Halaman

Jumaat, 29 Januari 2010

beberapa petikan

Sabda Rasulullah s.a.w:
Seorang mu'min yang gagah lebih baik dan sangat disayangi oleh Allah, berbanding dengan seorang mu'min yang lemah. Di dalam semua perkara kebaikan hendaklah kamu berusaha untuk mendapatkan manfa'at, di samping kamu memohonpertolongan dari Allah dan janganlah kamu rasa lemah. Dan jangan kamu hanya asyik berangan-angan dengan kata: 'Andailah kiranya aku berbuat begitu alangkah lebih baik...!" Jangan berkata demikian. Sebaliknya katakanlah: "Allah yang berkuasa. Jika Dia kehendaki nescaya jadi" Sesungguhnya perkataan "kalau" boleh membuka pintu kepada syaitan untuk bertindak.



Hakim ada berkata:"Ceritakanlah kepadaku apa yang kamu baca. Aku boleh ceritakan siapakah kamu!"



Sabda nabi:
Itulah waktu sembahyang orang munafiq. Itulah waktu sembahang orang munafiq. Itulah waktu sembahang orang munafiq. Ia tunggu sampai bulatan matahari hampir terbalam-balam di permukaan air, hingga bulatan matahari hampir menyerupai dua tanduk syaitan. Di waktu ini mereka sembahyang empat raka'at seperti ayam mematuk makanan. Tanpa sebarang zikir kepada Allah, jikapun ada hanyalah pendek-pendek.



AlBaihaqi menceritakan bahawa 'Abdullah bin Al-Zubir ada berkata: "Si celaka di dalam dunia ini ialah orang yang menganggur". Di dalam kitab "Faidhu Al-Qadir, Syaikh Al-Minawi membuat ta'liqnya dengan berakata: Seorang penganggur, dilihat pada zahirnya dia menganggur. Tapi pada hakikatnya syaitan telah bertapak dan beranak pinak di dalam jiwanya. Seorang yang hidup tanpa membuat sebarang pekerjaan yang boleh memberi manfaat kepada manusia amnya, maka hidupnya tidak bererti.



Cara atau peraturan yang dikehendaki, iaitu setiap orang Muslim dikehendaki tidur awal dan bangun lebih awal. Ia hendaklah bangun sebelum fajar menyinsing, atau sekurang-kurangnya hendaklah sebelum terbitnya matahari. Supaya di pagi hari yang sepi dan di saat udaranya bersih dia dapat memulakan hidupnya dengan ber'ibadat kepada Allah lebih awal sebelum udara dicemari oleh golongan yang berdosa, kerana golongan ini tidak akan bangun dari tidur, kecuali setelah matahari menggalah.



Kata orang: "Kekosongan masa buat lelaki namanya lalai. Kekosongan masa buat wanita namanya berahi dan berfikir untuk memuaskan nafsu"



-petikan-petikan dari buku bertajuk 'Detik-detik masa dalam kehidupan muslim' tulisan Dr Yusof Al-Qardawi.

Rabu, 27 Januari 2010

mungkinkah? atau tidak mungkin?

Someone said to me, (in my own words)

Terkadang, kita terfikir amat impossible untuk sesuatu perkara itu terjadi. Hinggakan 99% kita sure ia pasti takkan terjadi. tapi, andai dalam yang tersisa 1% tu Allah kata akan jadi, maka ia pasti terjadi. Kerana kalau Allah kata jadilah sesuatu itu, maka jadilah ia. Walau hanya pada 1%.

maka yakinlah pada Allah. jangan ragu-ragu padaNya. Jangan ragu-ragu akan kekuasaanNya untuk menjadikan sesuatu itu terjadi.

pasti.