Halaman

Khamis, 13 Ogos 2009

Peringatan buat kita yang masih hidup..

Dipetik dari Berita Harian:

Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


-----
Semoga ia menjadi peringatan buat kita yang masih hidup. Anytime, anywhere...if our time is up, it's up. Nothing can stop Malaikat Maut dari menarik nyawa kita. Maka, mari kita plan dari sekarang, what we want to be doing when that time arrives..

Isnin, 3 Ogos 2009

Meneruskan langkah yang hampir terhenti..

Baru mendengar lagu terbaru dari UNIC bertajuk Langkah Tercipta. Tetiba tertarik untuk tahu lirik dia, and it goes like this:

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku menyerah,
Namun jiwa ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpinlah diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
KepadaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

dan somehow terasa macam ada kaitan dengan apa yang baru je dilalui..

Well, i guess memang lumrah seorang manusia ada jatuh bangunnya.. akan ada masa kita akan terlalai dari matlamat hidup, ada masa kita berada pula di puncak ketaqwaan.

Baru-baru ni, bilamana terlalai dengan 'keasyikan duniawi'.. terasa amat tak tenang. Bagaikan hilang arah. Lagi teruk bilamana hati sering nak menampakkan dosa yang dilakukan tu sebenarnya bukanlah satu kesalahan. Syukur, Allah masih mengizinkan sedikit ruang dalam hati ni untuk masih hidup dengan cahaya keimanan. Maka, despite penafian oleh bahagian yang sudah ingkar pada Penciptanya, masih ada bahagian lain yang ingin terus menyalakan obor kebenaran.

Peperangan antara hak dan batil bukanlah sesuatu yang mudah dan ringan. Tambah lagi apabila konflik ni berlaku dalam diri, lagi la terasa beratnya. Sekejap nak, sekejap taknak, sekejap boleh, sekejap tak boleh.. oh, amat susah! Terkadang kita memang tahu secara theori nya apa jawapan skema, apa jalan keluar. Tapi andai hati itu hendak menafikan...aduh... Jangan diperkecilkan kemampuan syaitan yang sudah berpengalaman berjuta tahun menyesatkan manusia! (Tapi juga, jangan kita pandang rendah kepada Allah sebagai sumber kekuatan dan pemberi hidayah. )

Sampai satu tahap, sebenarnya, terasa macam..apa selama ni kita hipokrit kah berada atas jalan ni? Sampai terfikir, apakah ujian ini yang akan menggugurkan daku dari jalan ni?? Na'uzubillah.. Memang taknak taknak taknak taknak taknak gugur dari jalan ni.

Alhamdulillah, Allah telah buktikan (buat kesekian kalinya) bahawa Dia Maha Mendengar dan hanya Dia yang memperkenankan permintaan hambaNya. Satu persatu permintaanku dikabulkan. Perlahan-lahan, Dia mengizinkan ku merangkak kembali ke jalan yang lurus, setelah for quite some time ter-meluru ke lorong yang salah.

Mencari jalan keluar bukanlah sesuatu yang mudah dan indah. Ia perit. Siapa kata mujahadah itu mudah? Dan memang ada terasa amat tak mampu..tak mampu untuk teruskan perjalanan. Namun untuk kekal di situ atau berpatah balik, is not an option for me. dan memang, ku berbisik, inilah dugaan.

Selalu juga marah dengan diri sendiri, macammana boleh tersesat in the first place. Namun, di waktu ini, where i can say that iA I have 98% recovered from it, baru boleh nampak hikmahnya.
Perasaan sekarang, bilamana hati kita focus kembali kepada Yang Maha Satu, subhanallah...nikmatnya, bahagianya, tenangnya....masya-Allah.. suatu perasaan yang sudah agak lama tidak ku rasakan. And I guess, that maybe...just maybe.. that sometimes Allah uji seseorang itu dengan dosa agar hambaNya itu akan berpeluang untuk merasai nikmatnya kembali bertaubat. If it wasn't for this test, i may have just been left at a neutral state..but now, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Benarlah seperti dalam nasyid Rahmat Ujian:
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

amat benar sekali..
terasa diri masih disayangi tuhan, untuk dipilih untuk melalui ujian ini.
menulis lagi sebuah episod perjalanan hidupku..



p/s: if you happen to read this (you know who you are), thank you kerna sudi (dalam keadaan tak rela-i believe!) menjadi pengantara. Moga kita sama-sama kekal di atas jalan ini dan terus berada dalam redhaNya, hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir.
and to you, who have helped me go through this, jazakillahu khair. sayang awak fillah =)