Halaman

Khamis, 10 Januari 2008

Soalnya hati..

I finished reading this book last week. The title is: 'generasi pemuda dan perubahan' by fathhi yakan. Made some notes along the way. Here are some that could be shared. Pasal hati.. to start of the post for this new year of 1429 Hijriah.=)




Sabda Rasulullah: Manusia itu kedua matanya ialah petunjuk, kedua telinganya menahan (daripada maksiat), lidahnya jurucakap, kedua tangannya sayap, dua kakinya tunggangan. Hatinya raja, apabila raja baik, baiklah tenteranya.

Tanda2 hati yang hidup:
1) Cenderung kepada dorongan baik dan ingatan kearah hidayah
2) Tegas di dalam perkara berhubung dengan agama dan berani pada jalan kebenaran
3) Takutkan Allah dan apa sahaja yang dimurkainya
4) Tidak ada perasaan hasad dengki dan menipu

Cara mengambil berat tentang hati bagi menunaikan tanggungjawab risalah yang dipikulnya mengikut kadar cabaran yang dihadapi untuk membolehkan mereka melaksanakan peranan terpenting dalam melakukan perubahan itu.


1) Zikrullah
Sabda Rasulullah: Setiap sesuatu itu ada penggilapnya, dan penggilap hati itu ialah zikrullah. Tidak sesuatu yang lain yang dapat melepaskan seseorang dari azab neraka Allah lebih dari zikrullah. –Al- Baihaqi

2) Bergantung dengan kitab Allah
Dalam hadi Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud: Al-Quran ini ialah hidangan Allah. Maka hendaklah kamu menghadapi hidangan itu sekadar yang kamu mampu. Al-Quran ini tali Allah, cahaya yang terang dan penawar yang berfaedah. Menjadi pengawal kepada mereka yang berpegang dengannya, melepaskan mereka yang mengikutinya. Ia membetulkan sebarang penyelewengan. Ia membetulkan sebarang perkara yang tidak betul. Keajaibannya tidak putus-putus. Bacalah Al-Quran kerana akan diberi ganjaran atas bacaannya, setiap huruf sepuluh kebaikan. Tidaklah ALIF LAM MIM itu satu huruf.

3) Muraqabah (kawalan) Allah
Pemuda islam hendaklah mengetahui 3 perkara:
I. Perkara yang jelas kebaikannya hendaklah diikuti
II. Perkara yang terang keburukannya hendaklah dijauhi
III. Perkara yang syubahat hendaklah ditanyakannya

4) Mujahadah An-Nafs
Sabda Rasulullah: Mujahid ialah mereka yang bersungguh-sungguh berjihad pada mentaati Allah.


Secara ringkasnya: pemuda islam diajak ke arah melakukan TAGHYIR ISLAMI (perubahan secara islam).


Benar kata Ali bin Abi Talib bila ia mengatakan: Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin manusia, hendaklah ia mula dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Hendaklah ia mengajar dengan cara perjalanan hidup sebelum mengajar dengan lidah. Orang yang dapat mengajar dan melatih diri sendiri itu lebih layak dihormati dari mereka yang mengaar orang ramai.



to add on a little bit more, something that i just got from ulama'ummah.blogspot:
Ketahulilah olehmu...

Sepuluh sifat hati yang keji
1. Takabur
2. Hasad dengki
3. Marah
4. Bakhil dan kasihkan harta
5. Cintakan kemegahan
6. Cintakan dunia
7. Ujub (mengagumi diri sendiri)
8. Riya’
9. Lahap makanan
10. Banyak bercakap

Sepuluh sifat hati yang terpuji
1. Taubat
2. Khauf (takut akan Allah)
3. Zahid
4. Sabar
5. Mensyukuri nikmat
6. Ikhlas
7. Tawakal
8. Kasih kepada Allah
9. Redha akan qadha’ Allah Ta’ala
10. Ingatkan mati


20 sifat hati yang keji dan terpujial-fadhil Ustaz Nik Abdul Qadir Nik Muhammad


p/s: selamat tahun baru hijrah semua..=)

Tiada ulasan: