Halaman

Isnin, 30 Mac 2009

hari itu

(As posted in FAMSY website)

Salam ..

Dalam beberapa hari sahaja lagi, kita akan dikunjungi oleh satu bulan masihi yang baru, yakni bulan April. Ada apa ye dengan bulan April?

Saya yakin, bila disebut tentang bulan April, pasti peristiwa pertama yang akan terlintas dalam benak fikiran kebanyakan antara kalian adalah sambutan 'April Fool'. Inilah dia, hari yang suka kita nobatkan sebagai hari untuk mengenakan sahabat-sahabat kita. Dari pengalaman saya sendiri, sejak kecil, pada hari bersejarah inilah abang saya akan sepak terajang saya sambil gelak keriangan :twisted: kerana berjaya meng'april fool'kan saya.. adeih~

Tapi, adakah kita semua tahu kisah di sebalik sambutan ini? Percayakah kalian jika saya mengatakan bahawa April Fool adalah sambutan yang dicipta oleh orang Kristian kerana mereka berjaya meng'fool'kan orang Islam dengan seteruk-teruknya?

Ya, itulah dia sejarah di sebalik sambutan ini. Peristiwa ini bertempat di Granada, Sepanyol. Kalau kita semua masih ingat, Islam pernah menguasai 2/3 dunia, dan termasuk 2/3 ini adalah Granada. Namun, selama Islam memerintah dunia, tentera Salib (Crusaders) tidak pernah berhenti menyerang Islam. Pada kebanyakan misi mereka, mereka gagal dengan hinanya. Namun, mereka tidak pernah mengenal erti penat lelah.

Granada, satu tempat yang bersejarah bagi umat Islam. Salah satu lambang kemegahan Islam. Namun, setelah berkurun-kurun dibawah pemerintahan Islam, akhirnya di zaman Abasiyyah, ia jatuh juga ke tangan tentera salib. Di waktu itu, umat islam sudah hilang kekuatan mereka. Ketika mana tentera-tentera salib masuk memusnahkan kota mereka, orang islam menyorok menyelamatkan diri di dalam rumah masing-masing. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada tentera salib kerana mereka ingin bunuh kesemua umat islam yang ada. Maka, mereka pun merancang untuk mengenakan uamt islam.

Tentera Salib membuat pengumuman bahawa mereka telah menyediakan kapal-kapal untuk digunakan oleh umat islam bagi melarikan diri mereka dari Granada. Pada awalnya, umat islam ragu-ragu dengan tawaran ini, takut seandainya ia hanyalah satu perangkap. Namun, mereka hantar beberapa wakil untuk mengintip, benarkah ada kapal menanti mereka di pelabuhan. Hasil intipan, memang benar! Ada kapal menanti untuk membawa umat islam pergi melarikan diri dari situ. Maka, umat islam pun mula yakin bahawa mereka akan dapat selamatkan diri, lantas menyiapkan barang-barang serta harta mereka untuk dibawa bersama. Kemudian mereka keluar beramai-ramai bersama harta-harta mereka untuk menaiki kapal yang telah disediakan oleh tentera salib ini.

Pada masa inilah tentera salib mula bertindak. Mereka membakar rumah-rumah serta harta orang islam. Mereka bakar juga kapal-kapal yang sedang menanti di pelabuhan. Mereka membunuh semua umat islam yang pada ketika itu sedang bergerak menuju ke pelabuhan. Maka, berlakulah pertumpahan darah yang amat dasyat. Dengan sewenang-wenangnya umat islam telah ditipu malah telah dibunuh beramai-ramai dengan kejamnya.

Peristiwa ini terjadi pada 1 April 1487. Dan bagi mengenang peristiwa inilah mereka adakan sambutan 'April Fool'. Namun, dek jarak masa yang sudah terlalu lama, peristiwa di sebalik sambutan ini sudah dilupakan. Yang tinggal hanyalah sambutan, sehinggakan umat islam sendiri menyambut hari saudara mereka diperbodohkan serta dibunuh dengan sekejam-kejamnya! Dush~

Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan juga rakan-rakan sekalian, marilah kita beramai-ramai memboikot sambutan April Fool! agar kita tidak tergolong dalam golongan yang meraikan peristiwa pembunuhan ini.

p/s: it's amazing how many of the things going on around the world is highly related to Islam, make it in a bad sense or good sense. Don't you think?

Selasa, 24 Mac 2009

Event updates

Assalamualaikum everyone

Updating everyone of the latest event that's gonna be held in Clayton:

This Sunday, there's gonna be a Clayton edition Amazing Race! Strictly for sisters only. So don't forget to join us!


The next biggest event will be Jalinan Musim Luruh. Details as attached in the poster. Sila-sila daftarkan diri yer..




For further info, refer to www.famsymalaysia.com/v2

Selasa, 10 Mac 2009

Rindu

Sempena Maulidur Rasul (semalam):



Rasulullah, dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Sabtu, 28 Februari 2009

Tolong

Sahabat,

hulurkanlah 'berus' dan 'detergent' kepadaku agar dapatku menyental karat jahiliyah yang masih bersisa dalam diri, malah yang semakin memakan hati ini..


in desire need of heart purification..help!

Khamis, 5 Februari 2009

From the chosen one

By Prophet Jesus A.S, son of Lady Mary:
"Do not speak much without mentioning Allah because you wil harden your hearts. A hard heart is far from Allah, but you do not know. Do not look at the wrong actions of people as if you were lords. Look to your wrong actions as if you were slaves. Some people are afflicted by wrong action and some people are protected from it. Be merciful to the people of affliction and praise Allah for His protection." (Muslim)

By Prophet Muhammad S.AW.
"Whoever wakes up and this world is his main concern, Allah will make him scattered and shattered, and he will feel a sense of panic and loss, and he will get nothing of this world except that which has already decreed for him. But whoever gets up and is mostly concern about the Hereafter, Allah will cause him to feel focused and content and will give him a feeling of being independent, and worldly gains will come to him willingly or unwillingly" (Al-Tirmidhi)

Khamis, 22 Januari 2009

Anda mutiara atau bunga??

Terbaca satu article yang sangat menarik di blog ukhti pedang pen. Berminat untuk kongsi bersama semua.. renung-renungkan ye..


Terjemahan: Ustaz Anwar Fakhri

Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka…”

FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman… daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah… yang bimbang hati anda menjadi gelap… yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan… meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia… Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku… Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Renungan

Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: “Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.” Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.

Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang… Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?

Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “… dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka…”

Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

-mari kita ke arah kecantikan yang berkekalan!!-

Isnin, 12 Januari 2009

Jalinan

Alhamdulillah, PSM 2009 di bukit cerakah telah selamat dilangsungkan dengan jayanya. At the same time (Sabtu), the rapat umum di Stadium Melawati Shah Alam pun khabarnya mendapat sambutan yang amat3x menggalakkan.

Anyway, kali ini saya nak promote pulak the next event coming up this weekend: Summer Camp Jalinan 2009 di Labu N9. So for all those yang sedang menuntut di Australia and New Zealand, don't miss this BIG gathering. For more information, click here Hope to see you all there!

Khamis, 8 Januari 2009

Selasa, 30 Disember 2008

Kembali

Whenever I post up any lyrics, it's not because that's my favorite for the time being, rather, the lyrics seems to be voicing out what I really feel at the present moment. As for now, this is what my inner side is screaming for..

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Aku kan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Jumaat, 26 Disember 2008

Mari ke PSM!!

Salam,

Yang ni pula ditujukan khas buat mereka yang akan melanjutkan pelajaran di bumi kangaroo dan kiwi pada tahun hadapan, mari ramai2 kita ke Program Semai Mesra 2009!!

Khamis, 25 Disember 2008

Allah tahu

Terbaca dari blog seseorang:

Bersangka baik dengan Allah dalam keadaan apa sekalipun, walaupun kita tercekik dengan kejahatan yang kita cipta sendiri. Dipaksa sakit atau diberi suka, bukan ke itu semua dari Allah?”



Allah, semua ini dariMu, semua ini dalam perencanaanMu..
Kurniakan buatku segala yang terbaik untukKu..

Janganlah Kau matikan aku kecuali di atas jalanMu, berbekalkan keimanan yang mantap dan ketaqwaan yang tinggi.

Rabu, 24 Disember 2008

kem lepasan spm 2008

Salam..

Buat mereka yang baru selesai menghadapi peperiksaan spm dan sedang berdebar2 menunggu keputusan keluar, sila layari website ini

Don't miss it!

Jumaat, 12 Disember 2008

Rezeki

Dalam Raheeq Makhtum, dinyatakan salah satu cara bagaimana nabi menerima wahyu, iaitu dengan cara wahyu itu dicampakkan oleh malaikat ke dalam hati dan fikirannya. Salah satunya telah disabdakan oleh nabi saw;

"Sesungguhnya Roh Kudus meniupkan dalam hatiku bahawa setiap jiwa tidak akan mati melainkan setelah disempurnakan rezekinya. Maka bertakwalah kamu kepada Allah, carilah rezeki dengan cara yang baik. Janganlah disebabkan kelewatan rezekimu, kamu sanggup mencarinya denan cara menderhakai Allah, sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah tidak dapat dicapai melainkan dengan ketaatan".

Selasa, 11 November 2008

FAMSY-MSD Australia

Salam.
Ini ditujukan am nya kepada semua tu khususnya buat yang sedang belajar di Australia atau bakal belajar di Australia, sila la layari website ini

Dapatkan info-info tentang aktiviti-aktiviti terbaru, tips-tips tentang pelbagai perkara, perbincangan hangat tentang pelbagai isu dan juga jual beli pelbagai barangan (seperti kicam mains cap kipas udang =P)

Sila-silalah forwardkan pada semua orang.

Jumaat, 7 November 2008

Read

"We read that Muslim civilization was at its peak. The Islamic world produced the best scholars in all fields because we read! Now we've lost that culture of reading and yet the first word of the Qur'an to be revealed was read! We need to regain our lost heritage, and start contributing to this world." -Sami Yusof-



Yes, I'm trying..I'm trying..

Khamis, 6 November 2008

Tarbiyah laut

Seperti bermain di lautan



Yang memang berhajat untuk mandi, sampai ke pantai akan terus menjerumuskan diri mereka ke dalam lautan. Biarpun panas, biarpun sejuk, tidak dipedulikan. Bagi yang belum atau tidak bercadang, pasti sudah mencari 'spot' atas pasir pantai.

Yang di laut, tentunya berasa amat seronok. Seronok bermandikan laut masin yang sejuk. Seronok bergerak mengikut arahan ombak yang terkadang kala mengganas. Hinggakan, dirasakan amat rugi bagi mereka yang tidak bersama mandi laut. Andai perasaan ini memuncak serta menguasai dirinya, pasti akan digodanya orang-orang lain untuk turut masuk ke dalam laut. Manakan sanggup dibiarkan hanya dirinya yang merasai keseronokan serta nikmat mandi laut. Terus sahaja dia mengajak yang lain untuk turut serta.

Ada orang yang mampu ditariknya ke dalam laut dengan sekelip mata. Hanya perlu memegang tangannya dan membawa orang itu meluru bersama ke dalam laut. Terus dia lencun seluruhnya dan menjadi ahli laut.

Ada yang tak perlu ditarik, kerna dia memilih sendiri untuk masuk, cuma mungkin bersyarat. Basah hanya sampai tahap buku lali, atau lutut, atau peha.. Orang-orang ini juga, walau sudah masuk, tetapi masuknya mereka bukan sepenuhnya. Keseronokan yang dirasa pasti tidak sama, tidak menyeluruh, dan pastinya tidak sempurna. Dan yang sudah lencun seluruh tubuh pasti mahu membawa mereka ini agar merasai kepuasaan yang sebenarnya dengan membawa mereka lebih jauh ke tengah laut. Antara mereka, ada yang mampu dibasahkan dengan mudah; senyap-senyap pergi ke belakang orang itu dan ...SERANG!!! Lompatlah ke atas orang itu, dan orang itu akan terus terendam sepenuhnya dalam laut. Sudah, tambah lagi sorang ahli laut.

Tapi ada juga sebahagian yang tak mudah diperdayakan. Untuk orang-orang ini, pujukan perlu lebih berhikmah, istiqomah, memikat hati dan disukai. Perlahan-lahan bawa orang itu lebih jauh ke dalam laut.. Terkadang dia terhenti. 'Sejuukk~~ ', katanya. 'Oh takpe, kalau kat sini mesti tak sejuk', jawapnya. Maka orang itu, terpedaya dengan pujukan, memilih untuk terus bergerak lebih jauh ke dalam laut. Dan akhirnya, dalam sedar tak sedar, dia juga sudah masuk sepenuhnya ke dalam laut dan menjadi ahli laut.

Ada juga orang yang susah nak dipujuk. Keras benar hatinya, mungkin. Tapi tidak mengapa, biarkan dia di tepian pantai, di gigi laut. Biarkan dia seorang-seorang, dan perlihatkan kepada dia betapa ruginya dia kerna tidak bersama melibatkan diri dalam keseronokan 'pesta' air. Lambat laun pasti hatinya tersentuh, pasti hatinya akan rasa cemburu melihat kumpulan ahli laut itu.. dan akhirnya pasti dia juga memilih untuk bersama. Nah, akhirnya jadi ahli laut juga.

Bagi yang memeng bertekad untuk tidak masuk ke dalam laut, takperla.. Jadi driver untuk bawa ahli laut pulang yer? =P

hurm..

fikiran melayang ntah ke mana, memikirkan masa depan yang belum pasti menjadi miliknya. Bagaimana agaknya ahli baru tanah yang 'jarak ke clay nya singkat' (read:clayton) ini pada tahun depan ye? Baikkah? Peramahkah? Apa latar belakangnya?

Atau persoalan yang munkin lebih membebankan kepala, mahukah dia ditarbiyyah? Mampukah aku mentarbiyyahnya agar dia mahukan tarbiyyah? Oh! Persoalan yang tak mampu dijawab, hinggalah tiba saatnya nanti.

Pasti berat cabaran pada tahun depan, itu kita tahu. Tapi setakat manakah persediaan kita untuk menghadapinya? Setakat manakah persediaan AKU untuk menghadapinya? Tanah yang 'jarak ke clay nya singkat' ini semakin ketandusan orang-orang yang memahami. Dan menjadi tanggungjawab AKU untuk memahamkan mereka. Tentang keadaan umat kita yang semakin menderita.

Kerna aku sudah merasai keseronokan tarbiyah itu. Dan keseronokan ini telah memuncak, dan menguasai diriku hinggakan aku mahu agar orang lain turut merasai keseronokan yang sama. Mana mungkin aku biarkan hanya diriku sahaja yang mengecapi nikmat ini. Nikmat hidup dalam Islam sepenuhnya. Nikmat mengenali Allah yang sebenarnya. Nikmat ukhuwah yang tiada tandingannya. Nikmat memperjuangkan risalah, mengikut laluan para anbiya' terdahulu. Maka untuk itu, aku perlu bersedia dari sekarang. Menyusun strategi dan mengatur langkah.

Satu perkara yang berat dalam perjuangan ini, ada perkara-perkara yang perlu dikorbankan. Ia berat untuk dilepaskan, tapi andainya itu perlu demi keberlangsungan risalah ini di atas muka bumi ini, maka aku harus akur. Harus patuh dan harus redha. Bukan ku hendak memilih satu diatas yang lain. (Bukannya seperti jongkang jongket, dan seperti ditulis oleh bloggers lain, kita tak patut korbankan satu untuk kebaikan lagi satu, kerna kita perlu menjayakan kedua-duanya. Muslim yang hebat itu kan 'all-rounders'!). Tapi kerna mana munkin aku berada di dua tempat yang berlainan pada waktu yang sama. Terkadang aku tahu apa yang patut dibuat, tetapi terkadang hati terlalu berat untuk menerimanya. Hurm..masih perlu menjinakkan hati agar hidup mati hanya kerna dakwah.

Dalam df, ku sering bertanyakan satu soalan, yang mana jauh di lubuk hati ku tahu apa sebanarnya jawapan kepada persoalan ku itu. Usah tahu apa persoalannya, yang pasti, jawapan dia adalah hubungan kita dengan Allah itu perlu amat kuat dan teguh. Kerna kita bermain dengan hati, dan hati itu dipegang oleh Allah. Hubungan 'intim' itu takkan terwujud begitu sahaja, tapi ia perlu dipupuk. Dan kerja memupuk ini bukan senang, kerna ia perlukan istiqomah, mujahadah dan zatiah diri yang kuat. Amat kuat, kerna ia akan berhadapan dengan musuh-musuh yang juga kuat seperti nafsu, kealpaan, bisikan syaitan, godaan duniawi dan pelbagai lagi.

Ya ia susah, serta ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Tapi demi risalah ini, ku harus tempuhi juga. Apa, ingat syurga itu murahkah?

Moga Allah kurniakan 'kita' kekuatan serta menunjukkan kita jalanNya.

Selasa, 28 Oktober 2008

Dakwah ini

Kehidupan kita di dunia ini, pastinya hanya sementara. Tiba masa kita dihidupkan di dunia ni, akan tiba pula masa kita meninggalkannya. Andai dunia adalah matlamat utama hidup kita di dunia ini, maka akan teramat singkatlah 'kehidupan' kita. Tapi, seandainya hidup kita demi risalah Allah, demi perjuangan dakwah islam di atas muka bumi ini, maka kehidupan kita telah bermula lama sebelum kelahiran kita, dan akan berterusan lama selepas kita meninggalkan dunia ini. Kerna hidup dalam dunia dakwah, adalah satu perjuangan meneruskan perjuangan orang2 terdahulu, dan akan diteruskan oleh orang-orang terkemudian.

Kita adalah umat pertengahan. Islam telah sampai kepada kita kerna penat lelah serta pengorbanan orang terdahulu. Andai bukan kerna pengorbanan mereka serta kesetiaan mereka di atas jalan dakwah, belum tentu kita dapat mengecapi kefahaman islam, mahupun mengenal Allah pada hari ini. Dan kita, kena pastikan islam sampai kepada umat akan datang, agar islam terus tertegak di atas muka bumi ini. Kefahaman ini takkan terlompat dari orang terdahulu kepada orang terkemudian, tanpa adanya kita di tengah-tengah sebagai pengantara, sebagai penyampai. Andai tiada usaha dari pihak kita untuk menyampaikan, untuk berdakwah, maka siapa dapat pastikan anak cucu cicit kita akan dapat merasai nikmat iman seperti yang kita rasai sekarang? Rasul telah menjadi saksi ke atas kita, tiba masa kita menjadi saksi ke atas sekalian manusia.











Memang, Allah penentu perjalanan agamaNya di atas muka bumi ini. Pastinya, Allah takkan membiar agamaNya ini terkubur begitu sahaja hanya kerna kita tak mahu berdakwah (read:menyampaikan) risalah islam kepada orang lain. Pastinya, seandainya kita pilih untuk tidak menjadi dai'e, islam akan tetap tersebar, dan pasti akan tiba masa kegemilangannya, seperti yang Allah janjikan.

TETAPI, sudikah kita untuk tidak menjadi sebahagian dari mereka yang mewarisi perjuangan nabi? Relakah kita penghormatan yang tinggi ini disandang oleh orang-orang lain selain kita? Tidak mahukah kita bersama golongan yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah? Samakah orang-orang yang keluar berjihad, dengan orang-orang yang hanya duduk di rumah??

Buat renungan kita bersama. Juga sebagai penggerak bagi abid yang bermain-main.

Baru selepas menonton Sang Murabbi. Subhanallah, hebat perjuangan hidup Allahyarham Rahmat Abdullah. Hidup mati demi keberlansungan dakwah. Beliau syahid di atas jalan dakwah. Kita? belum pasti lagi pengakhiran kita bagaimana. Moga-moga kita semua juga syahid di atas jalan dakwah.

Rabu, 15 Oktober 2008

lagi peringatan..

berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan.... belajaalah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran... hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan & berpeganglah kepada Allah walau DIA tidak kelihatan. Bukti kasihNYA...kita wujud di dunia pinjaman ini... Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yang mengaku keimanan padaNYA . Perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah pengabdian yg hakiki lagi abadi..moga lelahmu di hargai illahi walau di cemuh insani.........

Hadam..hadam..hadam..


Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. [al-Hadid:22-23]

Alhamdulillah ya Allah..

Selasa, 14 Oktober 2008

Terhitung sendirian..

Terbaca dalam blog seorang akhawat..

Lunaskan hak Allah...

Kekuatan hati, kekuatan langkah, kejituan azam dan semangat, semua ini hanya... saya ulang HANYA akan lahir dari Allah. Jika ada hak Allah yang berbaki, jika ada hak Allah yang masih belum kita lunaskan, jika ada hak Allah yang kita buat cincai. Ketika itulah kita terus kan diuji dengan ujian meruntun jiwa dan perasaan.

Jika kita mahu Allah selesaikan hak kita, tunaikan hak kita kepadaNya. Jika kita masih lagi diuji dengan ujian meruntun perasaan, itu tandanya ada lagi hutang Allah yang belum kita langsaikan. Selagi nyawa di kandung badan, selagi kita masih hidup di dunia ini, langsaikan cepat-cepat, kerana khuatir kita tidak sempat melangsainya dan kita akan dibangkitkan dengan golongan mereka yang lalai.

Di ketika hak Allah kita selesaikan, InsyaAllah Allah akan beri kita hak kita. Allah akan beri hati yang tidak takut dan tidak sedih... sebab kita adalah wali Alah. (Yunus:62) Jangan bazirkan masa, usia, dan perasaan kita dengan cuba menyelesaikan persoalan yang kita tidak bisa selesaikan. TUNAIKAN HAK ALLAH SEKARANG.
Terhitung sendirian..banyaknya lagi hak Allah yang belum ku laksanakan dengan sepenuhnya..

Terbaca juga dalam artikel lainnya..

Istighfar adalah kunci...

Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar dari kesempitannya dan memberinya rezeki tanpa diduga-duga.” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

Dalam salah satu ayat-Nya, Allah SWT berfirman, ''Maka aku (Nabi Nuh) katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, membanyakkan harta dan anak-anak, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai'.'' (QS 71: 10-12).

Nah... Al-Quran dah jelas, hadith juga ada... berimanlah dengan ayat ini. Setiap saat bulan itu dipenuhi dengan istighfar.
Terhitung sendirian..amat sedikit sekali daku memohon kemaafan dari Sang Pencipta... Kenapa? Sudah keras sangatkah hati?? Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Tersentak juga apabila seorang sahabat baik ku berkata:

AN : benih tarbiyah yg baik
AN : dicampak ke laut menjadi pulau
AN : dicampak ke langit menjadi bintang
AN : dicampak ke hutan jadi pokok
AN : dicampak ke field leh jadi ......
fairy: batu?
fairy: hahaha
AN : hahah
Terhitung sendirian..sudahkah aku menjadi benih tarbiyah yang baik? Pulaukah daku ketika dicampak ke laut sendirian? Bintangkah daku ketika dicampak ke langit sendirian? Pokokkah daku ketika dicampak ke hutan sendirian??

Ya Allah..masih banyak kelemahan dalam diri..
ketika dihurung masalah, terasa bahawa itulah seberat-berat beban.. terlupa yang orang lain diuji dengan pelbagai ujian yang lebih menggetar jiwa..namun dapat menghadapi dengan tenang..
membawa risalah dakwah, tapi hubungan diri dengan tuhan sering on off..amat mudah tewas dengan nafsu dan bisikan syaitan..amat mudah leka dan lalai dengan dunia yang fana..
waaa...
mahu berubah..mahu menjadi lebih baik..
mahu baiki akhlak agar ia menjadi seperti mana akhlak kekasih Allah
mahu menjadi hamba yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah
mahu menjadi orang yang diselamatkan dari api neraka dan azab kubur
mahu menjadi orang yang terpilih untuk menjadi penghuni firdausi..
waaa..mahu..mahu..

tapi syaitan jahat..
syaitan kejam..
syaitan tak habis-habis kacau orang..
tak nak kawan..tak nak kawan!!

Aku berlindung kepada Allah dari bisikan syaitan..
Aku memohon kepada Allah agar dikurniakan hidayah..
Aku mengharap pada Allah agar tidak memesongkan hati setelah diberikan petunjuk..

kerinduan pada Ramadhan..
.............
.......
..

Isnin, 22 September 2008

Ku damba redhaMu

Ya Allah, dengarkanlah..

Ku damba redhaMu


bagaikan hausnya bumi gersang yang kering lantaran tidak disirami hujan
begitu sepinya dan rindu hatiku bila cintaMu tidak bersemi..

berjalan aku bagai kesesatan
ditanah Tuhan diriku ditinggalkan
tiada teman untukku mengadukan resah hidupku ditimpa sesalan

aku dambakan..dambakan cinta..
cinta sejati yang kekal selamanya
biarpun pahit perjalanan meraihnya
demi redhaMu ku harungi jua..

kerana cinta lahir dari sanubari
biarpun perit menuju cintaMu
namun sedikit pun tidak menggoyah tekad ku
biar diracun dunia

Ya Allah,
tidak ku sedari selama ini cintaMu tak pernah menyepi
rahmat kasih sayangMu yang tiada bertepi
setiap hambaMu tetap kau sayangi
biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMu tak pernah Kau mungkiri
Maafkanlah..redhailah..

aku dambakan...dambakan cinta..
cinta sejati yang kekal selamanya
biarpun pahit perjalanan meraihnya
demi redhaMu ku harungi jua..

Aku bersaksi bahawa Kau sesungunya Tuhan yang agung
pencipta segalanya
tempat ku bermohon dan berlindung
dari kehinaan dan kemusnahan

kerana cinta lahir dari sanubari
biarpun perit menuju cintaMu
namun sedikit pun tidak menggoyang tekad ku
biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya..

aku dambakan..dambakan cinta..
cinta sejati kekal selamanya
biarpun pahit perjalanan meraihnya
demi redhaMu ku harungi jua..

(nyanyian devotees)