Kehidupan kita di dunia ini, pastinya hanya sementara. Tiba masa kita dihidupkan di dunia ni, akan tiba pula masa kita meninggalkannya. Andai dunia adalah matlamat utama hidup kita di dunia ini, maka akan teramat singkatlah 'kehidupan' kita. Tapi, seandainya hidup kita demi risalah Allah, demi perjuangan dakwah islam di atas muka bumi ini, maka kehidupan kita telah bermula lama sebelum kelahiran kita, dan akan berterusan lama selepas kita meninggalkan dunia ini. Kerna hidup dalam dunia dakwah, adalah satu perjuangan meneruskan perjuangan orang2 terdahulu, dan akan diteruskan oleh orang-orang terkemudian.
Kita adalah umat pertengahan. Islam telah sampai kepada kita kerna penat lelah serta pengorbanan orang terdahulu. Andai bukan kerna pengorbanan mereka serta kesetiaan mereka di atas jalan dakwah, belum tentu kita dapat mengecapi kefahaman islam, mahupun mengenal Allah pada hari ini. Dan kita, kena pastikan islam sampai kepada umat akan datang, agar islam terus tertegak di atas muka bumi ini. Kefahaman ini takkan terlompat dari orang terdahulu kepada orang terkemudian, tanpa adanya kita di tengah-tengah sebagai pengantara, sebagai penyampai. Andai tiada usaha dari pihak kita untuk menyampaikan, untuk berdakwah, maka siapa dapat pastikan anak cucu cicit kita akan dapat merasai nikmat iman seperti yang kita rasai sekarang? Rasul telah menjadi saksi ke atas kita, tiba masa kita menjadi saksi ke atas sekalian manusia.
Memang, Allah penentu perjalanan agamaNya di atas muka bumi ini. Pastinya, Allah takkan membiar agamaNya ini terkubur begitu sahaja hanya kerna kita tak mahu berdakwah (read:menyampaikan) risalah islam kepada orang lain. Pastinya, seandainya kita pilih untuk tidak menjadi dai'e, islam akan tetap tersebar, dan pasti akan tiba masa kegemilangannya, seperti yang Allah janjikan.
TETAPI, sudikah kita untuk tidak menjadi sebahagian dari mereka yang mewarisi perjuangan nabi? Relakah kita penghormatan yang tinggi ini disandang oleh orang-orang lain selain kita? Tidak mahukah kita bersama golongan yang ditinggikan darjatnya di sisi Allah? Samakah orang-orang yang keluar berjihad, dengan orang-orang yang hanya duduk di rumah??
Buat renungan kita bersama. Juga sebagai penggerak bagi abid yang bermain-main.
Baru selepas menonton Sang Murabbi. Subhanallah, hebat perjuangan hidup Allahyarham Rahmat Abdullah. Hidup mati demi keberlansungan dakwah. Beliau syahid di atas jalan dakwah. Kita? belum pasti lagi pengakhiran kita bagaimana. Moga-moga kita semua juga syahid di atas jalan dakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan