Halaman

Isnin, 22 September 2008

Ku damba redhaMu

Ya Allah, dengarkanlah..

Ku damba redhaMu


bagaikan hausnya bumi gersang yang kering lantaran tidak disirami hujan
begitu sepinya dan rindu hatiku bila cintaMu tidak bersemi..

berjalan aku bagai kesesatan
ditanah Tuhan diriku ditinggalkan
tiada teman untukku mengadukan resah hidupku ditimpa sesalan

aku dambakan..dambakan cinta..
cinta sejati yang kekal selamanya
biarpun pahit perjalanan meraihnya
demi redhaMu ku harungi jua..

kerana cinta lahir dari sanubari
biarpun perit menuju cintaMu
namun sedikit pun tidak menggoyah tekad ku
biar diracun dunia

Ya Allah,
tidak ku sedari selama ini cintaMu tak pernah menyepi
rahmat kasih sayangMu yang tiada bertepi
setiap hambaMu tetap kau sayangi
biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMu tak pernah Kau mungkiri
Maafkanlah..redhailah..

aku dambakan...dambakan cinta..
cinta sejati yang kekal selamanya
biarpun pahit perjalanan meraihnya
demi redhaMu ku harungi jua..

Aku bersaksi bahawa Kau sesungunya Tuhan yang agung
pencipta segalanya
tempat ku bermohon dan berlindung
dari kehinaan dan kemusnahan

kerana cinta lahir dari sanubari
biarpun perit menuju cintaMu
namun sedikit pun tidak menggoyang tekad ku
biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya..

aku dambakan..dambakan cinta..
cinta sejati kekal selamanya
biarpun pahit perjalanan meraihnya
demi redhaMu ku harungi jua..

(nyanyian devotees)

2 ulasan:

~my lil angel~ berkata...

SALAAM!!!
HANANI HANAN!!

WELCOME HOME!!!HEHE

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!
MOGA AMALAN DI BULAN RAMADHAN YG LALU DIRAHMATI DAN DITERIMA ALLAH INSYAALLAH.

MOGA BERTEMU DGN RAMADHAN YG AKAN DTG, INSYAALLAH.

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM....=)

MISS YOU SWEETIE!!!

HbO berkata...

hehe..jazakillah noi..
tak sabar nak bertemu korang..(bila ntah tu kan..)
tapi, insya-Allah kita jumpa ek..

miss all of you too.. miss you..miss you..

=)