fairytale: owh...
fairytale: kalau kita ada helikopter senang kan?
fairytale: hehe..
izz: tu la..investment yg mnarik, & perlu di pertimbangkn dgn lebih mendalam
izz: hehe
fairytale: we need to 'save their souls'
izz: heheh..iA, jarak tak memisahkn hati2 kita..
izz: doakn semua tetap tsabat n istiqmh.. yg kat kl, jb, ktan , tgan, melben,alexandra, mesir, palestin, iraq..satu dunia
izz: ok...akk nk sign out dah. mari jg diri & iman ..iA
izz: ilal liqa
izz: salaam wbt..
fairytale: ok
fairytale: salam
this isnt the original script..has been edited to give some privacy, to save your time from reading unnecessary stuffs, to save people's paradigm from things that could get them confused, and to make it looks much nicer then the original one..gained anything? hope so..=)
Ahad, 16 Disember 2007
Al-Fawaid
Muqaddimah.
Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan keneraka.
Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.
Kebijaksanaan
“ Di manakah kamu sedangkan jalan ini terlalu jauh, Adam telah mengharungi pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah dicampak ke dalam api, Ismail di tidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga murah dan merengkok di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dibelah kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayyub menghadapi penyakit yang memeritkan, Isa terpaksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad s.a.w. mengharungi pelbagai bentuk penentangan…
….sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main.
Itulah erti kehidupan, erti perhambaan dan erti tanggungjawab yang difahami oleh mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa.
Tabir
“ Pada diri seorang hamba terdapat tabir yang menutupi dosanya, antaranya dan Allah dan dosanya dengan manusia. Sesiapa yang membuka tabir dosanya antaranya dan Allah. Allah akan membukakan tabir dosanya antaranya dan manusia”
Membuka tabir dosa antaranya dan Allah ialah melakukan dosa dengan melupai Allah, tidak merasai bersalah dan tidak takutkan azabnya. Apabila tabir dosanya dibuka antaranya dan manusia semua keburukannya akan terhebah.
Persediaan
“ Setiap hamba mempunyai Pemilik yang akan ditemuinya dan rumah yang akan dihuninya. Maka hendaklah dia mencari keredaan Pemiliknya sebelum bertemu Tuhannya dan menghiasi rumahnya sebelum dia berpindah kepadanya,”
Tidak ada perhiasan yang paling indah daripada bertemu Allah dengan hati yang bersih dan sejahtera.
Untung
Keuntungan yang besar di dunia ialah, kamu menyibukkan diri kamu setiap masa dengan perkara yang lebih utama dan lebih bermanfaat untuk kehidupan akhiratnya.
Tidak ada perkerjaan yang lebih sibuk daripada beramal dan berdakwah mengajak manusia kembali kepada Allah
Bodoh
Berakalkah orang yang menjual syurga dan segala kenikmatannya hanya dengan kenikmatan syahwat yang hanya sedetik.
Allah Digeruni Dihampiri
Makhluk ialah jika engkau takutkannya engkau akan melarikan diri daripadanya sedangkan Allah jika kamu takutkannya kamu akan bermesra dengannya dan menghampirkan diri kepadanya.
Ilmu tanpa amal dicela
Jika ilmu itu bermanfaat tanpa beramal tidaklah akan Allah mencela padri-padri ahli kitab.
Amal tanpa ikhlas binasa
Jika bermanfaat amal tanpa ikhlas tidaklah Allah akan mencela golongan munafik.
Setiap orang ditentukan kesudahannya
Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah pemberiannya dari perkara yang dibencinya. Sesiapa yang diciptakan Allah untuk menjadi ahli neraka sentiasalah pemberiannya melalui kenikmatan syahwat.
Luka yang membunuh
Dosa adalah luka. Boleh jadi satu luka sudah cukup untuk membunuh.
Harga syurga
Juallah diri kamu, pasarnya sudah ada dan harganya sudah ditetapkan.
Fitrah
Bumi fitrah subur dan sentiasa menerima apa sahaja yang disemai. Jika kamu menanam benih iman dan takwa kamu akan mewarisi kemanisan selama-lamanya . Jika kamu menanam benih kejahilan dan nafsu buahnya sentiasa pahit.
Nilai ilmu
Iblis gembira apabila Adam digugurkan dari dunia tetapi dia tidak tahu setiap penyelam yang jatuh kedalam air akan tetap akan dapat keluar daripadanya.
Kelalaian
Tidak dapat dinafikan akan ada perasaan ingin tidur dan lupa tetapi tidurlah dengan nipis supaya kamu mendengar penjaga negeri menjerit: Subuh sudah hampir.
Pendinding rezki
Dosa adalah pendinding pintu usaha. Seseorang hamba diharamkan rezki kerana dosa yang dilakukannya.
Perhambaan sejati
Apabila Adam a.s. sejahtera perhambaannya, dosanya tidak membawanya ke neraka.
Bahaya syirik
‘Wahai anak Adam jika kamu bertemu denganKu dengan dosa sebesar bumi tetapi kamu tidak menyekutui aku dengan sesuatu Aku akan menemuimu dengan sebesarnya juga keampunan.”
Tersalah.
Jika seorang hamba melakukan dosa bukan sengaja untuk mengingkari perintahNya, bukan kerana mencemarkan hukumNya akan diajarkan kepadanya cara untuk memohon keampunan.
Ibadah yang ditunjukkan
Dosa yang dikeji lebih disukai-Nya daripada amal yang ditunjukkan.
Awasilah panahan iblis
Membiarkan mata bebas menjadikan hati tertulis akan segala yang dilihat, sedangkan hati adalah ka’bah manakala Allah tidak suka ia dipenuhi oleh berhala.
Kehidupan Roh
“ Wahai orang-orang yang beriman sahutlah seruan Allah dan al-Rasul apabila kedua-duanya menyeru kamu kepada perkara yang menghidupkan kamu…” al-Anfal, 24.
Seruan itu ialah : Jihad dan al-Quran
Nilai diri
“..Jika kamu mengetahui nilai dirimu di sisi Allah, nescaya kamu tidak akan memalukan-Nya dengan dosa. Allah menghalau Iblis kerana enggan sujud kepada kamu ketika kamu berada di dalam sulbi Ayahmu..Alangkah hairannya… bagaimana boleh kamu berdamai dengannya dan meninggalkan Allah..”
Khamis, 13 Disember 2007
A house on fire??
There is this one anology that i find very interesting.
Put in my own words, doing da'wa is like waking up and warning people who are asleep in a burning house.
We (those who are awake and sees the fire) holds the responsibility to wake up those who are sound asleep in the house and warn them of the fire. Warning them of the fire is a complete waste of time if we do not wake them up in the first place. So we must wake them up first before warning them of the fire. In most cases, people would refuse to wake up since they are in the middle of an exciting dream and do not want to be disturbed from their beauty sleep. These people aren't really awake yet because if they are, they would see the fire and they themselves will run out of the burning house. Hence, until these people take such actions, do not trust them if they say they are awake.
Subhanallah, what a very convincing anology. To those doing da'wa out there, never give up. Remember, it is our responsibility to wake up and warn these sleeping people from the blazing fire.. Whatever challenges you face during the whole process that makes you demotivated, remember, these people are still unconcious, they are not fully awake yet.. don't blame them if they don't see the fire...just continue doing your part of the job, that is to wake these people up from their beauty sleep. If these people are awake, then they themselves will take actions.
Ingatlah, pertolongan Allah itu dekat. All the best.
Rabu, 12 Disember 2007
Intention
the whole book is superb with 24 pieces of valueble advices
for this post, i'm quoting only one of the 24 advices, it is the sixth counsel:intention
Sabtu, 8 Disember 2007
PILDACIL = Pemilihan Daie Kecil
Ini adalah salah satu rancangan tv yang ditayangkan di Indonesia.. Pemilihan dai'e kecil..subhnallah..
Nak ketahui lagi? Sila baca di sini
Khamis, 6 Disember 2007
Price of Imaan
Several years ago an Imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change.