Halaman

Khamis, 29 Mac 2007

Allah knows best..

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu...
Pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya

mukmin yang cerdas menjaga 7 sunnah nabi

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama, tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga solat dhuha,kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari.Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

p/s: moga kita dapat sama2 menjaga dan mengamalkan sunnah nabi ini..insya-Allah..

mengapa anda memilih islam??

Ada satu persoalan.

Adakah kita memilih sendiri utk menganut Islam ataupun kita telah dilahirkan di dalam Islam tanpa kerelaan kita sendiri.

Pada pengamatan, org Islam yg tidak bersolat, tidak mengaji, tidak meletakkan Allah ditempat yg teratas, adalah contoh org yg tidak rela dilahirkan di dalam Islam. Salah?

Situasinya begini, andai anda semua diberi pilihan utk memilih mana-mana agama di dalam dunia ini, agama yg manakah anda akan pilih sebagai pegangan hidup anda?
Ataupun anda memilih utk tidak percaya kepada Tuhan sekaligus menjadi seorang yg tidak beragama?
Adakah kita Islam hanya kerana ibubapa kita Islam?
Adakah kita bersolat hanya kerana kita melihat ibubapa dan org Islam yg lain bersolat?
Adakah kita Islam kerana sedar-sedar je bila dah dewasa kita adalah Islam, lalu kita terpaksa ikut jer terus beragama Islam kerana takut murtad?


Kita Islam bukan kerana ibubapa kita.
Tapi kita Islam kerana sebelum kita dilahirkan, ruh kita telah berjanji kepada Allah untuk menjadi hamba Allah sebelum kita dilahirkan lagi. Itulah kebenaran yg terkandung di dalam surah al-a’raaf:172.


Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 adam dari sulbi mereka dan Allah telah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul, kami menjadi saksi”.
al-A’raaf:172


Islam satu-satunya agama yg mengambarkan Tuhan sebagai Pencipta yg Maha Hebat. Yg tidak lemah sehingga tidak memerlukan anak dan isteri. Tidak lemah sehingga tidak memerlukan bapa. Yg tidak lemah sehingga tidak memerlukan tuhan-tuhan lain utk menjaga bahagian masing-masing seperti ada tuhan perang, ada tuhan kekayaan dan sebagainya.

Adakah jika ibubapa kita bukan Islam, kita akan teruskan dgn agama selain Islam?

Insaflah, Islam bukan sekadar nama. Islam bukan sekadar pakaian. Islam bukan sekadar kata-kata. Tapi Islam itu datang dari hati yg mengaku kalah dgn kekuasaan Tuhan yg sebenar-benarnya Maha Esa. Kita Islam kerana kita mencari siapakah Tuhan yg menjadikan alam ini, dan siapakah Tuhan yg menguasai diri kita ini.

kehidupan ini indah

Ada sebuah cerita tentang seorang ibu yang sedang membuat corak sulaman di atas selembar kain.
Anak perempuannya yang masih kecil ikut menemaninya dan memperhatikan pekerjaan yang sedang dilakukan oleh ibunya.
Anak itu duduk di lantai memperhatikan dengan tekun, sedangkan ibunya duduk di atas kerusi.

Ibu tersebut memulakan pekerjaannya, mulai dari sulaman pertama, kedua dan seterusnya sampai membentuk sebuah gambar.

Anak itu mula bertanya pada ibunya,
"Ibu, apa yang sedang ibu lakukan?"

Sang ibu menjawab dengan lembut,
"Ibu sedang menyulam sayang.."

Anak itu bertanya lagi,
"Ibu membuat gambar apa, mengapa gambarnya buruk dan berserabut sekali Bu?"

Sang Ibu menjawab dengan tersenyum dan membelai anaknya,
"Ibu sedang membuat gambar yang sangat indah sayang, duduk yang tenang ya... dan biarkan Ibu menyelesaikan sulaman ini.
Percayalah, ketika ibu selesai nanti kau akan mendapati gambar yang sangat indah diatas kain ini."

Anak itu tetap tidak berpuas hati dan bertanya lagi,
"Tapi mengapa yang aku lihat adalah benang yang berserabut dan tidak berbentuk gambar yang indah Bu?"

Ibu itu menjawab dengan kasih sayang,
"Kerana engkau melihat pekerjaan ibu dari bawah, maka yang engkau lihat adalah benang berserabut yang sangat buruk.
Sedangkan yang Ibu kerjakan di atas kain ini adalah membuat gambar yang sangat indah. Biarkan Ibu menyelesaikan sulaman ini dulu ya sayang. Nanti setelah selesai Ibu akan memperlihatkannya padamu.."

Dan Ibu itu pun menyelesaikan pekerjaannya dan berkata,
"Ibu telah selesai sayang, mari duduk diatas pangkuan Ibu dan lihatlah hasil sulaman ini dari atas."

Anak tersebut kemudian beranjak dari lantai dan kemudian duduk di pangkuan ibunya, sehingga ia melihat hasil sulaman yang dibuat ibunya dari atas. Ternyata gambar yang dibuat Ibunya adalah gambar pemandangan yang sangat indah.

"Wow, indah sekali Bu!!!"

"Ya, anakku apa yang engkau lihat dari bawah sangat buruk dan berserabut tadi ternyata setelah kau lihat dari atas sangat indah bukan?"

Begitulah hakikatnya manusia. Terkadang ia sering memandang bahawa kehidupan ini sangat sulit dan bermasalah seperti benang kusut saja.
Malah sampai berburuk sangka kepada ALLAH bahwa ALLAH sangat tidak adil kepadanya. Astaghfirullah al adzim...

Kenapa?
Karena kita melihat apa yang dikerjakan oleh ALLAH dari bawah sini, dari tempat kita berada, dari tempat yang sangat rendah jika dibandingkan dengan tempat yang dijanjikan ALLAH di atas sana.

Padahal ternyata ALLAH sedang membuat rencana yang sangat indah untuk hamba-hamba-Nya yang percaya dengan janji-Nya, hamba-hambanya yang bertakwa, dan tawakkal hanya pada-Nya. Boleh jadi apa yang kita lihat sebagai kekusutan hidup adalah keindahan yang sedang ALLAH kerjakan untuk kita.

Maka biarkanlah ALLAH menyelesaikan 'pekerjaan'-Nya dan jangan banyak mengeluh atas apa yang ALLAH berikan pada kita. Kerana sesungguhnya Ia sedang membuat sesuatu yang paling indah untuk kita. Subhanallah... Allahuma amiin...

"....Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah: 216]


"Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka menjawab: "Allah." Katakanlah: "Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?. Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku." Kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri." (Az-Zumar: 38)

Al-quran vs handphone

wonder what would happen if we treated our Qur'an like we treat our cell phones?

What if we carried it around in our purses or pockets?
What if we turned back to go get it if we forgot it?
What if we flipped through it several times a day?
What if we used it to receive messages from the text?
What if we treated it like we couldn't live without it?
What if we gave it to kids as gifts? What if we used it as we traveled?
What if we used it in case of an emergency?

This is something to make you go ...hmm...where is my Quran?
Oh, and one more thing. Unlike our cell phone, we don't ever have to worry about our Qur'an being disconnected !