Ada satu persoalan.
Adakah kita memilih sendiri utk menganut Islam ataupun kita telah dilahirkan di dalam Islam tanpa kerelaan kita sendiri.
Pada pengamatan, org Islam yg tidak bersolat, tidak mengaji, tidak meletakkan Allah ditempat yg teratas, adalah contoh org yg tidak rela dilahirkan di dalam Islam. Salah?
Situasinya begini, andai anda semua diberi pilihan utk memilih mana-mana agama di dalam dunia ini, agama yg manakah anda akan pilih sebagai pegangan hidup anda?
Ataupun anda memilih utk tidak percaya kepada Tuhan sekaligus menjadi seorang yg tidak beragama?
Adakah kita Islam hanya kerana ibubapa kita Islam?
Adakah kita bersolat hanya kerana kita melihat ibubapa dan org Islam yg lain bersolat?
Adakah kita Islam kerana sedar-sedar je bila dah dewasa kita adalah Islam, lalu kita terpaksa ikut jer terus beragama Islam kerana takut murtad?
Kita Islam bukan kerana ibubapa kita.
Tapi kita Islam kerana sebelum kita dilahirkan, ruh kita telah berjanji kepada Allah untuk menjadi hamba Allah sebelum kita dilahirkan lagi. Itulah kebenaran yg terkandung di dalam surah al-a’raaf:172.
Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 adam dari sulbi mereka dan Allah telah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul, kami menjadi saksi”.
al-A’raaf:172
Islam satu-satunya agama yg mengambarkan Tuhan sebagai Pencipta yg Maha Hebat. Yg tidak lemah sehingga tidak memerlukan anak dan isteri. Tidak lemah sehingga tidak memerlukan bapa. Yg tidak lemah sehingga tidak memerlukan tuhan-tuhan lain utk menjaga bahagian masing-masing seperti ada tuhan perang, ada tuhan kekayaan dan sebagainya.
Adakah jika ibubapa kita bukan Islam, kita akan teruskan dgn agama selain Islam?
Insaflah, Islam bukan sekadar nama. Islam bukan sekadar pakaian. Islam bukan sekadar kata-kata. Tapi Islam itu datang dari hati yg mengaku kalah dgn kekuasaan Tuhan yg sebenar-benarnya Maha Esa. Kita Islam kerana kita mencari siapakah Tuhan yg menjadikan alam ini, dan siapakah Tuhan yg menguasai diri kita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan