"Aku dah jahat la sekarang"..
"..huh?" mereka hairan. lantas menggelakkan kenyataan aku itu.
"wei, asal ko kata ko dah jahat sekarang?"
"..ni. semua ni.."
mereka menggeleng-gelengkan kepala, tanda tidak bersetuju. dan menyambung kembali gelakan mereka itu. lalu mereka memperlekehkan serta mempermain-mainkan perkara-perkara kejahatan yang aku telah lakukan.
aku hanya mampu diam. aku terasa terasing. kerana perkara-perkara yang bagiku jahat itu, bagi mereka tidak. lansung tidak. dan mereka langsung tidak mengerti, mengapa aku berfikiran begitu.
kolot? bagi mereka, mungkin. tapi bagi ku, ia penyelesaian masalah ummah.
walau aku dah jahat sekarang, semoga aku terus sedar aku jahat, dan kembali menjadi baik. aku tidak rela paradigmaku berubah.
walau semua orang di sekeliling anda berjalan menggunakan tangan, itu tidak menjadikan perkara itu betul.
ghuraba'.
ya, aku mahu jadi ghuraba'.