Halaman

Jumaat, 17 April 2009

Sebabnya mudah

Kenapa bani Israel dengan mudahnya diperhambakan oleh Firaun dan orang-orangnya?

Mudah sahaja.

Allah menjawab, kerana mereka (bani Israel) adalah orang-orang yang fasik!
Maka atas sebab itu, mereka hilang jati diri, mudah diperkotak-katikkan, mudah mengikut dan menurut sahaja pada kebatilan yang seterang-terangnya batil.

Bilamana seseorang itu banyak berbuat dosa, maka dia akan dengan mudah sahaja menurut pada hawa nafsu, pada kezaliman, pada kejahiliahan.

Fikirkan, seandainya seseorang itu tinggi tahap imannya, adakah dengan mudah dia akan menurut pada hawa nafsunya? Adakah dengan mudah dia akan biarkan dirinya diperkotak-katikkan, dipermain-mainkan, diperlekehkan bagaikan sampah di jalanan?

Pastinya tidak. Seseorang yang rapat dengan Allah akan mempunyai jati diri yang mantap. Bertemakan 'Inilah Aku', dia akan pastikan dirinya masuk kedalam Islam secara menyeluruh; dan bukan setakat dirinya sahaja, tapi juga orang-orang di sekelilingnya.

Seandainya bani Israel di ketika itu suci dan tinggi imannya serta menjauhi dosa, pasti mereka takkan merelakan diri mereka diperhambakan oleh Firaun laknatullah.

Sekarang, lihatlah pada diri sendiri.

Seandainya kamu tewas pada nafsumu, adakah kerana nafsu buasmu itu terlalu payah untuk dikawal, atau adakah kerana kamu sudah terlalu jauh dari Allah dan hatimu hitam diselaputi dosa sehinggakan godaan yang tak seberapa pun mampu menggugat pendirianmu?

Tepuk dada tanya iman.

Allah tidak akan memberi hidayah pada orang fasik.
Allah tidak akan memberi hidayah pada orang zalim.
Allah tidak akan memberi hidayah pada orang kafir.
Allah tidak akan memberi hidayah pada orang musyrik.
Semua ini tercatat dalam satu surah yang sama.

Maka jika kamu harapkan hidayah Allah, peliharalah dirimu dari menjadi golongan-golongan ini.

Sebabnya mudah sahaja.







Ya ayyuhallazi na aamanu limatakuu luu na maalaa taf 'aluun. Kabura maqtan 'indallahi antakuuluu maalaa taf 'aluun.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa pada Allah sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasiq" (al-hasyr:19)

allahuata'ala a'lam