Halaman

Ahad, 19 Ogos 2007

Bermulanya episod baru dalam hidupku..

ini adalah post from SINAR keluaran Ogos. Sangat bermakna..

CUACA BARU, SINARAN YANG LEBIH UTUH

Perjalanan saya bermula kembali setiap pagi. Kerehatan di malam hari yang Allah jadikan sebagai suatu nikmat kepada saya merupakan ketenangan yang tidak dapat dijelaskan kelazatannya. Fajar yang menyingsing membuka buku kehidupan saya secepat kelopak mata yang dibuka dari pejam. Sekeras mana saya mahhu memperlahankannya, ia tetap akan terjadi dengan kadar yang cepat. Begitulah hari-hari dalam kehidupan saya sebagai seorang muslim, tidak pernah lengah dalam mencari kehidupan dunia dan akhirat sebaik mata disimbah cahaya.

Musim yang telah berlalu menjadi penanda agar saya menyegarkan kembali azam yang semakin kabur dan semakin berhabuk. Di sinilah bermulanya titik tolak baru, permulaan separuh kedua dalam hidup saya. Langkah perlu lebih yakin dan lebih deras, umpama air meluncur laju dari puncak bukit menuju kolam di bawah, destinasi telah pasti, dan keraguan tiada lagi. Bismillah…

Langkah perubahan untuk saya perlu dimulakan dengan baik agar tidak jatuh di tengah jalan. Perlu bijak, seperti saya! Saya yakin bahawa itu perlu diawali dengan kehendak yang tinggi. Tidak hanya dengan semangat berkobar tanpa keinginan benar. Bak kata pujangga,

“Jagalah himmah, kerana sesungguhnya himmah itu adalah permulaan bagi semua perkara”

Barangkali tidak ada perubahan tanpa tolakan dalaman yang kuat dan terjaga. Saya memang benar-benar mahu berubah, bukan lagi cakap-cakap kosong seperti tahun-tahun sebelum ini. Barangkali ini akan menjadi perubahan paling besar dalam hidup saya, dan saya mahukan perubahan ini. Di sebalik kehendak yang besar ini, saya pastinya akan menyandarkannya pada keikhlasan kerana Allah Ta’ala. Saya rasa tidak bererti dan seolah-olah kosong andai perubahan ini tidak bernilai sebagai suatu ibadah saya kepada Allah s.w.t. Biar setiap suatu perkara itu memberi saya suatu langkah menuju balasan Allah balasan Allah yang baik. Moga-moga syurga Firdausi, amin.

Keinginan saya yang hebat ini saya susurkan pada matlamat yang betul dan realistic. Pastinya saya perlu jujur dengan diri saya sendiri. Moga niat yang ikhlas kerana Allah Ta’ala membawa saya kepada cita-cita dan kaedah yang diredhai-Nya. Saya merasakan perlu berubah setapak demi setapak, tetapi agar yang kecil dilangkahi dengan cepat dan yang besar diadili dengan tepat. Bukan meredah bagai babi hutan, menunduk dan segera menuju mangsa. Biar jelas setiap yang dituju, jangan nanti terlanggar pokok berpaling teresak-esak merintih pada benjol di kepala, tak endah untuk bermula kembali. Jadi saya ingin sekali merancang dengan betul fasa perubahan saya. Insya-Allah, aku mula menulisnya sebaik selesai yang ini.

Sebelum ini saya telah banyak menetapkan matlamat, tapi seolah-olah tidak banyak yang dapat saya capai. Di mana silapnya? “ Mungkin kamu tidak bermuhasabah. Tidak pernah ingin periksa di mana silapnya. Boleh jadi kerana kamu malu dengan kesalahan kamu sendiri.” Mungkin benar kata awak. Terima kasih, suara hati. Kalau begitu, saya tuliskan juga selepas selesai yang ini. Akan saya tampalkan di depan mata saya, agar setiap kali saya melihat padanya, saya akan mengingatkan diri saya untuk menjauhinya. Insya-Allah, sedikit demi sedikit. Biar realistic, bukan??! Dan andai ada yang baik, saya teruskan agar bertambah kebaikan hari demi hari, agar tidak celaka kerana semalam lebih baik dari hari ini. Saya berjanji.

Apa lagi yang perlu saya buat? Saya tidak mahu sinaran yang menjerkah diri saya ini nanti pergi menyelinap di belakang awan. Saya masih bersemangat, penuh dengan ilmu dan pengalaman dari musim yang lalu. Suara hati, apa yang saya mahukan lagi? “ Kamu perlukan teman. Teman untuk bersama-sama kamu dalam mengejar sinaran baru kamu yan glebih utuh itu. Jangan kamu biarkan diri kamu bersendirian untuk jangkamasa yang lama. Ingatlah pada sabda Nabi s.a.w., serigala hanya akan memakan kambing yang bersendirian. Aku lihat si fulan dan si fulan paling baik untuk kamu. Jangan segan dengan mereka. Mereka itu sudi membantumu, aku yakin. Aku juga perlukan jiwa lain untuk bersama, untuk menuang segala yang ada padaku kepada jiwa-jiwa mereka.”
Suara hati, kau benar, aku pernah mendengar hadith Nabi s.a.w. daripada Abu Musa

“Bahawasanya seorang muslim itu seperti batu-bata, satu menyokong yang lain.”

Memang aku perlukan teman, tapi mereka tidak tahu dengan cita-cita aku. “Kisahkanlah kepada merek. Ceritakan yang aku mahu berubah, dan kau mahu merka bersamamu. Setitis demi setitis, nanti mereka akan sudi menakung semuanya” Sahabat, di mana fulan?

Cuaca yang baru bukan mudah untuk dinikmati segala keindahannya. Saya kini sedar bahawa amat banyak perkara yang perlu saya usahakan. Perlukan sifat istiqomah. Bukan perkara mudah untuk berubah. Satu perkara yang perlu saya cari dan usahakan. Saya yakin saya mampu. Saya juga perlu bersedia untuk bermujahadah. Menentang sifat malas, membidas keraguan dengan keyakinan, membidik matlamat dan cita-cita dengan betul dan bersungguh-sungguh Semua ini sejak dari awal saya jadikan sebagai ibadah kerana Allah Ta’ala. Dengan sepenuh hati saya ikhlaskan kerana Allah Ta’ala. Saya pernah mendengar firman Allah Ta’ala;

Dan Aku tidak mencipatakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku (Adz-Zaariyat: 51-56)

Saya benar-benar yakin bahawa perubahan itu satu kemestian dalam kehidupan manusia, apatah lagi seorang muslim. Dulu tidak indah islam yang saya pamerkan, kini saya tahu bahawa jalan untuk mencapai perubahan itu ada dan ia mampu membawa kepada keindahan islam yang sering saya baca dalam kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Saya adalah satu daripada pintu-pintu umat islam, andai kata saya tidak menjaganya dengan baik, maka syaitan, manusia dan jin yang memusuhi islam akan masuk dan merosakkan umat ini melalui pintu saya. Moga Allah memudakan usaha saya dan meredhainya. Amin.

Tiada ulasan: